Logo
 

Intro Bola Sepak

Page ni berkaitan dengan persatuan bola sepak Negeri Sembilan, Malaysia, dan Liverpool. Saya juga penulis untuk majalah Ultrajang dan blog The No. 8 untuk website Real Spendster FC. 

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Tips Berhenti Merokok
    Dec 09 , 2015

    Assalamualaikum

    Hari ini saya nak berkongsi tips berhenti merokok. Harga rokok sekarang semakin mahal dan kesan buruk merokok ini sudah lama diketahui. Alhamdulillah, saya dah berjaya berhenti merokok selama dua tahun. Saya berbangga dengan pencapaian saya setakat ini dan berharap dapat kekalkan tak nak pada merokok. Ada di antara rakan-rakan saya berhenti tanpa tips ataupun bantuan dari mana-mana pihak. Tapi mana tahu dengan membaca article saya ni anda dapat berhenti tabiat merokok. Percaya atau tidak dengan menulis entry ini, sebenarnya adalah salah satu usaha saya sendiri untuk  kekal tidak merokok. Pelik bukan? tak mengapa, saya akan huraikan selapas ini. 

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Percutian Ke Bali Part 3
    Feb 19 , 2016

    Hari ketiga kami di Bali adalah hari free and easy, kami bercadang untuk berjalan-jalan di Bali sendiri tanpa bantuan daripada supir. Pagi tersebut seperti pagi sebelumnya, kami memulakan hari dengan bersarapan di restoran Itali di depan resort kami. Ketika sedang bersarapan, isteri mengajak aku ke shopping complex dan Tanah Lot. Kemudian, kami balik ke bilik untuk menukar baju dan berenang di swimming pool. Ini adalah aktiviti kami yang pertama untuk hari ketiga.

Iklan

Defensive Midfielder: Pembunuh Pasukan Lawan

Jika ditanya apakah posisi yang paling digemari oleh abang Tom bila bermain bola sudah semestinya abang Tom akan menjawab posisi defensive midfielder. Berada di tengah-tengah padang bola sepak, posisi penting yang perlu ada pada tiap-tiap pasukan bola sepak moden. Defensive midfielder, holding midfielder, Anchorman ataupun lebih dikenali sebagai DM adalah posisi unik yang selalu dibenci pihak lawan sehinggakan memberi nama jolokan yang hodoh dan ganas kepada mereka. Mereka selalunya menjadi mimpi ngeri untuk pihak lawan dan pemain akan cuba mengelak untuk berhadapan dengan mereka.

Posisi ini bukannya posisi favourite kebanyakkan anak-anak muda bila bermain bola sepak. Ialah kalau kita lihat di atas padang, seorang defensive midfielder bukannya pandai sangat bermain bola pun. Kadang-kadang passing pun ala-ala budak baru belajar dan skill mereka selalunya tidak hebat seperti pemain di posisi lain. Tambahan lagi, kawasan mereka bermain jarang-jarang bola datang dan jika ada pun cepat-cepat dihantar ke kawasan lain. Namun, ramai yang tidak tahu yang tak pandai passing dan jarang dapat bola ni lah yang selalu menyebabkan pasukan lawan kalah.

Dari segi kedudukan, mudah untuk mengenal pasti siapa defensive midfielder ini. Selalunya mereka berada di tengah padang dan kerap kali mematikan permainan lawan. Namun, walaupun kita tahu kedudukan mereka di padang, kadang-kadang ianya masih sukar untuk kita menentukan seseorang pemain ini defensive midfielder ataupun midfielder yang lain seperti central midfielder, winger dan sebagainya. Ini kerana tugas mereka lebih kurang sahaja dan masing-masing juga akan mematikan permainan pihak lawan bila berhadapan situasi yang sama. Tetapi jangan risau wahai anak muda, abang Tom akan ulas ciri-ciri mereka di perenggan yang berikutnya.

 

Defensive Midfielder

Ciri pertama dan utama perlu ada pada seorang defensive midfielder ialah mentaliti seorang pertahanan. Mereka masih bebas untuk mencari gol ataupun membuat hantaran tetapi apabila perlu memilih antara dua ini, mereka perlu memilih untuk bertahan. Defence first, cogan kata yang sesuai untuk mereka.

Yang keduanya, stamina dan sifat agresif. Kita lihat mana-mana defensive midfielder di dunia ini. Pasti kerja mereka berlari dua puluh empat jam seperti bateri Energizer. Teringat kata-kata bekas jurulatih Leicester City, Claudio Ranieri tentang N’golo Kante. Beliau pernah mengatakan beliau sangat mengagumi N’golo Kante. Ketika dalam latihan beliau terpaksa menyuruh Kante berhenti berlari kerana beliau mengejar bola tanpa henti sehingga rakan-rakan sendiri tidak dapat membuat apa-apa di dalam padang.

Seterusnya, menang bola dan main senang. Bukan tugas seorang defensive midfielder untuk menjaringkan gol. Tugas mereka adalah untuk intercept, mengecilkan ruang striker dan hantaran cepat. Jika mereka berjaya merampas bola, tidak perlu berfikir panjang dan terus passing bola ke arah pemain tengah yang lain.

Leadership. Kebanyakan defensive midfielder adalah seorang kapten. Ini kerana mereka selalunya berada ditengah dan mengetuai displin pasukan ketika mereka leka. Antara yang terkenal adalah bekas kapten Barcelona dan pengurus Manchester City sekarang Pep Guardiola.

 

Idola Defensive Midfielder

Selain nama-nama yang disebut tadi, terdapat ramai pemain-pemain defensive midfielder yang terkenal di dunia bola sepak ini. Contohnya, Patrick Vieira, Claude Makelele, Lucas Leiva dan yang paling terkenal sekali Gennaro Gattuso dengan nama gelaranya The Pitbull. AC Milan amat sinonim dengan cara mereka yang defensive. Pemain seperti Dida, Nesta dan Maldini sememangnya terkenal dengan kebolehan bermain secara bertahan untuk pasukan AC Milan. Tapi jangan sekali-kali kita melupakan peranan Gattuso dalam pasukan yang menyebabkan mereka terkenal dengan gaya defensive football ini.

Jika kita berbicara tentang negara, pasukan Itali pada pendapat abang Tom antara negara yang menganggap pentingnya posisi defensive midfielder ini. Kita lihat sahaja betapa bersungguhnya Juventes inginkan Emre Can untuk mengisi tempat Paul Pogba yang pernah menjadi DM  mereka satu ketika dahulu walaupun masih mempunyai Sami Khedira di posisi tersebut. Negara Itali juga sekarang ini mempunyai defensive midfielder mereka tersendiri iaitu Daniele De Rossie. Dengan corak permainan defensive kelab-kelab di Itali, mereka ni merupakan pemain penting bagi setiap pasukan. Sayangnya posisi defensive midfielder ini bakat mereka jarang-jarang dijumpai.

Sehinggakan Arsenal pada dahulunya sentiasa mencari-cari pengganti untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Patrick Veira. Ini kerana mereka sentiasa terkena counter attack daripada pihak lawan dan tiada pemain mereka yang mampu mematikannya ketika situasi ini berlaku.

 

Kesimpulan

Defensive midfielder  merupakan posisi penting untuk setiap pasukan. Tidak kisah la jika pasukan itu mengamalkan sistem attacking, defensive ataupun balance football. Posisi ini adalah baru dan unik di dalam bola sepak moden jika hendak di bandingkan dengan posisi cliche yang biasa kita dengar.

Terdapat juga posisi yang hampir sama dengan posisi DM yang dikenali sebagai Libero ataupun Sweeper. Tugas mereka lebih kurang sama tetapi secara terperincinya ianya berbeza. Ianya sudah jarang dipakai tetapi dahulunya terkenal dikalangan pemain-pemain dan pengurus-pengurus pasukan bola sepak dunia. Mungkin abang akan ceritakan pada masa akan datang jika ada masa.

 

 

P/S: Selain abang Tom, siapa pemain defensive midfielder yang korang minat?