Logo
 

Intro Bola Sepak

Page ni berkaitan dengan persatuan bola sepak Negeri Sembilan, Malaysia, dan Liverpool. Saya juga penulis untuk majalah Ultrajang dan blog The No. 8 untuk website Real Spendster FC. 

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Negeri Sembilan FA VS UiTM FC (Matchday 12 Liga Perdana 2016)
    May 20 , 2016

    Assalamualaikum....

    Dengan berbekalkan kemenangan tipis tempoh hari di stadium UiTM Shah Alam sudah pastinya Negeri Sembilan lebih yakin untuk beraksi di gelanggang sendiri. Tiga mata penuh sudah pasti menjadi sasaran skuad Negeri Sembilan untuk game terakhir sebelum pusingan kedua liga perdana 2016. Jika kita lihat di laman sosial, pemain-pemain Negeri Sembilan lebih ketara membuat statements untuk game hari ini jika dibandingkan sebelum ini. Saya rasakan perlawanan hari ini menjadi titik penting untuk menentukan dimana kedudukan Negeri Sembilan di akhir liga nanti.

  • Andrew Nabbout & Joel Chianese Di Gugurkan Dari Squad Negeri Sembilan?
    Jun 20 , 2016

    Assalamualaikum....

    Beberapa bulan yang lepas, terdapat khabar angin yang mengatakan Negeri Sembilan FA cuba mencari nafas baru pada bahagian hadapan Skuad Jangs pada separuh musim kedua 2016. Terdapat muka-muka baru yang dapat dilihat diatas padang ketika friendly yang diadakan di stadium Paroi ketika menentang. Desas-desus mengatakan Andrew Nabbout, Joel Chianese dan Kevin Gunter akan digugurkan dari skuad Rusa untuk saingan liga selepas ini.

Iklan

Tips Kami Turun ke Stadium daripada Ultrajang dan SGSA

Disebabkan kemeriahan dan kehangatan perlawanan separuh akhir piala AFF Suzuki sabtu ini, pihak FAM menjangkakan kehadiran penyokong di stadium kali ini bakal memecahkan rekod. Situasi ini sebenarnya berisiko dari segi keselamatan dan juga boleh menjadi keliru pada sesetengah penyokong. Kami di Ultrajang dan SGSA sentiasa peka dengan situasi semasa. Jadi menjadi tanggungjawab kami untuk memberi tips kepada penyokong-penyokong yang ingin datang ke stadium Nasional Bukit Jalil pada sabtu ini. Kemungkinan tips ini sudah biasa bagi mereka yang sudah selalu datang ke stadium. Tapi anggaplah ianya sebagai reminder dan ilmu kepada adik-adik yang baru hendak belajar turun ke stadium. Jika ada apa-apa jangan kata kami tidak nasihat!

 

  1. Beli tiket awal dan jangan beli tiket dari ulat tiket. Ultrajang adalah belia benci ulat tiket. Hendak kenal mereka simple. Selalunya mereka muka tak handsome jerit-jerit cakap jual harga tiket pada harga yang sama. Ciri lain ketiak mereka selalunya basah.

 

  1. Rancang perjalanan dengan lebih awal. Kami menyarankan untuk parking di luar perkarangan stadium ataupun menggunakan perkhidmatan LRT (Stesen Bukit Jalil). Boleh juga untuk membawa kenderaan sendiri dan motosikal adalah kenderaan yang terbaik. Kalau boleh naiklah train. Barulah macam orang Eropah berjalan sambil menyanyi dari station ke stadium.

 

  1. Iklim di negara ini pada yang tidak tahu adalah Khatulistiwa. Jadi dengan kehadiran orang yang ramai dan ditambahkan dengan lampu limpah stadium yang panas. Suhu pada malam tersebut sudah pasti akan sama seperti di padang pasir. Pilihlah pakaian yang bersesuaian dan tidak mencolok mata. Sebagai tambahan, pakailah deodorant dan minyak wangi untuk kesejahteraan umat (Bau badan ini boleh mengakibatkan riot). Sediakan juga baju hujan jika mahu. Pakai kasut jangan pakai selipar!

 

  1. Dengan kehebatan Maxis, Digi, Umobile dan syarikat-syarikat telco lain di Malaysia ini. Mereka masih tidak boleh melawan kehebatan crowd di Bukit Jalil. Jadi line sentiasa mengecewakan. Adalah langkah bijak untuk berbincang tempat berkumpul sebelum dan selepas perlawanan dengan memilih kawasan-kawasan yang obvious seperti khemah 100 Plus misalnya.

 

  1. Sila bawa air mineral sendiri. Ini kerana sesetengah kawasan kemungkinan tiada air. Jadi susah untuk ke tandas dan berwudhuk misalnya. Hendak menjadikan situasi ini teruk, harga air yang dijual di kawasan stadium menjadi sama nilai dengan pound sterling pada ketika itu. Boleh juga bawa mafla ataupun bendera. Bukan sebab sejuk tapi boleh dijadikan sejadah dan lain-lain.

 

  1. Sentiasa peka lokasi pintu kecemasan, pihak kecemasan dan tapak perhimpunan. Jika berlaku kemalangan, sila bertenang. Ikut arahan polis dan steward yang bertugas. Ini penting! Jangan kelam kabut macam Romelu Lukaku. Remember Heysel and Hillsborough guys, stay safe.

 

  1. Pilih tempat duduk dengan bijak. Bukit Jalil walaupun kerusi bernombor, tetapi kita tidak pernah mempraktikkan tempat duduk selari dengan nombor tiket. First come first served. Jadi siapa yang nak bersama dengan Ultras boleh duduk di bawah scoreboard. Siapa hendak melamar gadis boleh duduk di kawasan bawah tengah stadium dan siapa hendak bersama polis boleh duduk di tempat penyokong Thailand.

 

  1. Kepada yang membawa kanak-kanak pastikan sentiasa memegang tangan mereka. Tidak hilang macho pun jika ayah memegang tangan anak. Jaga percakapan ketika di stadium. Jangan memaki dan melemparkan kata-kata berbaur perkauman. Bukankah kita mahu memberi contoh yang baik kepada anak-anak kita?

 

  1. Stadium bukan kawasan merokok. Tapi kami tak mahu ulas panjang tentang ini. Cuma kami hendak ingatkan kami di Ultrajang sentiasa betul.

 

  1. Jangan mulakan apa-apa pergaduhan dan provokasi. Bila ada orang provoke, kita ignore. Ini perlawanan bola sepak bukan sarkas. Simple!

 

Kami memuji usaha-usaha daripada rakyat Malaysia yang berkorban untuk hadir dan memberikan sokongan pada pasukan Harimau Malaya di stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini. Kami mendoakan ianya berakhir dengan kemenangan. Akhir kata, waktu pergi, semasa dan balik confirm sesak. Sabar adalah sebahagian daripada iman. Auuuuuummmmm.

 

Sekian daripada kami dari Ultrajang dan SGSA.

Misai Harimau Malaya

 

Tips ini dirangka khas oleh:

Yat, Chief Hooligan Ultrajang

 

Ditulis oleh:

Tom Bombadil

Kid the Greatness

Ahli-Ahli Radikal SGSA

Ahli-Ahli Ultrajang

 

Diluluskan dan dijampikan oleh:

Jang, Polis Bola Sepak Dunia.