Negeri Sembilan FA VS Pulau Pinang FA (Piala FA Pusingan Ke Tiga)

Negeri Sembilan FA 4-1 Pulau Pinang FA (Piala FA Pusingan Ke Tiga)

Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

First Half

Defensive game. Kahar berjaya membuat save yang menyelamatkan gawang Negeri Sembilan pada minit ke 18. Skuad Jang lebih selesa bertahan daripada menyerang dan hanya menggunakan peluang untuk counter attack. Secara amnya, Penang jeruk Pak Ali lebih menguasai perlawanan pada separuh masa pertama.

Walaubagaimanapun, pada minit ke 45, Simic memecah kebuntuan dengan menjaringkan rembatan kencang ke gawang gol Pulau Pinang. Syed Adney, no chance!

Habis separuh masa pertama.

Second Half

Seawal minit ke 47, Penang dapat menjaringkan gol penyamaan hasil daripada rebound bola daripda Kahar. Negeri Sembilan juga mendapat beberapa percubaan kemudianya namun gagal disudahkan. Negeri Sembilan cuba switch kan wing mereka dengan three lungs Tuck bermain ke kiri dan Khairul the super crosser bermain disebelah kanan.

Separuh masa kedua, banyak dikuasai Negeri Sembilan. Tetapi keputusan kekal satu sama.

Habis separuh masa kedua.

Tambahan Masa

Waktu ni, baik pemain-pemain Negeri Sembilan mahupun Penang, kedua-duanya sudah longlai. Bermulanya separuh masa kedua tambahan masa, Nismilan tiba-tiba nampak lebih garang. Dalam keadan yang tidak berbahaya langsung, Lee Tuck merembat gol terus ke gawang. Syed Adney yang seperti tidak fokus, menampan bola ke gawang goal sendiri.

Seperti Nou Camp ketika Barcelona menang dengan PSG tempoh hari, Paroi was electrifying. Menyanyi nyanyi sekalian yang setia dan bergema diseluruh stadium lagu-lagu yang dinyanyikan oleh geng-geng ultras. Selang beberapa minit kemudian, Lee Tuck sekali lagi menyumbat goal peribadi kedua beliau hasil hantaran Bruno Mars.

Lee Tuck seperti dirasuk, tanpa segan silu menyerang dan menyerang ke gawang Penang, dan akhirnya, sebelum beberapa minit masa tamat, Lee Tuck merembat terus ke penjuru gawang Pulau Pinang dalam situasi one on one dengan Syed Adney. Sekaligus menempa nama sebagai pemain kedua Negeri Sembilan yang hatrik untuk tahun ini. Sekarang Paroi pula seolah-olah dirasuk. Korang boleh tgok video dibawah:

Masa perlawanan tamat dengan Negeri Sembilan menang 4-1.

 

Perbincangan

Back four yang mantap.Sebelum ini walaupun pernah diutarakan oleh Kid, tapi aku nak sebut jugak. Korang tak rasa power ke bila back four Nismilan semuanya local players? Anas dan Nasriq nampak macam lebih bulky jika nak dibandingkan daripada tahun lepas.Sayangnya mereka terlepas goal kalau tak memang perfect night untuk dorang.

Forward yang reliable. Bila Bruno kurang menyerlah, Simic pula yang on fire. Bagi pendapat aku, macam nilah baru team yang boleh bersaing untuk kejuaraan bermain. Tak adalah harap dekat seorang dua player je seperti musim-musim sebelum ini. Bruno walaupun tak score die assist. JDT hands off!!! Abang bagitau awal-awal jangan kacau budak abang.

Skuad harimu kumbang yang berani menyerang. Tidak dinafikan Pulau Pinang berani menyerang di stadium keramat Paroi ini. Kadang kala semua orang cuak jugak bila Faiz Subri mengambil freekick, malah, goal pertama Penang bermula daripada crossing beliau. Namun secara keseluruhan, harimau kumbang sesat di hutan belantara keramat Paroi.

The Three Lungs Tuck. Macam Luis Suarez aku cakap. Tiga goal di tambahan masa separuh masa kedua (3 goal 10 minit), rembatan maut, berlari macam cheetah, abang tak tau nak cakap pe lagi kalau dah macam tu. Well done lad! Please don't get injured.

 

Man of the match

Lee Tuck

 

P/S: Sian Syed Adney. 

Football   Bola Sepak Malaysia   N9Futbol   Negeri Sembilan FA