Logo
 

Intro Bola Sepak

Page ni berkaitan dengan persatuan bola sepak Negeri Sembilan, Malaysia, dan Liverpool. Saya juga penulis untuk majalah Ultrajang dan blog The No. 8 untuk website Real Spendster FC. 

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Negeri Sembilan FA VS UiTM FC (Matchday 12 Liga Perdana 2016)
    May 20 , 2016

    Assalamualaikum....

    Dengan berbekalkan kemenangan tipis tempoh hari di stadium UiTM Shah Alam sudah pastinya Negeri Sembilan lebih yakin untuk beraksi di gelanggang sendiri. Tiga mata penuh sudah pasti menjadi sasaran skuad Negeri Sembilan untuk game terakhir sebelum pusingan kedua liga perdana 2016. Jika kita lihat di laman sosial, pemain-pemain Negeri Sembilan lebih ketara membuat statements untuk game hari ini jika dibandingkan sebelum ini. Saya rasakan perlawanan hari ini menjadi titik penting untuk menentukan dimana kedudukan Negeri Sembilan di akhir liga nanti.

  • Iran Bumi Bersejarah Part 1
    Apr 08 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada 2014, aku telah dihantar oleh syarikat untuk bertugas di Tehran, Iran. Aku mengambil kesempatan ini untuk menulis pengalaman yang best ketika bertugas di bumi purba ini. Aku berada disana selama sebulan setengah, dan banyak cerita-cerita menarik dan pengalaman yang hendak aku kongsikan. Sebagai peminat sejarah sudah tentunya peluang ini digunakan sebaiknya oleh aku, kerana susah kita mendengar orang pergi ke Iran untuk bercuti ataupun bertugas (Kecuali company oil and gas). 

Iklan

Negeri Sembilan FA VS KL Sime Darby (Matchday 18 Liga Perdana 2016)

Negeri Sembilan FA VS KL Sime Darby (Matchday 18 Liga Perdana 2016)

Assalamualaikum....

Selepas beberapa keputusan yang mengecewakan di perlawanan menetang JDT ii dan Sabah (Kecuali perlawanan menentang Terengganu), saya dapat agak, tidak ramai yang akan turun ke stadium Paroi pada hari ini. Gerai-gerai juga tidak banyak dibuka seperti sebelum ini, menambahkan lagi keyakinan saya bahawa penyokong-penyokong Negeri Sembilan agak kurang daripada biasa.

Line-up sama seperti di Sabah tempoh hari. Seperti yang saya ramalkan sebelum ini, Gary akan menggunakan formasi 4-4-2 dengan meletakan Afiq dan Goran dihadapan dan saya rasakan ini akan menjadi formasi kekal hingga habis saingan liga seperti sebelum ini dengan 4-3-3. Alex dan Henrique ditengah, Khairul dan Hafizzuan di bahagian sayap dan back four seperti biasa.

Seawal minit 4 Sime Darby, telah berjaya menjaringkan gol pertama dengan lolosan dibahagian tengah. Syed Adney tidak dapat berbuat apa-apa dengan jaringan tersebut. Sime Darby 1 Negeri Sembilan 0. Haffizuan dikeluarkan pada minit ke 15 saya rasa. Saya tidak tahu kenapa Gary Phillips mengeluarkan beliau atas dasar apa. Mungkin kerana taktikal ataupun kerana kecederaan. Aroon mengantikan tempat beliau bermain di kawasan tengah dan Nizam menjadi full back kanan. Mereka berdua saling bertukar-tukar posisi sepanjang perlawanan.

Seperti game bersama JDT ii tempoh hari, Sime Darby menggunakan taktik yang sama selepas berjaya menyumbat gol pertama. Buang masa dan acah-acah injured. Saya percaya semua pasukan akan menggunakan taktikal yang sama apabila di Paroi, kerana rekod Nismilan yang cemerlang (Hanya sekali kalah) ketika bermain di Paroi. Habis separuh masa pertama dengan Sime Darby mendahului 1 gol berbalas 0.

Separuh masa kedua dimulakan dengan serangan dari Negeri Sembilan. Kesemuanya dipatahkan dengan aksi cemerlang dari goalkeeper Sime Darby. Sepanjang perlawanan Negeri Sembilan telah melakukan percubaan jarak jauh daripada Alex, Aroon, dan Khairul. Terdapat juga beberapa percubaan jarak dekat daripada Goran dan Daniel Ting tetapi hampir kesemua diselamatkan oleh penjaga gol Sime Darby.

Negeri Sembilan mendapat sepakan percuma pada minit ke 80. Dengan kekalutan di depan gol, Negeri Sembilan berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil jaringan Alex Smith. Keputusan kekal sampai minit akhir.

Defend

Saya tidak tahu kenapa Annas tak dimainkan. Bagi saya beliau sepatutnya menjadi pemain utama. Saya rasakan satu kesilapan jika tidak menggunakan beliau jika dia tidak injured. Mungkin simpan untuk Piala Malaysia agaknya. Walaubagaimanapun, Nasriq menggalas tugas Annas dengan cemerlang hari ini.

Midfield

Menggunakan 4-4-2 sebagai formasi sudah pastinya midfielder tiga serangkai Alex, Haffizuan dan Sabri tidak akan beraksi bersama lagi. Saya ingin memuji Khairul Anwar dengan semangat beliau pada hari ini. Menang bola, beat defenders dan cross yang bahaya bagilah sahaja apa pun dia pasti akan buat semua. Saya harap Negeri Sembilan mengekalkan beliau untuk saingan liga tahun depan.

Forward

Tak banyak saya boleh katakan tentang jentera serangan Nismilan kerana percaturan Gary tidak dapat diaplikasikan di bahagian atas. Afiq nampak lebih yakin dan mengejar kesemua bola yang hilang dipadang. Penyokong Negeri Sembilan tidak boleh menidakkan usha beliau pada hari ini.

Kesimpulan

Usaha untuk pergi ke Liga Super nampaknya semakin pudar. Walaupun pusat perjudian di Negeri Sembilan sudah berjaya dihapuskan, namun perjudian PBNS mengeluarkan Joel dan Nabbout telah memakan diri mereka. Memang masih awal untuk menghakimi mereka, namun, bayang-bayang Negeri Sembilan akan kekal bermain untuk selasa dan jumaat seperti pasti untuk tahun hadapan.

Liga Super mana Liga Super???

Kedengaran beberapa penyokong Ultras menjerit kearah grand stand sebagai tanda protes mereka kepada persatuan. Secara peribadi saya berasa kecewa dengan nasib skuad Nismilan ini. Namun, saya akan tetap turun dan menyokong pasukan Nismilan yang tercinta ini. Saya juga mengharapkan penyokong-penyokong lain turut sama dalam kalah dan menang bersama skuad Jangs dalam baki saingan Liga Perdana 2016 dan tahun-tahun yang akan datang.

 

The No 8 Man of The Match:

 

Khairul Anwar

 

Keputusan Perlawanan:

 

N.Sembilan 1 - 1 Sime Darby

 

P/S: Camno den nak tengok bola kalo kojap-kojap berlakon injured yo. Jadi pelakon la sonang xpayah main bola.