Negeri Sembilan FA VS JDT ii (Matchday 15 Liga Perdana 2016)

Negeri Sembilan FA VS JDT ii (Matchday 15 Liga Perdana 2016)

Assalamualaikum....

Kali terakhir seingat saya Negeri Sembilan bermain di Paroi dalam keadaan hujan seperti ini adalah ketika menentang Sabah. Pada waktu itu Negeri Sembilan bermain hambar dan saya juga ada sedikit rasa yang Negeri Sembilan akan bermain hambar pada hari ini.

Walaupun saya tidak memberikan harapan yang besar pada perlawanan ini tetapi saya masih mengharapkan rekod kebal tanpa kalah dapat dipertahankan di STAR Paroi.Seri sudah mencukupi bagi saya.

Kesebelasan utama Negeri Sembilan hampir sama dengan perlawanan dengan Melaka United tempoh hari cuma Aroon tidak bermain disebelah kanan dan digantikan oleh Nasriq. Seperti yang saya sudah jangka, Gary menggunakan formasi 4-5-1 dan Goran digunakan sebagai target man.

JDT tidak mengambil masa lama untuk membolos gawang gol Negeri Sembilan. Pada minit kedua, JDT sudah berjaya menjaringkan gol pertama hasil cross yang cantik dan disudahkan oleh Rangel dengan kemas.

Pada minit ke 15, serangan dari kanan defend Negeri Sembilan tidak dijaga dengan baik dan satu rembatan kencang terus membolosi gawang Negeri Sembilan. Saya lihat kebanyakan serangan dari JDT bermula dibahagian kanan pertahanan Negeri Sembilan di sepanjang perlawanan. Negeri Sembilan pula banyak membuat serangan dengan menggunakan Khairul. Beliau bagi saya sangat bijak dalam membuat hantaran dan serangan untuk pasukan Negeri Sembilan. Negeri Sembilan mendapat penalti pada minit ke 35 apabila Goran dijatuhkan. Beliau sendiri mengambil sepakan penalti tersebut dan memastikan bola tersebut berada di gawang gol JDT ii. Pada pendapat saya, pengadil patut lebih berani menjaga displin pemain-pemain diatas padang.

Habis separuh masa pertama.

Separuh masa kedua dimulakan dengan skuad Rusa lebih memegang bola terutamanya dibahagian tengah. Gary Philips pada mulanya tidak mahu mengambil risiko dan tidak membuat apa-apa perubahan dari mana-mana posisi. Terdengar beberapa jeritan dari penyokong-penyokong Negeri Sembilan yang mahukan Gary membuat pertukaran segera untuk mendapatkan gol penyamaan.

Akhirnya pada minit ke 70, Gary Philips membuat dua pertukaran dan memasukan Afiq dan Curren Ferns dan menggantikan Hafizzudin dan Nizam. Dari padangan saya, ini adalah perancangan untuk bermain 4-4-2 dah Henrique dan Khairul sebagai tukang hantar dan Goran dan Afiq sebagai tukang tanduk. Malangnya taktikal ini membawa padah kuad Jangs dan JDT ii berjaya mematahkan hampir semua hantaran dan menyebabakan Negeri Sembilan terpaksa menghantar bola dari kedudukan deep dan jarang-jarang dapat cross dibahagian by line. Kemudian, hasil kesilapan Curren Ferns, JDT berjaya membuat serangan counter attack dan disudahkan oleh Zaquan Adha dengan leretan ditepi Syed Adney.

Pada minit-minit akhir, taktikal Gary Phillips sudah mula menampakan hasil. Sayangnya banyak cubaan tidak dapat disempurnakan dan pertahanan JDT harus diberi pujian berjaya mengawal keadaan. Sabri dimasukan di minit-minit akhir. Walaupun ade impak dari kemasukan beliau, tetapi tidak cukup untuk menjaringkan gol. Keputusan berakhir Negeri Sembilan 1 JDT ii 3.

Defend

Saya masih tidak faham kenapa Annas tidak bermain. Adakah sebab beliau baru baik dari kecederaan dan Gary tidak mahu mengambil risiko? Tanpa Annas Negeri Sembilan nampak goyah tambahan pula dengan tiada kelibatan Aroon di kanan Negeri Sembilan.

Midfield

Tiga serangkai Alex, Hafizzuan dan Sabri tidak lagi digunakan oleh Gary Phillips. Beliau lebih gemar menggunakan Henrique dibahagian tengah. Saya kurang setuju dengan pemilihan ini kerana saya rasakan Alex, Hafizzuan dan Sabri beraksi cemerlang apabila bersama. Persembahan yang mengecewakan darpada Nizam. Beliau agak lambat membuat keputusan dan takut-takut untuk membolosi pertahanan pihak lawan.

Walaubagaimanapun beliau jarang membuat salah, cuma, bagi saya beliau boleh membuat lebih baik pada hari ini.

Henrique bagi saya adalah Negeri Sembilan death ball specialist. Banyak hantaran beliau saya lihat sangat bahaya untuk pihak lawan dan jika digunakan dengan baik, pastinya Negeri Sembilan menjadi pasukan yang berbahaya ketika set piece.

Forward

Goran dan Afiq agak serasi dibahagian hadapan. Mungkin dengan formasi 4-4-2 mereka berdua akan nampak lebih menyerlah dan ada keserasian. Jika menggunakan formasi 4-5-1 Goran tidak dapat support yang secukupnya dan Alex tidak akan mungkin on top of his form tiap-tiap kali perlawanan. Gary harus mencari formula kerana bagi saya bahagian depan semakin tumpul dengan ketiadaan Joel dan Nabbout.

Kesimpulan

Rekod tanpa kalah di Paroi akhirnya sudah dicalarkan oleh sang harimau selatan. Negeri Sembilan seolah-olah badi dengan pasukan JDT ini. Kita tidak boleh pertikaikan pasukan JDT and JDT ii yang dipimpin oleh Tengku Mahkota Johor ini mempunyai skuad yang lebih lengkap dan berkualiti dari kebanyakan pasukan di Malaysia ini. Skuad Rusa juga apa kurangnya dan mereka berjaya memberikan saingan kepada pasukan ini

Mungkin jika Negeri Sembilan tidak bermain dalam hujan dan juga tidak berjumpa pasukan harimau selatan, mereka boleh menujuarai Liga Perdana musim ini. Hahaha. Saya mengharapkan taktikal baru dari Gary Phillips ini membuahkan hasil pada perlawanan akan datang

 

The No 8 Man of The Match:

 

Khairul Anwar

 

Keputusan Perlawanan:

 

N.Sembilan 1 - 3 JDT ii

 

P/S: Den raso player xgoma main dalam ujan la. Bilo main time ujan yo mesti lopu yo main.

 

Jika anda berminat dengan entry ini, sila share atau bincangkan dibawah.TQ
Football   Bola Sepak Malaysia   The No. 8   N9Futbol   Negeri Sembilan FA