Pemain Terbaik Import Dan Tempatan Negeri Sembilan 2017

Pemain terbaik import dan tempatan Negeri Sembilan 2017

Di bawah adalah pilihan pemain terbaik import dan tempatan Negeri Sembilan 2017 untuk penulis-penulis UltraJang. Senarai pemain-pemain adalah pendapat peribadi penulis-penulis. Tiada kaitan antara PBNS mahupun pemain-pemian Negeri Sembilan sendiri. Sekadar pendapat penyokong. Sekian: 

The No 8

Pemain Import: Bruno Suzuki

Tidak dapat disangkal lagi tentang nama yang disebut. Penyerang kacukan Jepun dan Brasil ini, bagaikan serigala jadian yang laparkan manusia ketika di atas padang. Menggelecek, menanduk dan merembat seperti memasak sayur kailan baginya. Dibuktikan dengan aksi di stadium dan juga statistik di atas kertas (Boleh cari statistik beliau di majalah ini), nama beliau tidak asing lagi sebagai penyerang berbisa skuad Rusa. Secara automatiknya menjadi pilihan aku sebagai pemain import terbaik Negeri Sembilan pada tahun ini.

Walaupun beliau tidak berbadan sasa seperti Simic dan lebih bercirikan striker false no 9, saya kira beliau masih beraksi cemerlang dalam tugas sebagai target man. Selain daripada garang di depan gol, Suzuki juga cemerlang dalam mencipta peluang. Link up play beliau di dalam kotak penalti diantara Simic ataupun Behe seperti adik beradik kembar yang memahami cita rasa masing-masing. Sifatnya yang anti-offside dan suka mencari ruang, memudahkan kerja bagi pemain tengah Negeri Sembilan seperti Lee Tuck, Vidic dan Faizal Abu Bakar.

Kelibatnya di atas padang dengan memakai jersi hitam kuning di Paroi cukup meyakinkan bagi penyokong-penyokong Negeri Sembilan. Tidak salah jika aku katakan beliau adalah fan favourite pasukan Negeri Sembilan pada tahun 2017. Pernah lihat Bruno Suzuki dimaki penyokong ketika hilang bola? Ataupun ketika melepaskan peluang di depan gol? Tiada bukan? Nampak betapa sayangnya penyokong Negeri Sembilan terhadap insan bernama Bruno Suzuki ini. Akhir kata, No Suzuki No Party!

 

Pemain Tempatan: Khairul Anwar

Khairul Anwar aka Bentong, nama seperti orang kebanyakan, tetapi orangnya bukan biasa-biasa. Bertubuh kecil dan tirus memang sesuai dengan posisinya sebagai seorang winger. Bagilah mana-mana pertahanan baik Liga Perdana mahupun Liga Super, selamba sahaja aku tengok Khairul merobek kubu mereka. Disebabkan kehebatan beliau dan mentaliti yang ditunjukkan di dalam padang, aku tanpa ragu-ragu memilih beliau sebagai pemain tempatan terbaik untuk tahun ini.

Bagi pandangan aku (korang tak setuju lantak korang lah!), ciri yang paling menarik pada Khairul ini tentulah tentang hantaran lintangnya. Beberapa kali hantaran lintangnya dapat disambut dan disudahkan oleh Suzuki dan Simic. Selain tu, beliau memiliki kesemua ciri-ciri seorang winger seperti laju dan pandai menggelecek pertahanan lawan. Ini termasuklah sifatnya yang tidak mudah putus asa lagak seperti seorang juara.

Pernah sekali aku cakap pada geng-geng regular di stadium. ”Khairul ni memang ada bakat, sayangnya dia tak boleh score ”. Selang dua tiga game selepas itu dia berjaya menjaringkan gol. Selang beberapa perlawanan pula, aku cakap ”Khairul ni boleh score tapi tak boleh rembat jauh”. Kemudian dia dengan selamba berjaya menjaringkan gol dengan rembatan dari jauh. Yang terakhir, bila aku cakap mustahil dia akan gol tanduk dengan tingginya. Gol terakhir beliau semasa aku menulis artikel ini, adalah gol tanduk menentang Perlis di stadium keramat Paroi.

Mungkin beliau tidak semesra Bruno ataupun Simic. Tidak sepopular Lee Tuck mahupun Nasriq. Khairul Anwar, anda sememangnya berbakat dan menjadi nadi untuk skuad kesayangan kami.

 

P/S: Bruno ni dari jauh ado ghoman orang Sawah Lebar den tengok.

 

Artikel ini juga terdapat di majalah Ultrajang keluaran ke 4. Dapatkannya sekarang !
Football   Bola Sepak Malaysia   The No. 8   N9Futbol   Negeri Sembilan FA