Negeri Sembilan FA VS Kuantan FA (Matchday 1 Liga Perdana)

Assalamualaikum....

Apa kabar waghih-waghih sumo. Harini saya nak buat analysis sedikit tentang game Negeri Sembilan menentang Kuantan FA semalam. Seperti kita tahu, semalam adalah game pertama Negeri Sembilan di STAR Paroi. Seperti peminat yang lain, analysis saya datang dari pandangan seorang penonton dan peminat, dan bukan la datang dari pandangan expert ataupun professional. Mungkin pandangan anda berbeza dengan saya tetapi harapan kita tetap sama.

Formasi yang digunakan 443 pada malam semalam agak balance dari segi serangan dan pertahanan. Banyak serangan saya nampk bermula dari tengah dan sebelah kiri. Negeri Sembilan banyak kali switch wing mereka dari kiri ke kanan dan kanan ke kiri (Macam Man Utd zaman SAF) dan ianya membantu membuahkan hasil satu jaringan pada separuh masa pertama. Adegan kad merah bagi saya sangat memalukan. Sebagai professional ianya tidak patut berlaku. Ini bukan MMA tetapi bola sepak. Namun, in his defense, saya bukan berada di situasi pemain tersebut (Sedangkan permain professional yang lain seperti Steven Gerrad pun pijak kaki orang), kadang-kadang emosi sukar dikawal dan saya harapkan kita sama-sama belajar dari kesilapan tersebut. Pemain-pemain nampak agak kurang fit. Selalu cramps di tengah padang, mungkin disebabkan perlawan pertama match fitness masih belum dapat lagi.

Linesman agak mengecewakan pada malam semalam dan banyak memberikan bad call pada Negeri Sembilan dan juga pada pihak Kuantan. Tetapi pujian harus diberikan pada mereka juga kerana berjaya mengendalikan game yang agak tense pada malam semalam. Dari segi posisi, pujian juga harus diberikan pada defenders dan midfielders kita, manakala fowards agak kurang menyerlah. Possesion banyak dimiliki oleh Negeri Sembilan, build up play banyak bedasarkan counter attack dan ianya membuahkan hasil untuk gol tunggal Negeri Sembilan.

Defend

Pada pendapat saya, defend Negeri Sembilan pada kali ini agak solid jika nak bandingkan tahun lepas. Defender kita lebih tenang dan banyak menang di udara. Dari segi interception, banyak juga yang berjaya di buat. Satu kesilapan dalam cubaan interception yang mengakibatkan penalty, tapi bagi saya ianya tidak mencerminkan keseluruhan persembahan. Tiap kali long throw dari pihak lawan juga berjaya dipintas, pada pendapat saya ini adalah serangan paling berbahaya dari Kuantan FA. Full back pula agak jarang naik jika hendak dibandingkan dengan pasukan Negeri Sembilan kendalian K.Devan season lepas dan mungkin ini banyak membantu dari segi defensive. Syed Adney agak goyah sedikit tetapi the back four banyak membantu beliau to get the job done.

Midfield

Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan persembahan jentera tengah pasukan Negeri Sembilan. Build up play dari tengah jarang sekali salah dan tidak senang untuk pihaklawan matikan. Seperti saya katakan tadi, serangan banyak tertumpu disebelah kiri atau terus ke tengah melalui Andrew Nabbout sebagai false no 9. Memenangkan bola di tengah juga sangat membantu Negeri Sembilan dari segi defensive dan possession. Banyak hantaran dihasilkan berkesudahan offside dan saya rasakan amat rugi kerana defensive line Kuantan FA agak tinggi, through pass  patut digunakan sebaiknya. Walaupun di jaga rapi dibahagian tengah, saya rasakan midfield Negeri Sembilan tetap tenang dan memberikan persembahan yang baik pada malam semalam. Kombinasi Alex, Shahrul dan Sabri sangat mantap dan tolonglah jangan ada injury pada mereka.

Foward

Foward bagi saya agak mengecewakan pada malam semalam. Banyak chances disia-siakan dan saya rasa mereka patut finish it off. Offside juga banyak berlaku mungkin kerana menggunakan false no 9 yang akan menarik defender-defender Kuantan FA ke arah beliau. Walaubagaimanapun, saya lihat mereka banyak membuat peluang untuk menjaringkan goal, cuma lack of precision. Bukan tiada goal terhasil tapi saya rasakan mereka sepatutnya bagi lebih dari semalam dengan qualiti yang mereka ada malah bagi saya man of the match pada malam semalam datang dari posisi foward(Joel Chianese). Foward Negeri Sembilan perlu lebih clinical, dan mengekalkan confident level mereka. Saya percaya pada mereka dan meletakan harapan penuh pada mereka untuk game-game yang akan datang. 

Kesimpulan

Dari segi keseluruhan saya sangat berpuas hati dengan overall persembahan Negeri Sembilan pada malam semalam. Saya rasakan banyak improvement dari segi defensive dan build up play jika hendak dibandingkan dengan game-game tahun lepas. Posession juga agak banyak dan dari segi semangat juang juga agak tinggi. Masih terlalu awal untuk menghakimi mereka, tetapi pada perlawan pertama semalam, saya rasakan ada harapan untuk Negeri Sembilan ke Liga Super jika mereka mengekalkan corak permainan dan commitment to the game seperti semalam, dan pastinya peminat-peminat bola sepak Negeri Sembilan akan setiasa dibelakang mereka.

 

P/S: Saya suka cara permain N.Sembilan menambat hati penyokong-penyokong Nismilan semalam. Time goal celebration dan masa lepas game. Macam Klopp pulak..Huhuhu

 

Jika anda berminat dengan entry ini, sila share atau bincangkan dibawah.TQ
Football   Bola Sepak Malaysia   RSFC   N9Futbol   Negeri Sembilan FA