Logo
 

Intro Bola Sepak

Page ni berkaitan dengan persatuan bola sepak Negeri Sembilan, Malaysia, dan Liverpool. Saya juga penulis untuk majalah Ultrajang dan blog The No. 8 untuk website Real Spendster FC. 

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Negeri Sembilan FA VS UiTM FC (Matchday 12 Liga Perdana 2016)
    May 20 , 2016

    Assalamualaikum....

    Dengan berbekalkan kemenangan tipis tempoh hari di stadium UiTM Shah Alam sudah pastinya Negeri Sembilan lebih yakin untuk beraksi di gelanggang sendiri. Tiga mata penuh sudah pasti menjadi sasaran skuad Negeri Sembilan untuk game terakhir sebelum pusingan kedua liga perdana 2016. Jika kita lihat di laman sosial, pemain-pemain Negeri Sembilan lebih ketara membuat statements untuk game hari ini jika dibandingkan sebelum ini. Saya rasakan perlawanan hari ini menjadi titik penting untuk menentukan dimana kedudukan Negeri Sembilan di akhir liga nanti.

  • Tips Berhenti Merokok
    Dec 09 , 2015

    Assalamualaikum

    Hari ini saya nak berkongsi tips berhenti merokok. Harga rokok sekarang semakin mahal dan kesan buruk merokok ini sudah lama diketahui. Alhamdulillah, saya dah berjaya berhenti merokok selama dua tahun. Saya berbangga dengan pencapaian saya setakat ini dan berharap dapat kekalkan tak nak pada merokok. Ada di antara rakan-rakan saya berhenti tanpa tips ataupun bantuan dari mana-mana pihak. Tapi mana tahu dengan membaca article saya ni anda dapat berhenti tabiat merokok. Percaya atau tidak dengan menulis entry ini, sebenarnya adalah salah satu usaha saya sendiri untuk  kekal tidak merokok. Pelik bukan? tak mengapa, saya akan huraikan selapas ini. 

Iklan

Andrew Nabbout & Joel Chianese Di Gugurkan Dari Skuad Negeri Sembilan?

Andrew Nabbout & Joel Chianese Di Gugurkan Dari Squad Negeri Sembilan?

Assalamualaikum....

Beberapa bulan yang lepas, terdapat khabar angin yang mengatakan Negeri Sembilan FA cuba mencari nafas baru pada bahagian hadapan Skuad Jangs pada separuh musim kedua 2016. Terdapat muka-muka baru yang dapat dilihat diatas padang ketika friendly yang diadakan di stadium Paroi ketika menentang. Desas-desus mengatakan Andrew Nabbout, Joel Chianese dan Kevin Gunter akan digugurkan dari skuad Rusa untuk saingan liga selepas ini.

Jika itu benar, apakah kesannya pada pasukan Negeri Sembilan ini? Adakah berbaloi untuk membuang mereka dipertengahan musim? Adakah ini salah satu langkah strategik untuk menangani masalah semangat berpasukan didalam team dan pembaziran peluang didepan gol?

Saya akan bincangkan tentang Andrew Nabbout dan Joel Chianese sahaja kerana Kevin Gunter jarang mendapat kesebelasan utama.

Impact Analysis

Jika kita lihat on paper, secara kasarnya pemain-pemain ini (Jika tolak Gunter ketepi) banyak menjaringkan gol untuk pasukan Negeri Sembilan sepanjang separuh musim Liga Perdana 2016 dan juga di Piala FA. Tetapi, kita juga perlu melihat dari segi chances yang mereka dapat, berapa banyak yang mereka berjaya menyudahkan di gawang lawan. Dari segi finishing, saya boleh katakan kedua-dua pemain ini bukanlah natural born striker dan banyak peluang telah disia-siakan oleh mereka. Andrew memang terkenal di Australia kerana miss chance beliau di depan gol. Sebagai seorang striker, sudah pastinya mencari gol menjadi tugas utama beliau.

Walaubagaimanapun, Andrew telah menjaringkan 8 gol untuk Negeri Sembilan bagi saingan Liga Perdana manakala Joel sebanyak 15 gol. Ini bermakna mereka berdua memegang rekod penjaring terbanyak Negeri Sembilan pada musim ini dan rekod yang agak bagus untuk seorang forward. Saya tidak dapat nampak nama lain selain mereka berdua yang selalu menjaringkan gol untuk Negeri Sembilan.

Pada sesiapa yang selalu menyaksikan perlawanan Negeri Sembilan, pasti mereka akan bersetuju dengan Negeri Sembilan gemar menggunakan corak serangan daripada bertahan dan kebanyakan serangan dimulakan dari wings. Tiga permain Negeri Sembilan yang selalu memikul tanggungjawab posisi tersebut Andrew Nabbout, Joel Chianese dan Khairul Anwar. Tanpa kelibat dua pemain ini pastinya akan menggangu taktikal yang sedia pakai (4-3-3). Kemungkinan selepas ini Gary akan mula menggunakan center forward daripada false number 9 di bahagian jentera hadapan skuad Negeri Sembilan.

Ini pastinya memberi impak dari segi taktikal yang selalu digunakan oleh Gary Phillips. Kita hanya boleh mengharapkan, pengganti mereka sesuai bermain disitu ataupun lebih bagus dari mereka. 

Reaksi Penyokong

Sejak dari mula menyarung jersey kuning hitam, Andrew Nabbout sudah cuba mengambil hati penonton-penonton Negeri Sembilan. Sepanjang saya meyaksikan aksi beliau di Paroi,  Andrew banyak memberi reaksi kepada penonton dan mengambil hati mereka dengan membuat jenaka dan sebagainya. Beliau gemar celebrate gol-gol bersama penyokong dan antara orang yang paling ceria selepas kemenangan. Boleh saya katakan setakat ini, Andrew Nabbout adalah Negeri Sembilan fans' favorite player pada separuh musim pertama Liga Perdana 2016 (Berdasarkan reaksi penyokong dan daripada beberapa poll).

Bagi Joel pula, saya tidak rasakan kehilangan akan memberi impak dari segi reaksi penyokong tetapi lebih kepada impak terhadap taktikal. Mungkin juga tiada reaksi antara pemain-pemain tempatan kerana di atas padang beliau jarang menunjukan semangat berpasukan.

Atas sebab ini, saya risau jika Negeri Sembilan tidak mampu bersaing di Liga Perdana 2016 selepas rehat panjang ini, penonton akan menyalahkan pihak pengurusan dengan menukarkan Andrew Nabbout. Jika yang ditukarkan ialah Kevin Gunter, saya pasti tiada masalah bagi penyokong Negeri Sembilan.

Kesimpulan

Adakah tindakan bijak menggantikan mereka bertiga ini pada momentum dikemuncak ini? Negeri Sembilan berada dikedudukan tiga teratas dan saingan Liga Malaysia belum lagi bermula. Saya tidak rasakan Negeri Sembilan bermasalah seperti Pahang ataupun ATM. Ya, mungkin di bahagian depan sedikit goyah tetapi penukaran pemain sudah tentu menggangu fomular taktikal Gary Phillips nanti. Keputusan ini pasti memberi kesan besar dari segi taktikal dan kerjasama pemain. Skuad yang banyak di dominasi oleh orang putih Australia ini tidak lagi wujud. Hasil daripada ini mungkin akan memberikan kesan yang paling ketara buruknya, ataupun mungkin jadi sebaliknya.

Saya mengharapkan Negeri Sembilan semakin berjaya untuk permulaan saingan Liga Perdana 2016 dengan kehadiran beberapa pemain import yang baru. Dua pemain ini Henrique De Andrade Silva dan Goran Jerković mungkin bakal menggantikantempat Andrew Nabbout ataupun Joel Chianese. Kita lihat pula 'perangai' mereka di atas padang nanti.

Jom Baca Ulasan Dari The Kid Pula: Andrew Dan Joel 'dilepaskan'

 

P/S: Kalo jadi tukar lopeh ni tak gol banyak gak den tak tau la. Suro achik den main pulak hah.

 

Jika anda berminat dengan entry ini, sila share atau bincangkan dibawah.TQ