Negeri Sembilan FA VS KL Sime Darby (Matchday 18 Liga Perdana 2016)

Negeri Sembilan FA VS KL Sime Darby (Matchday 18 Liga Perdana 2016)

Assalamualaikum....

Selepas beberapa keputusan yang mengecewakan di perlawanan menetang JDT ii dan Sabah (Kecuali perlawanan menentang Terengganu), saya dapat agak, tidak ramai yang akan turun ke stadium Paroi pada hari ini. Gerai-gerai juga tidak banyak dibuka seperti sebelum ini, menambahkan lagi keyakinan saya bahawa penyokong-penyokong Negeri Sembilan agak kurang daripada biasa.

Line-up sama seperti di Sabah tempoh hari. Seperti yang saya ramalkan sebelum ini, Gary akan menggunakan formasi 4-4-2 dengan meletakan Afiq dan Goran dihadapan dan saya rasakan ini akan menjadi formasi kekal hingga habis saingan liga seperti sebelum ini dengan 4-3-3. Alex dan Henrique ditengah, Khairul dan Hafizzuan di bahagian sayap dan back four seperti biasa.

Seawal minit 4 Sime Darby, telah berjaya menjaringkan gol pertama dengan lolosan dibahagian tengah. Syed Adney tidak dapat berbuat apa-apa dengan jaringan tersebut. Sime Darby 1 Negeri Sembilan 0. Haffizuan dikeluarkan pada minit ke 15 saya rasa. Saya tidak tahu kenapa Gary Phillips mengeluarkan beliau atas dasar apa. Mungkin kerana taktikal ataupun kerana kecederaan. Aroon mengantikan tempat beliau bermain di kawasan tengah dan Nizam menjadi full back kanan. Mereka berdua saling bertukar-tukar posisi sepanjang perlawanan.

Seperti game bersama JDT ii tempoh hari, Sime Darby menggunakan taktik yang sama selepas berjaya menyumbat gol pertama. Buang masa dan acah-acah injured. Saya percaya semua pasukan akan menggunakan taktikal yang sama apabila di Paroi, kerana rekod Nismilan yang cemerlang (Hanya sekali kalah) ketika bermain di Paroi. Habis separuh masa pertama dengan Sime Darby mendahului 1 gol berbalas 0.

Separuh masa kedua dimulakan dengan serangan dari Negeri Sembilan. Kesemuanya dipatahkan dengan aksi cemerlang dari goalkeeper Sime Darby. Sepanjang perlawanan Negeri Sembilan telah melakukan percubaan jarak jauh daripada Alex, Aroon, dan Khairul. Terdapat juga beberapa percubaan jarak dekat daripada Goran dan Daniel Ting tetapi hampir kesemua diselamatkan oleh penjaga gol Sime Darby.

Negeri Sembilan mendapat sepakan percuma pada minit ke 80. Dengan kekalutan di depan gol, Negeri Sembilan berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil jaringan Alex Smith. Keputusan kekal sampai minit akhir.

Defend

Saya tidak tahu kenapa Annas tak dimainkan. Bagi saya beliau sepatutnya menjadi pemain utama. Saya rasakan satu kesilapan jika tidak menggunakan beliau jika dia tidak injured. Mungkin simpan untuk Piala Malaysia agaknya. Walaubagaimanapun, Nasriq menggalas tugas Annas dengan cemerlang hari ini.

Midfield

Menggunakan 4-4-2 sebagai formasi sudah pastinya midfielder tiga serangkai Alex, Haffizuan dan Sabri tidak akan beraksi bersama lagi. Saya ingin memuji Khairul Anwar dengan semangat beliau pada hari ini. Menang bola, beat defenders dan cross yang bahaya bagilah sahaja apa pun dia pasti akan buat semua. Saya harap Negeri Sembilan mengekalkan beliau untuk saingan liga tahun depan.

Forward

Tak banyak saya boleh katakan tentang jentera serangan Nismilan kerana percaturan Gary tidak dapat diaplikasikan di bahagian atas. Afiq nampak lebih yakin dan mengejar kesemua bola yang hilang dipadang. Penyokong Negeri Sembilan tidak boleh menidakkan usha beliau pada hari ini.

Kesimpulan

Usaha untuk pergi ke Liga Super nampaknya semakin pudar. Walaupun pusat perjudian di Negeri Sembilan sudah berjaya dihapuskan, namun perjudian PBNS mengeluarkan Joel dan Nabbout telah memakan diri mereka. Memang masih awal untuk menghakimi mereka, namun, bayang-bayang Negeri Sembilan akan kekal bermain untuk selasa dan jumaat seperti pasti untuk tahun hadapan.

Liga Super mana Liga Super???

Kedengaran beberapa penyokong Ultras menjerit kearah grand stand sebagai tanda protes mereka kepada persatuan. Secara peribadi saya berasa kecewa dengan nasib skuad Nismilan ini. Namun, saya akan tetap turun dan menyokong pasukan Nismilan yang tercinta ini. Saya juga mengharapkan penyokong-penyokong lain turut sama dalam kalah dan menang bersama skuad Jangs dalam baki saingan Liga Perdana 2016 dan tahun-tahun yang akan datang.

 

The No 8 Man of The Match:

 

Khairul Anwar

 

Keputusan Perlawanan:

 

N.Sembilan 1 - 1 Sime Darby

 

P/S: Camno den nak tengok bola kalo kojap-kojap berlakon injured yo. Jadi pelakon la sonang xpayah main bola.

Football   Bola Sepak Malaysia   N9Futbol   Negeri Sembilan FA