Adakah Negeri Sembilan Terlalu Berhati-hati?

Adakah Neger Sembilan Terlalu Berhati-hati?

 

Jika dilihat daripada persembahan pengurusan Negeri Sembilan tahun ini. Abang Tom boleh katakan ianya bersifat terlalu berhati-hati. Jika hendak dibandingkan dengan pembelian sebelum ini, ianya seumpama siput mengesot berlumba dengan arnab melompat. Pengurusan lama nampak lebih cekap dalam membawa masuk pemain-pemain import jika hendak dibandingkan dengan pengurusan sekarang. Ini belum abang Tom cerita tentang pencarian sponsors lagi!

Mungkin berhat-hati inilah menjadi falsafah bola sepak Negeri Sembilan pada tahun ini dan mungkin juga pada tahun-tahun akan datang. Drama-drama seperti jersi lambat sampai, pemain umum lambat akan terjadi lagi. Jika firasat abang Tom betul, penyokong Negeri Sembilan kena beristighfar banyak-banyak dalam mengharungi Liga Perdana 2019.

 

 

Kenapa memilih untuk berhati-hati?

Ada juga cerita-cerita yang kami dengar Mat Zan sukar untuk memancing pemain-pemain import yang benar-benar beliau mahukan kerana atas kekangan sumber kewangan (Tidak tahu kesahihannya). Hasilnya, mereka terpaksa membawa pemain seperti Thomas Koroma di bahagian hadapan. Seperti yang kita sedia tahu, Thomas Koroma tidak beraksi baik hampir kesemua perlawanan. Beliau juga sudah ditunjukan jalan keluar oleh Mat Zan selepas menetang Perak tempoh hari. Poor boy, itulah kejamnya bola sepak. Bila kita tidak cemerlang kita akan dihalau pulang.

Jika betul sumber kewangan menjadi sebab kita terlalu berhati-hati, abang Tom tidak dapat mengkritik pengurusan Negeri Sembilan pada peringkat tertinggi. Bak kata orang Senaling “A man without money is no man at all”. Tiada apa yang mereka boleh lakukan dengan limited resources. Dengan pemain-pemain yang rata-rata muda, masa adalah segalanya.

Mungkin inilah dikatakan oleh Kid pada kami semua di Ultrajang. Tak perlu letak harapan tinggi dan terus percaya pada pemain-pemain muda. Sabar satu-satu caranya yang kita ada. Building a young squad will takes time. Beliau juga membandingkan dengan cara Mat Zan membawa Manchester United, eh, Melaka United sebelum ini yang dibentuk secara perlahan-lahan sebagai sokongan kepada hujah beliau. Abang Tom second kan pendapat beliau untuk kali ini (Walaupun beliau selalu salah).

Atas alasan begini, ianya membawa kepada soalan yang berikutnya. Bolehkah kita bersabar dan terus bersabar?

 

Kesabaran itu bukan milik setiap insan

Rata-rata penyokong Malaysia tidak pandai bersabar. Baling lambat pun kita dah maki pemain sendiri. Kadang-kadang kita nampak pemain-pemain kita terburu-buru membuat keputusan disebabkan takut dimaki penyokong. Keadaan ini jarang kita lihat pada bola sepak di luar kawasan Asia Tenggara. Kita sendiri separuh bersalah dalam situasi ini.

Jadi tak payah ceritalah nak ajak penyokong Negeri Sembilan untuk tunggu satu dua musim untuk Negeri Sembilan berjaya. Umpama mencurahkan air di daun keladi. Abang Tom sendiri pun mungkin tak mampu melakukannya. Namun secara teorinya, itulah satu-satu jalan yang ada.

Tapi dalam masa yang sama Abang Tom setuju jika kita pertikaikan kita sudah bersabar dari zaman Effa Owona lagi. Bila hasil tidak nampak dari tahun demi tahun siapa tak marahkan? Waluapun begitu, dengan perasaan benci kita masih menutup mata dan terus menyokong. Kira macam kita kena bersabar tapi marah dalam masa yang sama. Susah juga abang Tom nak simpulkan makna ini. Lebih kurang macam tak suka makan pedas tapi suka masak lemak cili api kut.

 

Kesimpulan

Dengan analisa ini, abang Tom boleh katakan target Mat Zan untuk letak Negeri Sembilan paling kurang di nombor dua liga seperti tidak logik lagi. Walaupun terlalu awal, nasib Negeri Sembilan makin jelas kedudukannya berada di pertengahan kedudukan liga. Abang Tom juga menyeru penyokong tidak meletakan harapan tinggi lagi kerana lagi tinggi kita berharap lagi kuat kita kecewa bila kalah. Anggaplah kita ini sebagai nerd sekolah dan juara Liga Perdana itu gadis paling hot di sekolah.

Kita enjoy the game dan teruskan menyanyi lagu Afgan bertajuk Sabar. Mungkin di akhir nanti falsafah berhati-hati Negeri Sembilan ini akan membuahkan hasil. Bak kata pepatah Melayu. Bara yang digenggam biar sampai menjadi arang. Apa-apa boleh jadi dalam bola sepak ini.

 

P/S: Siapa nak ganti Koroma ni?

 

- Tom Bombadil-

 

Jangan lupa like dan share. TQ