My Thoughts on Jurgen Klopp So Far

Pelantikan Jurgen Klopp sebagai pengganti Brenden Rodgers pada October 2015 sangat menggembirakan penyokong-penyokong fanatik Liverpool. Klopp sangat terkenal dengan kebijaksanaan, pembakar semangat dan sifat nya yang sentiasa ceria ketika di temu bual. Di Dortmund, Jerman,  Klopp sangat disayangi peminat-peminat kerana berjaya membawa Borussia Dortmund menjuarai Bundesliga dua kali berturut-turut dan juga beberapa kejuaraan yang lain. Adakah beliau berjaya membuat perkara yang sama di Liverpool? Adakah perubahan dari beliau sudah dirasai? Kali ini saya akan kupaskan beberapa perkara yang saya nampak ada perubahan semenjak Klopp menerajui Liverpool.

Pressing Game

Ini terlalu ketara bagi saya. If you ever watchBorussia Dortmund games, you will notice that every time they lose the ball, they will try to win the ball back like a mad dog. Konsep yang sama di buat oleh Klopp di Liverpool ketika ini. Jika saya perlu pilh game yang paling nampak pressing game dibuat di Liverpool definitely it will be Manchester City Vs Liverpool 2015 at Etihad.

Sekurang-kurangnya dua gol datang dari menang bola di kawasan pihak City. Ini adalah tanda-tanda yang agak ketara sejak Klopp menggalas tanggungjawab sebagai pengurus pasukan. Adakah pressing game cara yang bagus? kalau Klopp berjaya membuat kan player Liverpool focus 100% sepanjang game seperti di Borussia Dortmund dulu saya percaya ianya akan membuahkan hasil. Adakah berkesan ketika ini? on and off so far. Dua game jadi next few games tidak menjadi pula

The Important Of Midfielder

This is the most important position for Klopp's tactic. Bila saya cakap pasal midfielder saya bermaksudkan suma position midfield termasuklah defensive midfielder, attacking midfielder, winger dan lain-lain. Saya tahu nama-nama foward mereka seperti Marco Reus dan Lewandowski sangat terkenal pada waktu Borussia Dortmund bersama Klopp, tetapi saya berpendapat midfield mereka adalah tunjang utama kejayaan Borussia Dortmund. Shinji Kagawa dan Ilkay Gundogan antara pemain midfield yang paling saya minat sewaktu Klopp di Borussia Dortmund.

Di Liverpool, saya dapat rasakan Klopp membuat perkara yang sama dengan cuba membina team bermula dari midfielder. Jika pemain-pemain yang nampak rapat dengan Jurgen Klopp ketika training dan after game (based on pictures, player mentioned in interviews and who he approach after game), kebanyakan adalah pemain midfielder Liverpool.

Fast Game

"He likes having the ball, playing football, passes. It’s like an orchestra. But it’s a silent song. But I like heavy metal more. I always want it loud " bila ditanya pemberita tentang perbezaan style of play beliau dan Arsene Wenger. Klopp sangat gemarkan game yang laju dan direct. Did he managed to do the same in EPL. My answer is NO!!!  Benda ni sebenarnya paling saya risaukan apabila Klopp mengaplikasikan taktik beliau di EPL. Team-team mid table dan bawahan, akan park the bus and counter bila berjumpa team-team seperti Liverpool, Manchester United, Chelsea dan lain-lain.

Tahun ini pada pendapat saya paling ketara jika kita lihat table liga sekarang ini. If it is an open game, Liverpool look like a champion side and if is not, Liverpool will either draw or lose the game. Bagi saya, Klopp masih lagi tidak berjaya menyelesaikan masalah yang sama dihadapi Brenden Rodgers sebelum ini.

Passion For The Game

Ini adalah benda yang saya suka sebagai peminat Liverpool. Goal celebration, comeback goals, celebration after the game, you name it, Klopp has done it. Perkara ini melambangkan character Klopp sendiri. Kita dapat lihat dari hari pertama apabila beliau mengelarkan diri beliau hanyalah sebagai 'The Normal One'. Perkara sebegini bagi saya adalah yang paling penting dan paling perlu diterapkan oleh Klopp pada season pertama beliau di Liverpool. Make Liverpool fan believe it again and also to build the confident of his players.

Has he implemented it yet? like I said he did it since his first day and I would say dah nampak bayang-bayang kesannya ke atas peminat-peminat Liverpool dan juga pemain-pemain mereka. Maybe just a matter of time his face will be on infamous Liverpool Kop banners'.

Conclusion

I urge Liverpool fans to give him 3 years, 4 years top. I personally believe in him. Bila dia tukar sahaja James Milner main wing kanan daripada central midfield (zaman Brenden Rodgers, Milner main dekat tengah), saya percaya Klopp tahu apa yang dia sedang buat. Beliau boleh membeli pemain yang Brenden Rodgers tidak mampu memancing ke Liverpool sebelum ini. Belilah player-player yang berkualiti dan sesuai dengan cara beliau, suka atau tidak itulah hakikatnya dalam bola sepak. Kelab yang paling bergaya berbelanja mempunyai peluang yang tinggi untuk menang liga. I'm not the expert but in my point of view these players could be sold next season. Even some of the players I really fond of, but I don't think they will fit with the Klopp's system.

Player Out:

Allen, Mignolet, Benteke, Sturridge, Lucas, Lovren

 

P/S: Encik Klopp tolong lah kejar cup kecik-kecik dulu baru pikir pasal EPL atau nak main Champions League.

Jika anda berminat dengan entry ini, sila share atau bincangkan dibawah.TQ
Liverpool   RSFC   The No. 8   Jurgen Klopp   Liverbird Malaysia