Negeri Sembilan FA - ATM FA (Matchday 12 Liga Perdana 2017)

Negeri Sembilan FA 1 -  1 ATM FA (Matchday 12 Liga Perdana 2017)

Kehadiran penyokong kurang mendapat sambutan pada kali ini jika hendak dibandingkan dengan perlawanan menentang Sabah tempoh hari. Maka Paroi nampak kurang keramat dan kurang menyengat pada perlawanan malam ini. Kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan berkongsi satu mata. Satu lagi pembaziran mata oleh Negeri Sembilan FA seperti Manchester United membazir mata menentang Swansea dalam perlawanan sebelum ini. Hari ini sekali lagi aku menggantikan Kid, The Karate Kid II untuk mengulas perlawanan ke dua belas Liga Perdana 2017.

Hanya 3 ribu lebih penyokong yang hadir.

Separuh Masa Pertama

Sepatutnya, perlawanan hari ini hanyalah seperti walk in a park bak kata orang putih. Secara amnya, Negeri Sembilan lebih banyak menyerang jika hendak dibandingkan dengan ATM pada separuh masa pertama. Namun tidak boleh disangkal ATM nampak cuba menggigit si Rusa ketika mereka sedang selesa terutamanya melalui pemain nombor 10 mereka Beomguen Bae. ATM banyak membuat serangan daripada flank Negeri Sembilan yang seolah-olah lopong dengan menggunakan wing mereka Mohd Rafizol dan Venice Elphi. 

Banyak crosses dilakukan oleh Negeri Sembilan, namun banyak disia-siakan ataupun berjaya di pintas dengan baik daripada pasukan ATM. Yang menariknya, kebanyakan hantaran silang dilakukan daripada Negeri Sembilan pada perlawanan kali ini datang dari kedudukan deep (Jauh daripada gawang ATM) dan bukanya by line (Dah dekat bendera corner ATM baru cross) yang biasa dilakukan oleh Negeri Sembilan seperti sebelum-sebelum ini. Ini seolah-olah taktik yang sama digunakan SAF semasa zaman kegemilangan United 1999 dengan David Beckham sebagai tukang suap dan Andy Cole dan Dwight Yorke sebagai target man.

Walaupun nampak kelibat hasil daripada taktik ini, tetapi di akhirnya tiada kesudahan seperti yang diharapkan. Separuh masa pertama berakhir seri tanpa jaringan.

Separuh Masa Kedua

Seawal minit ke 45, Negeri Sembilan membenarkan gol mudah untuk ATM. Cross tanpa challenge ke kawasan bahaya Negeri Sembilan, hasil daripada kesilapan awal pertahanan Negeri Sembilan yang membenarkan ATM dengan mudah menyudahkan tandukan terus ke gawang gol Kahar. ATM  kemudiannya lebih selesa bermain time wasting tactic dan tekanan semakin membuak ke atas pemain dan penyokong Negeri Sembilan. 

Di sepuluh minit terakhir, sekali lagi Lee Tuck menyelamatkan Negeri Sembilan untuk mendapatkan mata dan sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah Negeri Sembilan di saingan Liga Perdana 2017. Tapi secara peribadinya, usaha tersebut hasil daripada gerakan Izuan yang banyak kali merobek pertahanan ATM. Beliau juga beberapa kali mendapat percubaan ke gawang gol dan berjaya menghantar bola ke kawasan bahaya ATM namun gagal disudahkan oleh rakan-rakan yang lain. Memasukan Izuan dan Nizam satu keputusan yang baik daripada coach Asri Ninggal.

Keputusan berakhir satu sama.

Kesimpulan

Crossing Game. Dari pendapat aku yang bukan seorang professional, dengan melebihkan hantaran lintang pada perlawanan ini adalah sangat bagus untuk persediaan menetang Pahang nanti. Dengan kelebihan satu gol, sit back and tight defense adalah cara terbaik untuk Pahang melawan Negeri Sembilan di gelanggang keramat Paroi pada 13 Mei nanti. Jawapan untuk taktik ini adalah crossing game. Jika ada hasil daripada taktik ini pada perlawanan malam ini, sudah pastinya ianya akan menambah keyakinan untuk skuad The Jangs untuk digunakan pada perlawanan menentang Pahang nanti.

Persoalanya, adakah ianya akan menjadi tanpa kelibat Bruno Suzuki yang tidak ada kerana kecederaan dan Simic pula yang jika tidak on form pada hari tersebut? Terserah kepada pembaca untuk membuat andaian.

Faisal Abu Bakar dan Vidic. Tanpa melebih-lebihkan pemain tempatan, aku rasakan Faisal bermain dengan baik sekali pada malam ini. Vidic yang digandingkan ditengah dengan beliau tidak kurang hebatnya. Mereka berdua banyak menang bola dan merancang serangan pada hampir sepenuh masa di Paroi. Aku percaya tanpa mereka berdua ATM pasti lebih banyak mendapat peluang untuk membuat percubaan ke gawang gol Negeri Sembilan.

Dengan beberapa kesilapan daripada mereka, aku rasa tidak adil untuk merumuskan persembahan total mereka berdua yang baik pada malam ini. Kebanyakan kesilapan datang daripada bahagian hadapan yang aku akan rungkaikan selepas ini. 

No Suzuki No Party? Bila aku tengok tiket ditangan aku ni, tiada tertera nama Bruno Suzuki FC dimana-mana bahagian tiket. Jadi tak perlulah kita menggunakan alasan tiada Bruno Suzuki maka Negeri Sembilan tidak menjadi. Tidak dinafikan Bruno Suzuki menjadi tonggak utama bahagian hadapan Negeri Sembilan. Tetapi bola sepak dimainkan oleh 11 pemain dan dibantu dengan ribuan penyokong. Chelsea pun boleh menang tanpa kehadiran Eden Hazard dan kenapa Negeri Sembilan tidak boleh tanpa Bruno Suzuki?

Walaupun secara amnya, perlawanan malam tadi banyak kelemahan datang dari segi serangan yang tumpul, namun kita masih mempunyai penyerang-penyerang lain yang tidak kurang bisanya. Contohnya dengan memasukkan Izuan dan Nizam menyebabkan pertahanan ATM kucar kacir pada akhir-akhir perlawanan. Sayangnya mereka tidak dimasukan pada awal-awal perlawanan terutamanya Izuan.

Pertukaran Taktik di Akhir Perlawanan. Pada minit ke 70 ke 80, Asri Ninggal memasukan Izuan dan Nizam untuk diletakan sebagai wing dan membiarkan Lee Tuck bebas di kawasan belakang Simic benar-benar menjadi. Seingat aku, Negeri Sembilan tidak ada serangan yang betul-betul berjaya sehingga mereka berdua masuk. Kelajuan daripada dua pemain sayap ini berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan ATM. Hanya kerana Lee Tuck menjaringkan gol, aku menamakan beliau sebagai Man of the match. Jika tidak ianya pasti milik Izuan.

 

Man of The Match : Lee Tuck

 

P/S: Sumpah patut menang game tadi.

Football   N9Futbol   Negeri Sembilan FA