Logo
 

Intro Bola Sepak

Page ni berkaitan dengan persatuan bola sepak Negeri Sembilan, Malaysia, dan Liverpool. Saya juga penulis untuk majalah Ultrajang dan blog The No. 8 untuk website Real Spendster FC. 

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Negeri Sembilan FA VS UiTM FC (Matchday 12 Liga Perdana 2016)
    May 20 , 2016

    Assalamualaikum....

    Dengan berbekalkan kemenangan tipis tempoh hari di stadium UiTM Shah Alam sudah pastinya Negeri Sembilan lebih yakin untuk beraksi di gelanggang sendiri. Tiga mata penuh sudah pasti menjadi sasaran skuad Negeri Sembilan untuk game terakhir sebelum pusingan kedua liga perdana 2016. Jika kita lihat di laman sosial, pemain-pemain Negeri Sembilan lebih ketara membuat statements untuk game hari ini jika dibandingkan sebelum ini. Saya rasakan perlawanan hari ini menjadi titik penting untuk menentukan dimana kedudukan Negeri Sembilan di akhir liga nanti.

  • Iran Bumi Bersejarah Part 1
    Apr 08 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada 2014, aku telah dihantar oleh syarikat untuk bertugas di Tehran, Iran. Aku mengambil kesempatan ini untuk menulis pengalaman yang best ketika bertugas di bumi purba ini. Aku berada disana selama sebulan setengah, dan banyak cerita-cerita menarik dan pengalaman yang hendak aku kongsikan. Sebagai peminat sejarah sudah tentunya peluang ini digunakan sebaiknya oleh aku, kerana susah kita mendengar orang pergi ke Iran untuk bercuti ataupun bertugas (Kecuali company oil and gas). 

Iklan

Negeri Sembilan FA VS ATM (Matchday 5 Liga Perdana 2016)

Assalamualaikum....

Perlawanan kelima Negeri Sembilan dan perlawanan ketiga di Paroi menyaksikan Negeri Sembilan berpesta gol dengan membenam ATM 5-0. Ini sudah dijangka dan ramai beranggapan Negeri Sembilan pasti membelasah ATM dengan kelebihan ditempat sendiri dan kualiti skuad yang Negeri Sembilan ada. Bak kata orang putih "Walk in the park". Namun, ATM tidak mudah mengaku kalah dan berjaya mengikat Negeri Sembilan pada mulanya dan memberikan penonton Negeri Sembilan sedikit kerisauan.

Masih menggunakan formasi 4-3-3, Negeri Sembilan memulakan perlawanan dengan banyak menggunakan long ball ke kiri atau ke kanan. Banyak build-up dihantar pada sebelah kiri pada separuh masa pertama. Pemain Negeri Sembilan selalu kosong dibahagian tengah dan ATM berjaya memaksa Negeri Sembilan membawa bola kearah kiri atau kanan penjuru padang. Ini memaksa Negeri Sembilan sama ada membuat cross ataupun sekadar throw-in sahaja. Ada juga peluang sekali sekala dari Nabbot dan Joel, tetapi kesemuanya disia-sia kan oleh mereka. Pemain import dan tempatan nampak tiada kesefahaman dan hasilnya tidak wujud corak permainan yang sama ketika menentang Kuantan FA dan Kuala Lumpur FA dahulu.

Game paling teruk saya pernah tengok sepanjang liga (4 perlawanan liga perdana). Pada mulanya saya menyangka Negeri Sembilan hanya sekadar seri sahaja dengan ATM selepas melihat separuh masa pertama. Ada orang cakap pemain import banyak bermain sesama mereka sahaja, dan bagi saya game ni paling ketara. ATM cuba buat apa yang pasukan lain lakukan sebelum ni apabila mereka datang ke Paroi.Mereka lebih selesa defend,break off dan counter attack sepanjang perlawanan. Separuh masa pertama berakhir dengan seri 0-0.

Pada separuh masa kedua, Negeri Sembilan berjaya memecah kebuntuan dengan gol pertama hasil sepakan penjuru yang diambil oleh Khairul. Gol dijaringkan oleh tandukan Alex Smith. Kemudian, malangnya ATM bermain dengan 10 orang apabila pemain jersey no 5 mengasari Aroon dan bagi saya layak untuk kad kuning kedua (Kalau dekat EPL dah straight red card pun kalau tackle macam tu). Dua gol disusuli selepas itu hasil jaringan Joel dan satu gol tunggal dari Hafizuan. Manakala gol terakhir dijaringkan oleh hasil pemain ATM sendiri (Saya nampak zonal marking dipakai oleh ATM dan akhirnya membawa padah. Negeri Sembilan dapat dua gol hasil sepakan penjuru).

Ada improvement dari segi jaga offside line dan saya rasakan tiada langsung offside dari Negeri Sembilan walaupun ATM bermain 10 orang pada malam tadi (Selalunya bila lebih kurang pemain lebih senang terkena perangkap offside). Masih kurang sengat dibahagian serangan walaupun menang 5-0 terutamanya finishing.

Defend

Tak banyak yang saya boleh cakap. Aroon, Taylor dan Annas masih tidak mengecewakan peminat bola sepak Negeri Sembilan. Banyak orang memuji Aroon dan Annas. Rakan blogger saya Kid juga banyak memuji Aroon sebagai pemain paling on form sepanjang liga setakat ini dan saya tak menolak pendapat itu.

Midfield

Bagi saya bahagian paling teruk. Aksi paling teruk oleh midfield Negeri Sembilan sepanjang Liga Perdana 2016. Walaubagaimanapun dua goal malam semalam datang dari Alex Smith dan Hafizzuan (Hafizuan player favorite saya sekarang bukan Nabbot dah). Sebelum ini tiga-tiga pemain ini bermain dengan cantik. Short pass, menangkan bola, pressing dan box to box passing. Malam tadi nampak mereka seperti tak menjadi(Mungkin tiada kesefahaman). Lepas ni suruh Khairul jelah ambik corner.

Forward

Berpesta mereka malam semalam.Walaupun Joel menjaringkan dua goal, bagi saya dua assist dari Khairul adalah lebih penting. Nabbot mensia-sia kan banyak peluang. If you read this mate, you should work on your finishing and trust your teammates especially local players. You have the character but it is not enough to convince me. Tapi ok lah ada assit dari beliau. Kita tak boleh lah sentiasa mengharapkan kad merah setiap game.

Overall

Negeri Sembilan bernasib baik malam semalam. Kad kuning kedua yang dilayangkan oleh referee pada permain ATM memang correct decision, dan mungkin kelebihan pemain menjadi pemangkin untuk Negeri Sembilan berpesta goal di Paroi semalam. Team atmosphere ataupun semangat dalam skuad nampak sudah berkurangan antara pemain-pemain. Saya mengharapkan Gary Phillips membetulkan secepat mungkin sebelum ianya melarat. Taniah kepada pemain Negeri Sembilan untuk kemenangan pertama di Paroi, masih lagi tidak pernah kalah(Untuk Liga Perdana) dan diharapkan kemenangan pertama di Paroi ini menjadi titik perubahan untuk game-game akan datang. Menang semua la pasni. Hahaha.

 

The No 8 Man of The Match: 

 

Khairul Anwar

 

Keputusan Perlawanan :

 

Negeri Sembilan 5 - 0 ATM 

 

P/S: Ado budak dari tahfiz mano tah datang semalam. Mungkin sobab dorang datang Nismilan monang bosar. Yolah kan kalau Leicester leh pakai sami Buddha kito bleh pakai adik-adik tahfiz gak kan doa tuk kito.
 
 
Jika anda berminat dengan entry ini, sila share atau bincangkan dibawah.TQ