Logo
 

Intro Bola Sepak

Page ni berkaitan dengan persatuan bola sepak Negeri Sembilan, Malaysia, dan Liverpool. Saya juga penulis untuk majalah Ultrajang dan blog The No. 8 untuk website Real Spendster FC. 

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Negeri Sembilan FA VS UiTM FC (Matchday 12 Liga Perdana 2016)
    May 20 , 2016

    Assalamualaikum....

    Dengan berbekalkan kemenangan tipis tempoh hari di stadium UiTM Shah Alam sudah pastinya Negeri Sembilan lebih yakin untuk beraksi di gelanggang sendiri. Tiga mata penuh sudah pasti menjadi sasaran skuad Negeri Sembilan untuk game terakhir sebelum pusingan kedua liga perdana 2016. Jika kita lihat di laman sosial, pemain-pemain Negeri Sembilan lebih ketara membuat statements untuk game hari ini jika dibandingkan sebelum ini. Saya rasakan perlawanan hari ini menjadi titik penting untuk menentukan dimana kedudukan Negeri Sembilan di akhir liga nanti.

  • Iran Bumi Bersejarah Part 1
    Apr 08 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada 2014, aku telah dihantar oleh syarikat untuk bertugas di Tehran, Iran. Aku mengambil kesempatan ini untuk menulis pengalaman yang best ketika bertugas di bumi purba ini. Aku berada disana selama sebulan setengah, dan banyak cerita-cerita menarik dan pengalaman yang hendak aku kongsikan. Sebagai peminat sejarah sudah tentunya peluang ini digunakan sebaiknya oleh aku, kerana susah kita mendengar orang pergi ke Iran untuk bercuti ataupun bertugas (Kecuali company oil and gas). 

Iklan

Negeri Sembilan FA VS UiTM FC (Matchday 12 Liga Perdana 2016)

Negeri Sembilan FA VS UiTM FC (Matchday 12 Liga Perdana 2016)

Assalamualaikum....

Dengan berbekalkan kemenangan tipis tempoh hari di stadium UiTM Shah Alam sudah pastinya Negeri Sembilan lebih yakin untuk beraksi di gelanggang sendiri. Tiga mata penuh sudah pasti menjadi sasaran skuad Negeri Sembilan untuk game terakhir sebelum pusingan kedua liga perdana 2016. Jika kita lihat di laman sosial, pemain-pemain Negeri Sembilan lebih ketara membuat statements untuk game hari ini jika dibandingkan sebelum ini. Saya rasakan perlawanan hari ini menjadi titik penting untuk menentukan dimana kedudukan Negeri Sembilan di akhir liga nanti.

Terdapat beberapa pertukaran dari Gary Philips dibarisan skuad Negeri Sembilan. Afiq diberi kepercayaan sekali lagi di barisan hadapan selepas berjaya menjaringkan gol kontroversi menentang UiTM pada selasa lalu. Selain itu, Sabri digugurkan dari kesebelasan utama dan digantikan dengan Hafizzuan. Anas kembali beraksi di samping Taylor bagi mengukuhkan lagi barisan pertahanan Negeri Sembilan.

Seramai 2600 penyokong Negeri Sembilan hadir pada malam ini.

Perlawanan dimulakan dengan Negeri Sembilan pada mulanya membuat asakan ke gawang gol UiTM. Beberapa peluang disia-siakan oleh Afiq Azmi untuk meletakan Negeri Sembilan di hadapan. Seawal minit ke enam, Syed Adney membuat mistake yang hanya boleh berlaku pada liga sekolah-sekolah dengan miss clearance  hasil hantaran perlahan daripada Anas dan mengulangi kesilapan beliau dengan membuat hantaran tepat kepada pemain UiTM. Ini tidak disia-siakan oleh mereka dengan merembat masuk ke gawang gol Negeri Sembilan.

Selang beberapa minit kemudian, Andrew Nabbout berjaya menanduk hantaran silang daripada Joel dan mengikat jaringan 1 berbalas 1. Gol tersembut disambut baik oleh penyokong-penyokong Negeri Sembilan. Hasilnya, mereka nampak lebih yakin dalam serangan seterusnya dan penyokong-penyokong seperti sudah mula melupakan kesilapan Syed Adney sebelum ini.

Serangan disebelah kiri akhirnya membuahkan hasil apabila Haffizuan dijatuhkan di dalam kotak penalti. Tanpa ragu-ragu ref menunjukan penalty spot dan tiada bantahan dari pemain-pemain UiTM. Penalti disudahkan oleh Andrew dengan mudah, dan meletakan Negeri Sembilan dihadapan dengan keputusan 2-1. Namun, sekali lagi kekeliruan berlaku berlaku di bahagian pertahanan, dan dengan mudah UiTM menjaringkan gol penyamaan.

Negeri Sembilan nampak masih yakin dengan serangan-serangan mereka walaupun UiTM berjaya menyamakan kedudukan. Hasil corner kick yang diambil oleh Khairul, berjaya ditanduk masuk oleh Afiq Azmi dan sekali lagi meletakan Negeri Sembilan didepan. Ini adalah gol peribadi kedua Afiq Azmi di Liga Perdana 2016. Di minit-minit akhir separuh masa pertama, sekali lagi hantaran cantik dari Khairul Anwar dengan menggunakan outside foot  ala-ala Douglas Costa, berjaya disudahkan dengan tandukan Afiq tepat ke gawang gol. Afiq dan Khairul meraikan gol seolah-olah memenangi Piala Malaysia pula dan kemudian disusuli oleh rakan-rakan yang lain.

Separuh masa pertama berkesudahan dengan lambakan gol. Negeri Sembilan 4 UiTM 2.

Bermulanya separuh masa kedua, Negeri Sembilan lebih bijak dan matang bermain dengan slow pace. Mereka kurang melakukan serangan dan lebih berhati-hati membuat hantaran. Dengan demikian, Negeri Sembilan lebih kurang membuat kesilapan dan lebih cepat organize dibahagian tengah dan belakang. Afiq dijadikan sebagai target man dan sekali sekala Nabbout membuat serangan dibahagian tepi. Tidak banyak yang dapat diceritakan tentang separuh masa kedua dan perlawan berakhir dengan kemenangan kepada Negeri Sembilan.

Defend

Syed Adney nampak seperti kelam kabut malam ini dan nyaris menyebabkan Negeri Sembilan gagal mengutip 3 mata penuh pada hari ini. Mungkin kerana baru balik semula dari kesebelasan utama, Anas banyak melakukan kesilapan seperti miss time tackle dan hantaran yang tidak tepat.

Saya ingin menyentuh sedikit tentang Hariri yang saya rasakan beliau beraksi cemerlang pada hari ini. Mungkin beliau boleh menggantikan Daniel Ting jika berjaya mengekalkan form beliau seperti hari ini. 

Midfield

Seperti perlawanan menentang UiTM sebelum ini, Khairul diletakan dibahagian tengah menggantikan Sabri. Pada permulaan, saya merasakan ini tindakan yang merugikan kerana Khairul bermain baik pada wing kiri Skuad Rusa pada sebelum-sebelum ini. Ternyata firasat saya salah apabila dia berjaya menyumbang dua assist dan mengucar kacirkan barisan tengah UiTM.

Hafizzuan juga sudah kembali bermain seperti sebelum ini dan menyerlah untuk separuh masa pertama dan kedua.

Forward

Mantap! Persembahan terbaik oleh forwards Negeri Sembilan setakat ini. Dua gol dari Andrew Nabbout, dua lagi dari Afiq dan satu assist dari Joel.

Saya dapat rasakan Andrew Nabbout semakin mendapat tempat di hati penyokong-penyokong Negeri Sembilan dan kemungkinan menjadi fans' favorite penyokong Negeri Sembilan. Afiq juga harus diberikan pujian keatas gol-gol dan ushanya pada malam ini. Beliau berjaya mendapat semangat setelah gol pertama dan berjaya menggalas tugas sebagai target man sewaktu Negeri Sembilan mendahului. Tambahan pula, tanpa jaringan beliau sudah tentu Negeri Sembilan akan berkesudahan seri dan oleh itu menjadi pilihan saya untuk Man of The Match untuk perlawanan kali ini.

Kesimpulan

Negeri Sembilan berjaya mengutip 3 mata penuh sebelum bulan puasa dan sudah tentunya memberi impak positif sebelum liga disambung semula. Jika Negeri Sembilan berjaya berada dikedudukan 3 dari atas, saya rasa peluang untuk ke Liga Super 2017 lebih tinggi. Dalam masa sama, ini juga memberikan momentum sebelum memulakan saingan Piala Malaysia dan sambungan Liga Perdana. Keserasian sudah mula dilihat dan banyak cross dari Nabbout ke Afiq dicipta menunjukan kepercayaan mereka terhadap rakan-rakan. Mereka juga sudah mula meraikan gol bersama-sama.

Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada penyokong-penyokong Negeri Sembilan dan mengharapkan mereka terus menyokong Skuad Rusa tercinta ini.

 

The No 8 Man of The Match:

 

Afiq Azmi

 

Keputusan Perlawanan:

 

Negeri Sembilan 4 - 2 UiTM

 

P/S: Tah apo dipikirkan Syed Adney mulo-mulo tadi den pun tak tau apo. Ingat bini agak eh. Nasib baik monang. 

 

Jika anda berminat dengan entry ini, sila share atau bincangkan dibawah.TQ