Logo
 

Intro Bola Sepak

Page ni berkaitan dengan persatuan bola sepak Negeri Sembilan, Malaysia, dan Liverpool. Saya juga penulis untuk majalah Ultrajang dan blog The No. 8 untuk website Real Spendster FC. 

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Tips Berhenti Merokok
    Dec 09 , 2015

    Assalamualaikum

    Hari ini saya nak berkongsi tips berhenti merokok. Harga rokok sekarang semakin mahal dan kesan buruk merokok ini sudah lama diketahui. Alhamdulillah, saya dah berjaya berhenti merokok selama dua tahun. Saya berbangga dengan pencapaian saya setakat ini dan berharap dapat kekalkan tak nak pada merokok. Ada di antara rakan-rakan saya berhenti tanpa tips ataupun bantuan dari mana-mana pihak. Tapi mana tahu dengan membaca article saya ni anda dapat berhenti tabiat merokok. Percaya atau tidak dengan menulis entry ini, sebenarnya adalah salah satu usaha saya sendiri untuk  kekal tidak merokok. Pelik bukan? tak mengapa, saya akan huraikan selapas ini. 

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Percutian Ke Bali Part 3
    Feb 19 , 2016

    Hari ketiga kami di Bali adalah hari free and easy, kami bercadang untuk berjalan-jalan di Bali sendiri tanpa bantuan daripada supir. Pagi tersebut seperti pagi sebelumnya, kami memulakan hari dengan bersarapan di restoran Itali di depan resort kami. Ketika sedang bersarapan, isteri mengajak aku ke shopping complex dan Tanah Lot. Kemudian, kami balik ke bilik untuk menukar baju dan berenang di swimming pool. Ini adalah aktiviti kami yang pertama untuk hari ketiga.

Iklan

Preview: Liverpool Vs Manchester United

Mustahil untuk peminat bola sepak Inggeris mengatakan mereka tidak tahu tentang perlawanan di Anfield pada sabtu ini. Abang percaya sekarang semua yang mempunyai rancangan untuk bercuti pada hari tersebut sudah pun dibatalkan. Malah, kedai-kedai mamak di serata negara sudah pun bermesyuarat tentang persedian untuk menghadapai perlawanan keramat ini. Kehangatan perlawan ini sudah dirasakan walaupun perlawanan masih belum bermula.

Jadi abang telah terpanggil untuk mengulas serba sedikit berkenaan perlawanan terhebat tahun ini, Liverpool menentang Manchester United.  Ianya sebagai tanda sokongan abang terhadap kelab Eropah terbaik di England iaitu Liverpool. Kelab yang penuh dengan tradisi dan juga trofi. Anda bersetuju ke tidak ni?

Musuh Tradisi

Selain daripada Everton, Manchester United atau nama singkatannya Man United (Ada juga yang panggil United ataupun Man U) juga adalah merupakan musuh tradisi Liverpool. Kedua-dua kelab ini telah berdendam dan bercakaran sejak dahulu lagi dan pertemuan mereka ini dikenali sebagai North West Derby. Kerana apa mereka pantang berjumpa? Kerana dua kelab ini adalah dua kelab terbaik di England, cuma United kadang-kadang bernasib baik.

Di atas kertas, memang tidak dinafikan Man United lebih gagah tiap kali berjumpa Liverpool. Tapi perlu diingatkan juga, yang statistik Klopp ke atas Mourinho adalah lebih baik setiap kali mereka berjumpa. Tambahan pula mereka akan bermain di stadium keramat Anfield!

International break juga akan memberi impak kepada kedua-dua pasukan. Ini kerana pemain-pemain akan lebih cepat penat, cuba mengadaptasi taktikal baru dan masalah kecederaan. Keadaan ini mungkin boleh mengakibatkan form Man United sedikit lari ataupun memberikan kelebihan Liverpool membaiki pertahanan mereka yang mana bukan professional pun tahu ianya lemah.

 

Harapan Kepada Liverpool

Abang sedih bila ada suara-suara sumbang yang mengatakan Liverpool sudah terkeluar daripada perebutan liga perdana Inggeris. Mereka lupakah tahun Leicester menjuarai EPL, mereka tidak bermula dengan baik. Lagipun ayam masih berlaga, masih terlalu awal untuk membuang Liverpool daripada saingan Liga Inggeris.

Sebagai penyokong kental Liverpool, abang percaya Liverpool boleh menang pada perlawanan kali ini. Apalah sangat dengan kelibat Valencia, De Gea dan Baily jika hendak dibandingkan dengan kelajuan dan ketangkasan Coutinho, Mane dan Salah. Abang percaya mereka bertiga ini akan merobek kubu pertahanan Man United pada sabtu ini.

Namun, boleh menang atau tidak bukan menjadi persoalan utama untuk Liverpool. Persoalanya sekarang ini, adakah Man United akan berani bermain open game pada sabtu ini? Ataupun mereka akan menggunakan taktik tradisi mereka iaitu bas sekolah. Kita lihat sahaja sabtu ini nanti!

 

Tom Bombadil Prediction

Liverpool 2 - 1 Man United

 

P/S: Korang jangan terkejut Ox yang score lawan Man United nanti.