Logo
 

Intro Bola Sepak

Page ni berkaitan dengan persatuan bola sepak Negeri Sembilan, Malaysia, dan Liverpool. Saya juga penulis untuk majalah Ultrajang dan blog The No. 8 untuk website Real Spendster FC. 

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Tips Berhenti Merokok
    Dec 09 , 2015

    Assalamualaikum

    Hari ini saya nak berkongsi tips berhenti merokok. Harga rokok sekarang semakin mahal dan kesan buruk merokok ini sudah lama diketahui. Alhamdulillah, saya dah berjaya berhenti merokok selama dua tahun. Saya berbangga dengan pencapaian saya setakat ini dan berharap dapat kekalkan tak nak pada merokok. Ada di antara rakan-rakan saya berhenti tanpa tips ataupun bantuan dari mana-mana pihak. Tapi mana tahu dengan membaca article saya ni anda dapat berhenti tabiat merokok. Percaya atau tidak dengan menulis entry ini, sebenarnya adalah salah satu usaha saya sendiri untuk  kekal tidak merokok. Pelik bukan? tak mengapa, saya akan huraikan selapas ini. 

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Percutian Ke Bali Part 3
    Feb 19 , 2016

    Hari ketiga kami di Bali adalah hari free and easy, kami bercadang untuk berjalan-jalan di Bali sendiri tanpa bantuan daripada supir. Pagi tersebut seperti pagi sebelumnya, kami memulakan hari dengan bersarapan di restoran Itali di depan resort kami. Ketika sedang bersarapan, isteri mengajak aku ke shopping complex dan Tanah Lot. Kemudian, kami balik ke bilik untuk menukar baju dan berenang di swimming pool. Ini adalah aktiviti kami yang pertama untuk hari ketiga.

Iklan

Kenapa Kita Perlu Turun Ke Paroi Jumaat ini

Kenapa Kita Perlu Turun Ke Paroi Jumaat ini

Bukan menjadi kebiasaan untuk abang Tom menulis perihal Negeri Sembilan ini. Selalunya penulisan berkaitan Negeri Sembilan banyak diulas oleh penulis-penulis agung seperti Jang, Kid dan Muhayat. Manakala abang Tom diberi mandat oleh Jang untuk menulis berkaitan pengetahuan am bola sepak, bola sepak luar negara dan Liverpool. Namun tidak bermakna abang Tom tidak boleh menulis tentang Negeri Sembilan seperti penulis yang lain.

 

Negeri Sembilan sekarang banyak diuji dengan beberapa cabaran seawal musim ini. Dengan isu penjaga gol, penyokong rindukan sentuhan Lee Tuck dan penjualan kuaci di stadium yang merudum. Negeri Sembilan seolah-olah bernasib malang pada permulaan Liga Super 2018. Jadi sudah menjadi tanggungjawab abang Tom untuk menenangkan penyokong-penyokong Bani Minang seluruh alam. Kita tidak mahu terburu-buru menuding jari menyalahkan mana-mana pihak. Apatah lagi membuat spekulasi sendiri yang akhirnya akan memburukkan nama Negeri Sembilan di kemudian hari.

Walaupun saingan Liga Super masih awal, tidak menjadi masalah untuk kita bertindak cepat dengan kapasiti sebagai seorang penyokong. Jom kita lihat kenapa kita perlu ke stadium.

 

Negeri Sembilan Di Paroi

Sukar untuk abang Tom bicarakan tetang hala tuju skuad Rusa kali ini. Mengikut keadaan sekarang, kedudukan Negeri Sembilan seolah-olah sama seperti yang digembar-gemburkan oleh artikel fourfourtwo.Team tempat terakhir. Bukan tiada perubahan dilakukan, malah banyak perubahan telah dilakukan. Tapi semuanya seperti tidak menjadi.

Setakat ini, abang Tom lihat Negeri Sembilan akan bermain baik bila berada di Paroi. Passing dan movementsemuanya menjadi malah gawang sendiri seperti sukar ditembusi. Dari segi pertahanan, Jorg Steinebrunner kelihatan mengambil pendekatan lebih serius pada tahun ini. Senang cerita, Negeri Sembilan di Paroi lebih kebal dan kuat daripada tahun sebelumnya.

Berkenaan penjaga gol, abang Tom mengambil pendekatan berkecuali. Kami di Ultrajang juga ada membuat perbincangan sesama sendiri mengenai isu penjaga gol. Masing-masing mempunyai pandangan tersendiri. Abang Tom berpendapat isu penjaga gol ini tidak perlu dibicarakan secara terperinci. Salah atau tidak isu nombor dua. Jika Saiful Amar Sudar dan Syihan Hazmi kembali terpacak di gawang gol, mereka perlu tahu abang Tom sentiasa di belakang mereka. Pembaca boleh membuat penilaian masing-masing. Tapi jika isu ni dipanjangkan, abang Tom berpendapat ianya tidak akan memberi apa-apa faedah malah akan merosakkan team spirit dalam jangka masa panjang.

 

Lee Tuck Menghantui Paroi

Untuk berjaya kita perlu move on. Ya, Lee Tuck memang seorang pemain yang disayangi oleh penyokong-penyokong Negeri Sembilan dan abang Tom sendiri tidak setuju melepaskan beliau ke Terengganu. Tetapi yang sudah tu sudah lah. Malah Lee Tuck sendiri sudah gembira berenang bersama penyu. Kenapa kita perlu memetik namanya lagi? Abang Tom menasihati adik-adik semua supaya tidak terlalu mengenang nama-nama seperti Andrew Nabbout, Marko Simic dan Lee Tuck ini. Biarkan mereka menjadi sejarah yang tidak penting dalam kitab agung kejayaan skuad Rusa. Tiada pemain lebih besar daripada kelab dan abang Tom. Simple!

Jadi bagaimana pula bila Lee Tuck datang ke Paroi nanti? Adakah beliau akan menggegarkan Paroi? Apa reaksi yang perlu kita buat? Acap kali abang Tom ulang kenyataan ini. Paroi adalah kubu segala kubu. Harimau akan sesat, gajah akan tumbang, penyu akan lemas tiap kali mereka hadir di sini. Hormat kepada beliau perlu ada. Namun abang Tom mengharap Lee Tuck akan menjadi seperti Paul Pogba ketika melawan Newcastle tempoh hari. Tergantung sepi ( Bak kata Haqiem Rusli) kerana takut dek keramat stadium Paroi.

Tambahan pula dengan Faizal Abu Bakar kelihatan bersemangat setiap perlawanan, tidak terlalu yakin abang Tom katakan beliau akan menjalankan tugas beliau menjaga Lee Tuck di atas padang nanti. Abang Tom percaya Lee Tuck akan sentiasa berada di dalam poket Faizal Abu Bakar setiap masa.

 

Tanggungjawab Penyokong Negeri Sembilan

Seperti artikel yang abang Tom tulis sebelum ini, kemungkinan nasib Negeri Sembilan di Liga Super 2018 bergantung pada penyokong mereka. Jika ramai turun ke stadium untuk menyokong, makin bersemangat lah pemain-pemain mereka. Apa yang kita buat ini selalunya tidak nampak secara zahir. Tapi kesannya paling besar pada kelab Negeri Sembilan FA. Ayuh lah ke stadium. Biarkan siaran langsung di kaca TV itu hanya untuk mereka yang duduk jauh, gadis-gadis sunti dan mak-mak datin sahaja.

Di saat pasukan perlukan kita, janganlah kita memalingkan muka. Jika kalah, kalah lah. Jika menang kita bersorak. Bukankah ianya adat permainan. Tak mahukah kita sama-sama lihat Lee Tuck terpaku di stadium Paroi? Adakah kita mahu memberi ruang untuk Terengganu memalukan Negeri Sembilan? Jika tidak datang macam mana kita hendak jawab persoalan ini.

Abang Tom tak halang penyokong menyuarakan pandangan mereka. Itu tandanya mereka sayang pada pasukan. Namun kita perlu menjaga adab ketika menyuarakan pendapat. Harga tiket RM 10 itu tak bermakna kita boleh memaki orang tanpa batasan. Ingat, maki di Facebook maki juga. Tetapi di Paroi kita bertepuk tangan dan menyanyi bersama. Barulah berbeza penyokong dan penonton. Betul tak?

 

 

P/S: Abang Tom pantang tengok orang membuang sampah kek teres-teres stadium. Paroi stadium keramat bukan stadium sampah korang tau tak?

 

 

Tom Bombadil – Mee Udang Pakar Paroi, 2018