Logo
 

Intro Bola Sepak

Page ni berkaitan dengan persatuan bola sepak Negeri Sembilan, Malaysia, dan Liverpool. Saya juga penulis untuk majalah Ultrajang dan blog The No. 8 untuk website Real Spendster FC. 

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Tips Berhenti Merokok
    Dec 09 , 2015

    Assalamualaikum

    Hari ini saya nak berkongsi tips berhenti merokok. Harga rokok sekarang semakin mahal dan kesan buruk merokok ini sudah lama diketahui. Alhamdulillah, saya dah berjaya berhenti merokok selama dua tahun. Saya berbangga dengan pencapaian saya setakat ini dan berharap dapat kekalkan tak nak pada merokok. Ada di antara rakan-rakan saya berhenti tanpa tips ataupun bantuan dari mana-mana pihak. Tapi mana tahu dengan membaca article saya ni anda dapat berhenti tabiat merokok. Percaya atau tidak dengan menulis entry ini, sebenarnya adalah salah satu usaha saya sendiri untuk  kekal tidak merokok. Pelik bukan? tak mengapa, saya akan huraikan selapas ini. 

  • Negeri Sembilan FA VS UiTM FC (Matchday 12 Liga Perdana 2016)
    May 20 , 2016

    Assalamualaikum....

    Dengan berbekalkan kemenangan tipis tempoh hari di stadium UiTM Shah Alam sudah pastinya Negeri Sembilan lebih yakin untuk beraksi di gelanggang sendiri. Tiga mata penuh sudah pasti menjadi sasaran skuad Negeri Sembilan untuk game terakhir sebelum pusingan kedua liga perdana 2016. Jika kita lihat di laman sosial, pemain-pemain Negeri Sembilan lebih ketara membuat statements untuk game hari ini jika dibandingkan sebelum ini. Saya rasakan perlawanan hari ini menjadi titik penting untuk menentukan dimana kedudukan Negeri Sembilan di akhir liga nanti.

Iklan

Negeri Sembilan FA VS Melaka United (Matchday 2 Piala Malaysia 2016)

Negeri Sembilan Fa VS Melaka United (Matchday 2 Piala Malaysia 2016)

Assalamualaikum....

Setelah dua kekalahan berturut-turut Nismilan dalam saingan Piala Malaysia dan Liga Perdana, saya agak terkejut dengan jumlah kehadiran penyokong pada hari ini. Kesesakan lalu lintas bermula daripada JPJ Senawang, sampai lah ke stadium STAR Paroi. Ramai yang meletakan kereta dikawasan stesen Shell berhadapan Pusat Dakwah Negeri Sembilan dan sukar untuk saya mencari tempat parking.

Pada mulanya saya ingatkan penyokong-penyokong Negeri Sembilan menyahut seruan skipper Negeri Sembilan untuk hadir beramai-ramai ke stadium Paroi pada hari ini. Namun dari plat kereta yang bermula dengan huruf M tersusun di luar stadium, saya sudah mula faham kehadiran penyokong bukan sahaja datang dari penyokong Negeri Sembilan malah dari penyokong Melaka juga.

Selain Annas dan Sabri, kesebelasan Negeri Sembilan nampak seperti biasa.

Melaka banyak menyerang dibahagian kanan Negeri Sembilan yang dijaga rapi oleh Aroon dan Nasriq. Seawal minit ke 20, gawang Nismilan dibolosi dengan mudah dengan bola leret disebelah Syed Adney. Alex Smith menyamakan kedudukan dengan jaringan lipatan tepat ke gawang gol Melaka hasil dari sepakan penjuru Negeri Sembilan. Goalkeeper Melaka tidak berjaya menampan bola keluar saya rasa kerana tidak menyangkan Alex akan berbuat demikian.

Minit ke 30 Negeri Sembilan dilayangkan kad merah sejurus selepas claim penalti di denied kan oleh pengadil. Hariri telah menerjah pemain Melaka United dengan menggunakan kedua-dua kakinya. Adakah penalti? Ya. Adakah kad merah? saya juga merasakan ya. Penyokong Melaka bersorak seolah-olah menyambut kemenangan kerana mereka tahu peluang untuk menang lagi tinggi dengan melawan skuad yang kekurangan pemain.

Berbeza pula ceritanya, dengan bermain dengan 10 orang, skuad Negeri Sembilan nampak lebih berani menyerang daripada Melaka United dan hasilnya  Alex Smith berjaya menjaringkan gol peribadi yang kedua malam ini hasil flick on Taylor dan menjadikan gol kedua hasil daripada set piece Negeri Sembilan. Selang beberapa minit kemudian, kekeliruan di gawang Melaka, Henrique berjaya merembat masuk bola ke gawang Melaka. Penjaga gol Melaka United nampak telah menjatuhkan badan terlalu awal dan tidak dapat berbuat apa-apa dengan bola tersebut. STAR Paroi bergegar dengan gol ketiga Negeri Sembilan.

Kedudukan 3-1 sehingga habis separuh masa pertama.

Bermulanya separuh masa kedua Melaka lebih banyak menyerang dan Negeri Sembilan lebih gemar menggunakan counter attack. Gary Phillips mengeluarkan Goran dan memasukan Afiq sebagai gantian dan Daniel Ting pula dengan Hafizzuan. Penukaran yang pelik bagi saya menggantikan Afiq dengan Goran kerana mereka mempunyai style of play yang sama.

Melaka berjaya merapatkan kedudukan 3-2 di pertengahan separuh masa kedua.

Pada minit ke 70, Melaka United dihadiahkan sepakan penalti apabila bola terkena tangan Daniel Ting. Saya rasakan agak kejam keputusan pengadil kerana bola terkena tangan Daniel bukan disengajakan dan ianya adalah first touch dari beliau. Bagaiamanapun, Syed Adney berjaya menampan bola dari sepakan penalti Melaka dan menjadi hero sekali lagi. Beliau saya tengok bagaikan Pepe Reina ataupun Buffon apabila berjaya menafikan sepakan penalti daripada Melaka United. Sekali lagi Paroi bergegar dengan sorakan penyokong selepas penalty saves dari Syed Adney.

Negeri Sembilan lebih bijak kemudiannya dengan membuang masa dan menyimpan bola dan jarang mengambil risiko untuk menyerang. Saya kurang paham kenapa segelintir penyokong memarahi pemain Negeri Sembilan terutamanya Afiq dengan menyimpan bola. Ya, Afiq patut bermain dengan lebih baik tetapi perlu ke memaki beliau sebegitu rupa? Afiq juga perlu bertindak professional dan tidak perlu memberi reaksi kepada penyokong.

Keputusan perlawanan 3-2. Saya tertarik dengan penukaran bendera di akhir perlawanan diantara penyokong Negeri Sembilan dan penyokong Melaka. Ketika di stadium Hang Jebat, penyokong Melaka melakukan benda yang sama seperti hari ini. Mari kita jadikan ianya sebagai satu tradisi tiap-tiap kali Naning Derby.

Menukar-nukar Bendera Diantara Penyokong Negeri Sembilan Dan Melaka

 

Defend

Tanpa Annas sering kali saya melihat defend Negeri Sembilan agak goyah. Ketika Annas dimasukan ketika minit-minit akhir perlawanan, defend Negeri Sembilan nampka lebih solid. Hariri sepatunya bertindak lebih baik untuk mengelakan kad merah. Saya tak rasakan beliau sengaja menerjah pemain lawan tetapi lebih kepada ingin memenangi bola die tengah padang. Walaubagaimanapun, ini adalah kad merah kedua beliau di Paroi.

Midfield

Alex Smith is on fire. Dua gol awal babak pertama dari beliau sudah tentunya menjadi gol penentu kemenangan Negeri Sembilan hari ini. Beliau nampak paling yakin diantara midfielders yang ada di atas padang. Henrique, walaupun beliau berjaya menyumbatkan gol, overall performance beliau nampak seperti kuda tua.

Saya rasakan Nabbout ataupun Joel jauh lagi hebat dari beliau dari segi fizikal. Mungkin kerana pengalaman yang beliau ada, pihak pengurusan memutuskan mengambil beliau selaku pengganti import. Selain Hafizzuan, saya rasakan beliau bermain teruk pada hari ini.

Forward

Goran? saya nampak beliau seperti classic number 9. Besar, panjang, keras dan bagus di udara. Kita sudah ada Afiq kenapa masih perlu orang seperti ini. Bagi saya beliau hanyalah sedikit baik daripada Afiq. Saya bersetuju jika orang berkata masih terlalu awal untuk menghakimi beliau dan beliau juga beraksi agak cemerlang selepas Negeri Sembilan mendahului 3-1 di separuh masa pertama.

Dari apa yang saya nampak. Mungkin Gary hanya akan menggunakan seorang foward dimasa akan datang dengan formasi 4-5-1.

Kesimpulan

Masih lagi kebal di STAR Paroi seperti Chelsea kebal di Stamford Bridge di zaman Mourinho ketika dulu. Perlawanan hari ini ada yang paling terbaik saya saksikan sepanjang tahun ini. Penyokong Melaka bersikap matang dan menghormati walaupun selepas apa yang dibuat oleh penyokong Negeri Sembilan di stadium Hang Jebat. Taniah untuk mereka. Saya sedikit kecewa kerana ini bukanya Liga Perdana. Saya percaya misi naik ke Liga Super jauh lagi penting dari Piala Malaysia.

 

The No 8 Man of The Match:

 

Alex Smith

 

Keputusan Perlawanan:

 

N.Sembilan 3 - 2 Melaka United

 

P/S: Lain macam suasano Naning Derby ni. Lobih-lobih comeback ngn 10 orang ni kan. 

 

Jika anda berminat dengan entry ini, sila share atau bincangkan dibawah.TQ