Logo
 

Intro Bola Sepak

Page ni berkaitan dengan persatuan bola sepak Negeri Sembilan, Malaysia, dan Liverpool. Saya juga penulis untuk majalah Ultrajang dan blog The No. 8 untuk website Real Spendster FC. 

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Negeri Sembilan FA VS UiTM FC (Matchday 12 Liga Perdana 2016)
    May 20 , 2016

    Assalamualaikum....

    Dengan berbekalkan kemenangan tipis tempoh hari di stadium UiTM Shah Alam sudah pastinya Negeri Sembilan lebih yakin untuk beraksi di gelanggang sendiri. Tiga mata penuh sudah pasti menjadi sasaran skuad Negeri Sembilan untuk game terakhir sebelum pusingan kedua liga perdana 2016. Jika kita lihat di laman sosial, pemain-pemain Negeri Sembilan lebih ketara membuat statements untuk game hari ini jika dibandingkan sebelum ini. Saya rasakan perlawanan hari ini menjadi titik penting untuk menentukan dimana kedudukan Negeri Sembilan di akhir liga nanti.

  • Iran Bumi Bersejarah Part 1
    Apr 08 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada 2014, aku telah dihantar oleh syarikat untuk bertugas di Tehran, Iran. Aku mengambil kesempatan ini untuk menulis pengalaman yang best ketika bertugas di bumi purba ini. Aku berada disana selama sebulan setengah, dan banyak cerita-cerita menarik dan pengalaman yang hendak aku kongsikan. Sebagai peminat sejarah sudah tentunya peluang ini digunakan sebaiknya oleh aku, kerana susah kita mendengar orang pergi ke Iran untuk bercuti ataupun bertugas (Kecuali company oil and gas). 

Iklan

Negeri Sembilan FA VS Sabah FA (Matchday 10 Liga Perdana 2016)

Negeri Sembilan FA VS Sabah FA (Matchday 10 Liga Perdana 2016)

Assalamualaikum....

Hari ini first time dalam tahun ni tengok bola masa hujan. Mungkin di sebabkan kemenangan menentang Perlis haritu, ramai pulak yang datang sampai tempat parking biasa kitorang pun penuh. Tapi bila sampai di STAR, tak lah ramai sangat, lebih kurang sama macam hari itu semasa menentang Perlis. 

Seperti game sebelum ini 3,300 penonton hadir di STAR Paroi.

Seperti biasa, Gary Phillips masih menggunakan formasi favorite beliau 4-3-3 dengan hanya menggantikan Annas dengan Daniel Ting. Annas digantung perlawanan disebabkan 5 kad kuning. Saya agak sedikit kecewa dengan ketiadaan Annas dan pemilihan Daniel Ting sebagai second center back sedikit meragukan. Bagaimanapun, dengan skuad yang kita ada, mungkin ini adalah keputusan yang terbaik boleh dilakukan oleh Gary Philips dan pembantunya.

Permainan bermula dengan pemain kedua-dua pihak bermain dengan berhati-hati terutamanya dari pasukan Sabah. Mereka nampak lebih berhati-hati dan selesa menunggu masa Negeri Sembilan membuat kesilapan. Skuad negeri di bawah bayu itu kerap menutup ruang dan tight man marking, dan membuatkan pemain-pemain tengah Negeri Sembilan kurang membuat hantaran.

Hasilnya, Sabah berjaya menyumbat gol sulung mereka ke gawang gol skuad Jangs dengan gerakan mudah hasil kesilapan Alexander Smith dibahagian tengah. Negeri Sembilan mula kelam kabut sedikit corak permainanya selepas gol Sabah manakala Sabah lebih tenang mengawal permainan di padang. Mereka lebih suka menyimpan bola dan membuang masa dengan berlakon sakit.

Padahnya, Negeri Sembilan berjaya menyamakan kedudukan hasil hantaran cantik Joel kepada Andrew Nabbout dan rembatan kaki kanan nya tepat ke gawang gol. Gerakan cantik ini pastinya menjadi highlight of the day bagi perlawanan ini. Selang beberapa minit, habis separuh masa pertama. Secara keseluruhan pada separuh masa pertama, Khairul Anwar nampak paling menyerlah daripada semua pemain.

Separuh masa kedua dimulakan dengan balance ball possession dari kedua-dua pihak. Kadang-kadang Sabah menyerang dan kadang-kadang Negeri Sembilan pula yang menyerang. Terdapat beberapa adegan kurang menyenangkan apabila ketua pasukan Negeri Sembilan Taylor seperti cuba bergaduh dengan penyerang Sabah dari Nigeria, Prince Nnake. Selepas itu, banyak aksi-aksi bersifat WWE daripada kedua-dua pihak. Saya sangat kecewa dengan pengadil kerana tidak dapat melihat keselahan-keselahan seperti itu.

Permainan diteruskan dengan slow pace. Ini mungkin kerana keadaan padang yang lecak dan pemain-pemain cuba menjaga kaki masing-masing. Pada minit ke 70, hasil gerakan solo dan disusuli oleh leretan cantik dari Nabbout, Joel berjaya menjaringkan gol kedua Negeri Sembilan dengan bola chip melepasi goalkeeper Sabah. Bagaimanapun, 10 minit sebelum masa tamat, Sabah pula menjaringkan gol hasil sepakan penjuru. Saya rasakan ianya tidak patut gol kerana tiga orang menjaga Ummareng, tetapi beliau dengan mudah menjaringkan gol.

Khairul juga mendapat peluang keemasan diminit-minit akhir hasil hantaran Aroon, sayangnya beliau tidak dapat menyudakan hantaran tersebut. Perlawanan tamat dengan kesudahan Negeri Sembilan FA 2-2 Sabah.

Defend

Tanpa Annas, Negeri Sembilan nampak kurang menyerlah dari segi back four. Lebih-lebih lagi dibahagian kiri, Hariri dan Daniel Ting. Hariri pada saya kadang-kadang cemerlang kadang-kadang tidak. Hari ini pastinya bukan antara hari yang bagus untuk beliau.

Midfield

Hilang. Tiga serangkai Alex, Hafizzuan dan Sabri seperti tiada di atas padang pada hari ini. Pemain favorite saya, Hafizzuan juga seperti malas bermain pada malam ini. Penat barangkali. Kawasan midfield paling mengecewakan saya pada malam ini. Mereka seperti ketandusan idea. Saya harapkan mereka kembali beraksi cemerlang seperti game-game sebelum ini.

Forward

Kita tidak boleh nafikan ketiga-tiga forward, Nabbout, Joel dan Khairul beraksi dengan cemerlang. Nabbout nampak sudah lebih mempercayai rakan-rakan tempatan dengan menghantar beberapa bola kepada Khairul dan Haffizuan. Pasukan penyerang Negeri Sembilan paling menyerlah di Paroi pada malam ini.

Kesimpulan

Saya rasakan begitu rugi sekali kerana hanya sekadar seri di Paroi dengan Sabah. Negeri Sembilan seperti mengulangi kesalahan yang sama seperti sebelum-sebelum ini dengan tidak dapat mempertahankan 3 mata penuh diminit-minit akhir perlawanan. Masih lagi rekod tanpa kalah di Paroi, masih ada harapan untuk ke liga Super. Saya juga ingin menyatakan rasa kesal apabila segelintir penyokong Negeri Sembilan mengejek Prince Nnake dengan gelaran monyet selepas habis perlawanan. Dimanakah sopan santun dan budi pekerti orang Melayu jika kita menunjukan sifat sebegitu. 

 

The No 8 Man of The Match:

 

Joel Chianese

 

Keputusan Perlawanan:

 

Negeri Sembilan 2 - 2 Sabah

 

P/S: Kalo den monyet, ekau boghok. The end. 
 
Jom tengok analysis dari The Kid pula. Sila click disini: Negeri Sembilan 2-2 Sabah (Matchday 10 Liga Perdana 2016) 
Jika anda berminat dengan entry ini, sila share atau bincangkan dibawah.TQ