Logo

RSS

 

Intro Bola Sepak

Page ni berkaitan dengan persatuan bola sepak Negeri Sembilan, Malaysia, dan Liverpool. Saya juga penulis untuk majalah Ultrajang dan blog The No. 8 untuk website Real Spendster FC. 

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Tips Berhenti Merokok
    Dec 09 , 2015

    Assalamualaikum

    Hari ini saya nak berkongsi tips berhenti merokok. Harga rokok sekarang semakin mahal dan kesan buruk merokok ini sudah lama diketahui. Alhamdulillah, saya dah berjaya berhenti merokok selama dua tahun. Saya berbangga dengan pencapaian saya setakat ini dan berharap dapat kekalkan tak nak pada merokok. Ada di antara rakan-rakan saya berhenti tanpa tips ataupun bantuan dari mana-mana pihak. Tapi mana tahu dengan membaca article saya ni anda dapat berhenti tabiat merokok. Percaya atau tidak dengan menulis entry ini, sebenarnya adalah salah satu usaha saya sendiri untuk  kekal tidak merokok. Pelik bukan? tak mengapa, saya akan huraikan selapas ini. 

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Percutian Ke Bali Part 3
    Feb 19 , 2016

    Hari ketiga kami di Bali adalah hari free and easy, kami bercadang untuk berjalan-jalan di Bali sendiri tanpa bantuan daripada supir. Pagi tersebut seperti pagi sebelumnya, kami memulakan hari dengan bersarapan di restoran Itali di depan resort kami. Ketika sedang bersarapan, isteri mengajak aku ke shopping complex dan Tanah Lot. Kemudian, kami balik ke bilik untuk menukar baju dan berenang di swimming pool. Ini adalah aktiviti kami yang pertama untuk hari ketiga.

Iklan

Kemenangan Liverpool Umpama Lukisan Yang Agung

Akhirnya setelah bertahun tersiksa menunggu dan beberapa siri kekecewaan. Liverpool berjaya menjulang piala kejuaraan liga buat kali ke 19. Perkara ini terjadi apabila Chelsea berjaya mengalahkan Manchester City sebanyak dua berbalas satu sekaligus mustahil untuk Manchester City memintas Liverpool secara hukum fizik dan matematik.

 

Read more: Kemenangan Liverpool Umpama Lukisan Yang Agung

Bola Sepak. Antara Adat, Budaya dan Bangsa.

Kenapa kita lihat zaman sekarang ramai rakyat Malaysia berbangsa Cina kurang menjadikan bola
sepak sebagai karier lagi? Bukan tiada pemain-pemain hebat seperti Soh Chin Aun dan Ching Hok
Aik pernah menyarung jersi liga tempatan satu ketika dahulu. Kenapa kita jarang lihat ramai pemain
badminton dari golongan berbangsa India? Bukankah salah satu pemain lagenda Malaysia Punch
Gunalan berbangsa India. Lagi mengejutkan kenapa kita tidak nampak anak-anak Melayu memasuki
sukan ping pong ataupun bola keranjang secara professional? Adakah ini semua konspirasi ataupun
kebetulan semata-mata?

Read more: Bola Sepak. Antara Adat, Budaya dan Bangsa.

Warkah Kepada Penyokong Liverpool

Surat tidak rasmi ini bukannya datang daripada idea semalaman. Ianya telah lama tersemat di dada setiap penyokong-penyokong Liverpool yang sebenar. Bacalah dengan tenang nescaya kamu akan sedar yang inilah yang tersirat di dalam hati masing-masing dan yakinlah dengan membaca surat ini anda akan sedar menyokong Liverpool adalah salah satu keputusan tepat anda buat dalam hidup ini. Jika Saving Private Ryan drama terbaik untuk peperangan, The Shawshank Redemption drama terbaik untuk kehidupan maka kemenangan Liverpool di Madrid ini adalah drama terbaik untuk bola sepak. 

Read more: Warkah Kepada Penyokong Liverpool

Full back: Sayap pasukan bola sepak yang sebenar

Full back ataupun wing back adalah salah satu posisi di dalam bola sepak moden yang jarang kita beri perhatian. Cuba kita tengok bola sepak pada hari ini. Baik di Malaysia ataupun di luar negara. Kita akan lihat peranan full back amat berbeza jika dibandingkan dengan era tahun 70 an, 80 an dan 90 an. Dengan nama-nama seperti Cafu, Patrice Evra, Maicon Sisenando  dan Philipp Lahm tidak sukar untuk kita mengenali barisan pemain-pemain full back ini. 

Read more: Full back: Sayap pasukan bola sepak yang sebenar