Logo
 

Intro Bola Sepak

Page ni berkaitan dengan persatuan bola sepak Negeri Sembilan, Malaysia, dan Liverpool. Saya juga penulis untuk majalah Ultrajang dan blog The No. 8 untuk website Real Spendster FC. 

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Negeri Sembilan FA VS UiTM FC (Matchday 12 Liga Perdana 2016)
    May 20 , 2016

    Assalamualaikum....

    Dengan berbekalkan kemenangan tipis tempoh hari di stadium UiTM Shah Alam sudah pastinya Negeri Sembilan lebih yakin untuk beraksi di gelanggang sendiri. Tiga mata penuh sudah pasti menjadi sasaran skuad Negeri Sembilan untuk game terakhir sebelum pusingan kedua liga perdana 2016. Jika kita lihat di laman sosial, pemain-pemain Negeri Sembilan lebih ketara membuat statements untuk game hari ini jika dibandingkan sebelum ini. Saya rasakan perlawanan hari ini menjadi titik penting untuk menentukan dimana kedudukan Negeri Sembilan di akhir liga nanti.

  • Iran Bumi Bersejarah Part 1
    Apr 08 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada 2014, aku telah dihantar oleh syarikat untuk bertugas di Tehran, Iran. Aku mengambil kesempatan ini untuk menulis pengalaman yang best ketika bertugas di bumi purba ini. Aku berada disana selama sebulan setengah, dan banyak cerita-cerita menarik dan pengalaman yang hendak aku kongsikan. Sebagai peminat sejarah sudah tentunya peluang ini digunakan sebaiknya oleh aku, kerana susah kita mendengar orang pergi ke Iran untuk bercuti ataupun bertugas (Kecuali company oil and gas). 

Iklan

Kenny Dalglish: Lagenda Pasukan The Reds

Baru-baru ini, Liverpool FC telah menamakan semula Centenary Stand kepada nama lagenda bola sepak mereka Kenny Dalglish sempena jasa beliau kepada Liverpool. Perasmian ini juga, dihadiri beberapa lagenda bola sepak Inggeris lain seperti Gerard Houllier, Michael Owen malahan Sir Alex Ferguson sendiri! Ini merupakan penghormatan tertinggi yang dapat diberikan daripada Liverpool kepada bekas pemain, kapten dan pengurus lagenda kelahiran Glasgow, Scotland ini.

Bagi yang tidak mengenali Kenny Dalglish (Terutamanya fans Chelsea dan Man City), beliau merupakan pemain penyerang dan digelar sebagai King Kenny oleh penyokong Liverpool. Beliau bukan seorang Scouser seperti Steven Gerrard, Jamie Carragher dan abang Tom. Tetapi masih dianggap sebagai sebahagian daripada keluarga Liverpool. Beliau juga merupakan salah seorang lagenda bola sepak Scotland selain Dennis Law dan mereka pernah menempa nama sebagai juara dan naib juara Ballon d’Or.

Kenapa Kenny Dalglish ini legend sangat sampai disanjungi penyokong Liverpool ini? Hebat sangatkah beliau sampai mempunyai stand sendiri? Ini dengar abang nak cerita ni.

 

Sebagai Pemain

Dilahirkan di Glasgow dan merupakan penyokong Rangers pada awalnya. Sudah menunjukkan cintanya pada bola sepak seawal zaman sekolah lagi. Mula bermain di posisi penjaga gol (Seperti Jang) dan akhirnya bermain sebagai penyerang ketika memulakan kerjaya sebagai pemain professional (Seperti abang Tom). Kelab pertama pilihan beliau sebagai pemain senior adalah Celtic, setelah tidak berjaya dalam beberapa selection di kelab yang lain.

Kerjaya beliau di Celtic tidak boleh dinafikan sebagai cemerlang. Boleh dikatakan nama beliau di Celtic ini sudah cukup untuk mengharumkan nama ibunya dan berjaya membuat adik beradik beliau bangga. Beliau menjadi anak emas di Celtic dan dihormati oleh penduduk kota Glasgow. Namun, beliau masih mengimpikan kejayaan yang lebih tinggi dan dahagakan jaringan gol.  

Kemudian, pada tahun 1978 beliau dilamar oleh Liverpool untuk menggalas bahagian serangan. Zaman ini merupakan zaman keemasan Liverpool. Dengan barisan seperti Alan Hansen, Steve Heighway, Graeme Souness dan Phil Thomas dan dipimpin oleh Bob Paisley, Kenny Dalglish menunjukkan taring beliau yang sebenar di padang keramat Anfield. Di Liverpool, beliau telah menjadi penjaring terbanyak liga dan memenangi beberapa piala seperti piala Liga Inggeris, FA Cup, League Cup (Seperti Carling Cup), European Cup (Champions League), Charity Shield dan sebagainya. Justeru, menempa nama beliau sebagai salah seorang all time Liverpool players.

Tambahan pula, beliau pernah memenangi Liga Inggeris dan juga FA Cup sebagai pemain dan manager dalam masa yang sama. Bukankah itu menakjubkan? Secara keseluruhan, kerjaya beliau sebagai pemain tidak boleh dinafikan bertaraf lagenda. Hanya orang yang membutakan hatinya sahaja akan menafi kenyataan ini.

 

Sebagai Pengurus

Beliau selalu dibandingkan dengan Sir Alex Ferguson kerana menjadi rival sejak kerjaya mereka sebagai pemain bola sepak (Sir Alex bermain untuk Rangers dan Kenny Dalglish bermain untuk Celtic). Dalam masa sama mereka dilahirkan dan membesar di tempat yang sama iaitu Glasgow. Tambahan pula mewakili dua rival club terbesar di England, Liverpool dan Manchester United.

Kenny Dalglish tidak hanya memilih Liverpool sebagai tempat untuk kerjaya pengurusnya. Selain Liverpool, beliau pernah mengurus kelab lain seperti Blackburn Rovers, Newcastle dan Celtic. Beliau pernah memenagi Liga Inggeris, FA Cup, League Cup, Super Cup, Scottish League Cup dan sebagainya. Secara jujurnya, he is nowhere to compare with Sir Alex Ferguson sebagai seorang pengurus. On the other hand, Sir Alex pula tidak dapat mencabar Kenny Dalglish sebagai seorang pemain.

Pada 22 Febuary 1991, Kenny Dalglish meletak jawatan sebagai pengurus Liverpool walaupun berada tiga mata di atas liga dan masih bertanding untuk FA Cup (Tahun 1990 adalah yang terakhir Liverpool memenangi Liga Perdana Inggeris). Abang pernah membacanya di Liverpool Echo ianya disebabkan peristiwa Hillsborough yang berlaku pada tahun sebelum itu. Beliau tidak dapat menahan tekanan kesan daripada peristiwa tersebut. Peristiwa Hillsborough ini akan abang ceritakan di hari yang lain nanti.

Tidak boleh dinafikan beliau seorang yang dihormati oleh semua peminat bola sepak. Daripada Liverpool ke Manchester United, Celtic ke Rangers. Kenny Dalglish merupakan lagenda bola sepak dan mungkin layak berdiri sebaris dengan Johan Cruyff, Pele dan Maradona bagi pendapat Abang.

 

P/S: Kalau Liverpool menang lawan Man U haritu lebih manis untuk perasmian Kenny Dalglish Stand.

 

Tom Bombadil - Kenny Dalglish Stand, 2017