Logo
 

Intro Bola Sepak

Page ni berkaitan dengan persatuan bola sepak Negeri Sembilan, Malaysia, dan Liverpool. Saya juga penulis untuk majalah Ultrajang dan blog The No. 8 untuk website Real Spendster FC. 

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Tips Berhenti Merokok
    Dec 09 , 2015

    Assalamualaikum

    Hari ini saya nak berkongsi tips berhenti merokok. Harga rokok sekarang semakin mahal dan kesan buruk merokok ini sudah lama diketahui. Alhamdulillah, saya dah berjaya berhenti merokok selama dua tahun. Saya berbangga dengan pencapaian saya setakat ini dan berharap dapat kekalkan tak nak pada merokok. Ada di antara rakan-rakan saya berhenti tanpa tips ataupun bantuan dari mana-mana pihak. Tapi mana tahu dengan membaca article saya ni anda dapat berhenti tabiat merokok. Percaya atau tidak dengan menulis entry ini, sebenarnya adalah salah satu usaha saya sendiri untuk  kekal tidak merokok. Pelik bukan? tak mengapa, saya akan huraikan selapas ini. 

  • Negeri Sembilan FA VS UiTM FC (Matchday 12 Liga Perdana 2016)
    May 20 , 2016

    Assalamualaikum....

    Dengan berbekalkan kemenangan tipis tempoh hari di stadium UiTM Shah Alam sudah pastinya Negeri Sembilan lebih yakin untuk beraksi di gelanggang sendiri. Tiga mata penuh sudah pasti menjadi sasaran skuad Negeri Sembilan untuk game terakhir sebelum pusingan kedua liga perdana 2016. Jika kita lihat di laman sosial, pemain-pemain Negeri Sembilan lebih ketara membuat statements untuk game hari ini jika dibandingkan sebelum ini. Saya rasakan perlawanan hari ini menjadi titik penting untuk menentukan dimana kedudukan Negeri Sembilan di akhir liga nanti.

Iklan

Negeri Sembilan FA VS Perlis FA (Matchday 9 Liga Perdana 2016)

Negeri Sembilan FA VS Perlis FA (Matchday 9 Liga Perdana 2016)

Assalamualaikum....

Kekalahan di stadium Pasir Gudang pada perlawanan sebelum ini sebanyak sedikit mengganggu semangat skuad Jangs di Paroi. Negeri Sembilan seolah-olah badi apabila bertemu skuad Harimau Selatan. Rekod tanpa kalah telah dicalarkan oleh mereka. PKNS berjaya mengalahkan UITM petang semalam, jadi bermakna Negeri Sembilan berada dikedudukan ke-empat dan semestinya ini adalah game yang perlu dimenangi untuk mengekalkan peluang ke Liga Super.

Tiga ribu lebih penonton hadir di STAR Paroi malam semalam.

Tidak banyak perubahan pemain dilakukan oleh Gary Phillips dengan menggantikan Daniel Ting dengan Hariri. Saya tidak nampak ada perubahan taktikal dari pertukaran ini. Masih menggunakan 4-3-3 dan switch wings antara Nabbout dan Khairul.

Separuh masa pertama bermula dengan serangan dari kedua-dua pihak. Joel dua kali mendapat cubaan satu lawan satu tetapi kedua-duanya disiakan oleh beliau. Pasukan Perlis seperti sudah tahu permainan Negeri Sembilan dengan menutup di bahagian tengah dan mereka sangat berdisplin malam tadi.

Banyak bola long ball di hantar dari kawasan Negeri Sembilan ke kawasan kiri untuk Khairul dan saya rasakan beliau mengalas tugas sebagai wing kiri dengan begitu baik sekali. Kawalan dibahagian tengah masing lagi utuh seperti perlawanan-perlawanan sebelum ini.

Minit kesepuluh tiba-tiba lampu tertutup. Ianya mengganggu rentak perlawanan juga pada waktu itu. Kemudian, perlawanan disambung semula dengan masa tambahan 32 minit. Alex Smith menjaringkan gol sulung Negeri Sembilan dengan tendangan percuma selepas Andrew Nabbout dikasari di luar kotak penalti Perlis.

Selang beberapa minit, Negeri Sembilan sekali lagi berjaya menjaringkan gol dari skipper skuad Rusa, Taylor Regan hasil hantaran Alex Smith. Perlis berjaya merapatkan jurang hasil tendangan percuma dari rembatan padu Edward Wilson. Syed Adney tidak dapat membuat apa-apa dari sepak tersebut. Selepas beberapa minit, habis separuh masa pertama dengan keputusan Negeri Sembilan 2 Perlis 1.

Separuh masa kedua bermula dengan Perlis menguasai perlawanan dalam suku awal separuh masa kedua. Anak-anak buah Dolah Saleh banyak membuat beberapa percubaan, tetapi berjaya di tampan oleh Syed Adney dan defender Negeri Sembilan. Negeri Sembilan lebih selesa bermain defensive dan hanya menunggu peluang untuk counter attack. Hasilnya, Joel berjaya menjaringkan gol ketiga Negeri Sembilan dengan rembatan di penjuru gawang gol Perlis. Kemudian, Hariri membuat kesilapan dengan membentes pemain Perlis di kotak penalti. Bagaimanapun, sepakan penalti Perlis berjaya di tampan oleh Syed Adney dan berjaya mengikat keputusan 3-1 sehingga wisel tamat.

Defend

Penyerang-penyerang import Perlis banyak kali berjaya menembusi benteng pertahanan Negeri Sembilan. Masih bagus bila ball on air terutama sewaktu corner. Tetapi kurang menyerlah dalam interception bola bawah. Hariri mengalas baik menggantikan Daniel Ting, cuma kesilapan memberikan penalti. Saya rasakan tak perlu tackle pada waktu itu.

Midfield

Tiga serangkai Negeri Sembilan masih lagi menyengat (Smith, Haffizuan, Sabri). Malah Alex Smith berjaya menempah nama beliau di score sheet dan hantaranya menghasilkan gol kedua Negeri Sembilan. Walaupun kurang menyerlah pada separuh masa kedua, tetapi midfielders Negeri Sembilan masih utuh dan berjaya mengekang serangan pemain-main Perlis. Gol dari Alex Smith semestinya sangat penting untuk memecah kebuntuan. Saya percaya jika Alex tidak score pada waktu itu, kemungkinan Negeri Sembilan akan kalah malam tadi kerana bagi saya Perlis bermain dengan displin sekali.

Forward

Banyak peluang disia-siakan. Walaupun terdapat beberapa fancy moves dilakukan oleh Nabbout dan Khairul, namun tidak membantu Negeri Sembilan dengan menjaringkan gol. Walaupun gandingan gol ketiga hasil gandingan dua forward pasukan jersey kuning hitam ini, saya tetap tidak berpuas hati dengan persembahan mereka.

Kesimpulan

Keputusan yang baik selepas kalah 3-2 dengan JDT II. Gary Philips berani menggunakan taktikal yang sama, walaupun ianya seolah-olah dapat dibaca oleh Dolah Saleh. Negeri Sembilan juga seolah-olah sudah pelajari dari kesilapan yang sama sebelum ini dengan lebih berhati-hati selepas leading beberapa gol. Masih kebal di STAR Paroi dan mengharapkan ianya kekal hingga ke Liga Super nanti. Insyallah.

 

The No 8 Man of The Match: 

 

Alex Smith 

 

Keputusan Perlawanan :

 

Negeri Sembilan 3 - 1 Perlis

 

P/S: Hebat lak Syed Adney save penalti, macam ala-ala Buffon dio save eh !
 
Jika anda berminat dengan entry ini, sila share atau bincangkan dibawah.TQ