Melaka United VS Negeri Sembilan FA (Matchday 4 Liga Perdana 2016)
Perjalanan dari Pantai Dalam ke Stadium Hang Jebat dirasakan dekat kerana membayangkan persembahan separuh masa pertama menentang Kuala Lumpur boleh dipamerkan. Kehadiran penyokong Melaka yang memenuhi stadium memberikan aura perlawanan final. Moment yang manis apabila Ultras Taming Sari chant selamat datang kepada para waghieh dan dibalas dengan chant terima kasih dari UN9. Goosebumps!
FIRST HALF :
Nismilan dilihat gagal mendominasi perlawanan dan penguasaan bola sehinggalah perlawanan berusia 15 minit. Kondisi padang yang kurang 'mesra' menyumbang kepada perkara ini.
Melaka dilihat lebih garang dengan melancarkan serangan bertali arus. Kalau bukan kerana Aroon, Annas, dan Taylor, pasti gawang Nismilan sudah dirobek. Pasti Syed Adney dan Nismilan gagal memperoleh clean sheet. Pasti Nismilan gagal mengutip satu mata.
Ada beberapa ketika Nismilan berjaya menembusi pertahanan Melaka United hasil beberapa siri hantaran pendek pemain tengah Nismilan. Namun, penyudah yang tumpul dari Andrew menyebabkan Nismilan gagal mencipta jaringan. Penjaga gol Melaka tadi pun boleh tahan. Serupa Casillas zaman muda-muda.
Pertengahan babak pertama den terperasan satu perkara. Corak permainan Nismilan tidak begitu agresif. Nismilan lebih selesa mengawal penguasaan bola dan sekadar bertukar-tukar hantaran pendek antara pertahanan dan pemain tengah. Cuma sekali-sekala Alex melakukan hantaran ala Paul Scholes atau Xabi Alonso dengan membuat hantaran diagonal kepada Andrew dan Joel. Namun sekadar itu sahaja. Dapat den simpulkan bahawasanya Nismilan sekadar ingin mencuri satu mata di Stadium Hang Jebat ini.
Andrew mengalami kecederaan lebih kurang 5 minit lagi berbaki di separuh masa pertama.
SECOND HALF :
Tidak banyak perubahan dengan separuh masa pertama. Andrew tidak dapat meneruskan perlawanan dan digantikan dengan Nizam Ruslan lebih kurang 10 minit selepas babak kedua bermula.
10 minit kemudian, giliran Joel diganti oleh Khairul Anwar.
Peluang terbaik Nismilan hadir melalui sepakan penjuru. Hafiz melakukan sepakan, dan Alex a.k.a Agent Smith berjaya menanduk bola ke arah gol. Ketika para waghieh melompat meraikan bola yang bakal menggegar jaring, muncul pula hujung jari penjaga gol Melaka United menidakkan cubaan untuk memberi sepakan penjuru kedua berturut-turut. Hati ni pocah tau tak tengok keeper tu save!
Aroon dan Annas masih lagi membanting tulang 4 kerat mengekang asakan daripada pemain Melaka United. Terutama pemain nombor 16, Iskandar. Larian laju, gelecekan lincah. Dahsyat brader ni.
Sekadar itu sahaja aksi yang boleh dihighlightkan.
PERBINCANGAN
Persembahan Afiq mempunyai peningkatan. Beliau menggalas tugas target man dengan amat jayanya pada separuh masa pertama. Berjaya hold ball dan memberi peluang dan masa untuk rakan sepasukan datang memberi support. Namun tidak kerap mendapat hantaran. Andaikata, lebih banyak hantaran diberikan kepada Afiq, tidak mustahil jaringan boleh terhasil dalam perlawanan tadi. Afiq boleh melakukan through ball kepada wing ataupun kepada Hafiz dan Sabri yang membuat penetration run ke dalam kotak penalti. Namun perkara ini jarang berlaku kerana Afiq jarang mendapat bola.
Injury to Andrew. Though he might not be a clinical finisher, he's still a threat to the opponents defense. He could run behind defenders, he could pick a cross. By doing this, he is creating a split second chaotic moments to defenders which will allow Afiq and Joel to get into great positions to receive his passes. After he was substituted, the Melaka United defense have one threat less to worry about. A vital loss to Nismilan during the game when he picked up the injury. We fans hope for a speedy recovery to you Andrew!
Joel was a absent again for the second consecutive game. He did farely well in the opening game against Kuantan. But for the last couple of games, he has been nothing more than a bystander on the pitch. Name me one memorable moment from Joel in tonight's game and the previous game against Kuala Lumpur. I might be a bit harsh but me as a fan expect more from import players. You need to get your head down and work harder. Or maybe Coach Gary could give an opportunity to Nizam and Khairul to play ahead of you, Joel.
Aroon dan Annas merupakan pemain terbaik Nismilan. Begitu memberangsangkan persembahan kedua-dua pemain tempatan ini. Hanya sekali Aroon berjaya ditewaskan pemain Melaka United, namun beliau berjaya mengejar semula pemain tersebut dan melakukan tackle bersih untuk mematikan serangan. Entah berapa kali tackle beliau menyelamatkan gawang Nismilan dari bahaya. Begitu juga Annas. Melaksanakan tugas sebagai stopper sementara Taylor sebagai cover. Kerapkali Annas terpaksa mengawal penyerang import Melaka. Walaupun perbezaan fizikal yang amat ketara, namun hampir 90% pertarungan antara mereka dimenangi Annas.
Melaka United bermain dengan cemerlang. Mereka turun dengan gameplan dan mereka melaksanakan gameplantersebut. Mengekang midfield Nismilan daripada merencanakan permainan. Menghalang Afiq daripada kerap mendapat bola. Serangan yang mereka lancarkan juga merbahaya. Sayangnya percubaan mereka tidak banyak yang tepat ke arah gawang. Sayangnya Aroon dan Annas bermain dengan terlalu cemerlang dari segi pertahanan.
PENGGANAS BERSIRI! :
Mohon diharamkan mereka-mereka ini daripada masuk ke STAR Paroi dan stadium lain. Merekalah punca berlakunya kekecohan dalam stadium. Merekalah punca pemain dan segelintir penyokong Nismilan yang tiada kena mengena dengan insiden pergaduhan tadi tidak dapat keluar daripada stadium lebih awal.
Acacah gengster. Result SPM pun silap-silap tak dapek laie. Bilo fans Melako tunggu kek luar gate tak berani pulak nak keluar. Pucat muko momasing. Bangang! Takdo bondo lain yang buleh diungkap an molainkan bangang mongalahkan boghuk dongan baghal!
Tak ponah ko pikir ado waghieh yang datang bawak budak kocik, bawak ongumah, bawak adik, bawak akak, bawak omak? Sobab an kau 20-30 orang ni, satu Nismilan namo busuk. Dah waghieh-waghieh yang macam den ni yang boto-boto nak tengok bola ni pulak raso tak selamat nak poie away day akan datang.
Fans Melako tadi cari budak botak pakai spek pakai jaket hitam. Ado info yang cakap dio ni salah sorang yang pukul fans Vietnam tak lamo dulu. Tak tau la boto ko tak. Mohon la pihak berwajib haramkan dio ni masuk memano stadium lopeh ni sobab insiden kek stadium tadi!
Kepada penyokong Melaka United, den mewakili semua rakyat Nismilan memohon ampun dan maaf kerana kelakuan pengganas bersiri yang bangang di stadium tadi. Janganlah kerana pengganas bangang yang segelintir ini membuatkan anda semua mengecop kami semua sama seperti mereka. Kami minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Sekali lagi kami memohon maaf atas insiden yang berlaku tadi.
P/S : Masih unbeaten. Kiro ok la tu kan?
MUSUHNYA HABIS BINASA!
Kid
Jika anda berminat dengan entry ini, sila share atau bincangkan dibawah.TQ