Logo
 

Intro Bola Sepak

Page ni berkaitan dengan persatuan bola sepak Negeri Sembilan, Malaysia, dan Liverpool. Saya juga penulis untuk majalah Ultrajang dan blog The No. 8 untuk website Real Spendster FC. 

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Negeri Sembilan FA VS UiTM FC (Matchday 12 Liga Perdana 2016)
    May 20 , 2016

    Assalamualaikum....

    Dengan berbekalkan kemenangan tipis tempoh hari di stadium UiTM Shah Alam sudah pastinya Negeri Sembilan lebih yakin untuk beraksi di gelanggang sendiri. Tiga mata penuh sudah pasti menjadi sasaran skuad Negeri Sembilan untuk game terakhir sebelum pusingan kedua liga perdana 2016. Jika kita lihat di laman sosial, pemain-pemain Negeri Sembilan lebih ketara membuat statements untuk game hari ini jika dibandingkan sebelum ini. Saya rasakan perlawanan hari ini menjadi titik penting untuk menentukan dimana kedudukan Negeri Sembilan di akhir liga nanti.

  • Tips Berhenti Merokok
    Dec 09 , 2015

    Assalamualaikum

    Hari ini saya nak berkongsi tips berhenti merokok. Harga rokok sekarang semakin mahal dan kesan buruk merokok ini sudah lama diketahui. Alhamdulillah, saya dah berjaya berhenti merokok selama dua tahun. Saya berbangga dengan pencapaian saya setakat ini dan berharap dapat kekalkan tak nak pada merokok. Ada di antara rakan-rakan saya berhenti tanpa tips ataupun bantuan dari mana-mana pihak. Tapi mana tahu dengan membaca article saya ni anda dapat berhenti tabiat merokok. Percaya atau tidak dengan menulis entry ini, sebenarnya adalah salah satu usaha saya sendiri untuk  kekal tidak merokok. Pelik bukan? tak mengapa, saya akan huraikan selapas ini. 

Iklan

Negeri Sembilan FA VS Kuala Lumpur FA (Matchday 3 Liga Perdana 2016)

Assalamualaikum....

Setelah kemenangan menentang DRB Hicom FC di Tanjung Malim dan Sungai Ara FC di Pulau Pinang tempoh hari, ramai penyokong-penyokong Negeri Sembilan mula yakin dengan skuad kendalian Gary Phillips. Seramai 4 ribu penyokong Negeri Sembilan datang sama-sama memberi semangat kepada pemain-pemain Negeri Sembilan pada perlawanan kedua di Paroi menentang Kuala Lumpur. Walaupun kemeriahannya tidak seperti perlawanan pertama, penyokong-penyokong Negeri Sembilan masih bersemangat untuk turun ke stadium Paroi dan mengharapkan persembahan terbaik dari skuad Negeri Sembilan 2016. 

Negeri Sembilan pada separuh masa pertama menggunakan 4-5-1 sebagai formasi pilihan dengan Afiq sebagai lone striker dan target man.15 minit pertama game agak bosan dan kedua-dua pasukan lebih suka bermain secara berhati-hati tanpa counter attack dan risky pass. Negeri Sembilan banyak mendapat peluang percubaan on target, tetapi penjaga gol Kuala Lumpur beraksi dengan cemerlang dan beberapa percubaan berjaya ditampan dari kawasan bahaya.Ketika perlawanan menjadi rancak, tiba-tiba Hafizzudin berjaya membolosi barisan pertahanan Kuala Lumpur dan berjaya menjaringkan satu gol skor individu untuk pasukan Negeri Sembilan.Perlawanan berakhir dengan satu kosong pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Negeri Sembilan sekali lagi mengsia-siakan usaha untuk menambah gol.Kuala Lumpur pula mula cuba menyerang Negeri Sembilan dengan cubaan counter attack. Percubaan mereka mula nampak semakin berbahaya apabila masa semakin sampai di akhir perlawanan. Tambahan pula barisan tengah Negeri Sembilan mula goyah apabila Sabri di keluarkan disebabkan kecederaan. Kemudian, Afiq pula dikeluarkan dan Nabbout diletakan sebagai false no 9 seperti game pertama di Paroi. Ini seperti Gary Phillips ingin menambah jaringan daripada berpuas hati dengan 1-0. Sudah pastinya wings sangat penting ketika ini tetapi dengan meletakan Shahrul Igwan di sayap kanan nampak seperti beliau kurang selesa di posisi tersebut. Hasilnya, Kuala Lumpur nampak lebih berbahaya dan berjaya meledakkan gol penyamaan pada minit ke 86. Akhirnya game ditamatkan dengan keputusan 1 berbalas 1.

Defend

Sepanjang perlawanan dari full back kanan sampai la ke full back kiri, barisan pertahanan Negeri Sembilan nampak kukuh dari separuh masa pertama hingga separuh masa kedua. Saya berpendapat kedua-dua center back Negeri Sembilan, Taylor dan Annas nampak serasi dari segi kefahaman, fokus dan tanggungjawab masing-masing. Tiap kali midfielder Negeri Sembilan tidak berjaya mematikan game, pasti defender Negeri Sembilan membantu mematikan game atau membuang bola terus dari serangan bahaya Kuala Lumpur.

Ada beberapa last ditch tackle berjaya dibuat oleh kedua-dua Taylor dan Annas dalam menyelamatkan gawang gol Negeri Sembilan. Beberapa save juga berjaya dibuat oleh Syed Adney untuk menghalang Kuala Lumpur dari membolosi gawang beliau di Paroi. Malangnya ianya tidak cukup untuk menghalang gol penyamaan Kuala Lumpur di akhir perlawanan.

Midfield

Jika saya ingin memberi pemain terbaik pada salah seorang pemain Negeri Sembilan, sudah pastinya beliau datang dari salah seorang midfielder Negeri Sembilan. Gabungan Sabri, Hafizzuan dan Alex sangat lah menjadi. Banyak serangan Kuala Lumpur berjaya di matikan di tengah padang hasil dari usaha ketiga-tiga pemain ini. Malah banyak juga serangan berjaya dihasilkan bermula dari mereka cuma sayangnya tidak dapat disudahkan di final third.

Seperti game sebelum ni Negeri Sembilan nampaknya gemar switch wings mereka. Hafizzuan beraksi paling cemerlang dan layak menjadi Man of The Match untuk Negeri Sembilan. Beliau banyak menang bola ditengah, membuat simple game, quick pass dan jug menjaringkan gol dan ianya sudah tentu sudah cukup cemerlang untuk seorang DM. Namun, beliau agak senyap di separuh masa kedua seperti kebanyakan pemain-pemain skuad rusa yang lain.

Forward

Persembahan Afiq malam semalam agak mengecewakan pada pendapat saya. Tanggung jawab beliau sebagai target man tidak dapat dibuat dengan baik mungkin kerana sedikit gugup. Tetapi masih terlalu awal untuk menghakimi beliau kerana pada pendapat saya dengan menukarkan beliau di suku akhir perlawanan telah mengakibatkan Negeri Sembilan tidak dapat bertahan. Ini kerana tiada orang diatas untuk holding ball dan sewenang-wenangnya bola hilang ke pasukan lawan.

Salah seorang foward malam semalam lain pula ceritanya. Nabbout beraksi dengan cemerlang dan banyak lari di belakang pertahanan Kuala Lumpur untuk mengkucar-kacirkan mereka. Sayangnya beliau tidak dapat menyudahkan beberapa percubaan yang boleh kill the game pada waktu tersebut. Saya percaya Nabbout akan menjadi pemain favourite penyokong Negeri Sembilan dalam masa terdekat kerana dengan sikapnya dan kerajinanya.   

Overall

Walaupun Negeri Sembilan sekadar seri sahaja malam tadi, tapi kita perlu ingat, Negeri Sembilan masih lagi tidak kalah pada liga tahun ini dengn jadual yang padat. Banyak improvement kita dapat lihat dan build up play nampak lebih yakin pada separuh masa pertama. To all players, please make us believe again. Saya menyarakan sebagai penyokong, kita perlu kurang memaki pemain kita sendiri secara berlebihan. Kalau makian kita itu membantu tak pa, tapi lebih memburukan keadaan. Memang tiket berbayar tapi bila hendak tengok bola kita kene tau menjadi adatlah kalah dan menang.Jika nak melepaskan kemarahan pergilah ke pusat karoke dan bukan di stadium.

 

The No 8 Man of The Match: Hafizzuan

Keputusan Perlawanan : Negeri Sembilan 1 - 1 Kuala Lumpur

 

P/S: Baik hati ref semalam. Tak de kuar satu card pun. hehehehe

 

Jika anda berminat dengan entry ini, sila share atau bincangkan dibawah.TQ