Bola Sepak
Negeri Sembilan FA - ATM FA (Matchday 12 Liga Perdana 2017)
Kehadiran penyokong kurang mendapat sambutan pada kali ini jika hendak dibandingkan dengan perlawanan menentang Sabah tempoh hari. Maka Paroi nampak kurang keramat dan kurang menyengat pada perlawanan malam ini. Kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan berkongsi satu mata. Satu lagi pembaziran mata oleh Negeri Sembilan FA seperti Manchester United membazir mata menentang Swansea dalam perlawanan sebelum ini. Hari ini sekali lagi aku menggantikan Kid, The Karate Kid II untuk mengulas perlawanan ke dua belas Liga Perdana 2017.
Hanya 3 ribu lebih penyokong yang hadir.
Read more: Negeri Sembilan FA - ATM FA (Matchday 12 Liga Perdana 2017)
Negeri Sembilan FA VS Pulau Pinang FA (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.
16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).
Read more: Negeri Sembilan FA VS Pulau Pinang FA (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
Negeri Sembilan FA VS KL Sime Darby (Matchday 18 Liga Perdana 2016)
Assalamualaikum....
Selepas beberapa keputusan yang mengecewakan di perlawanan menetang JDT ii dan Sabah (Kecuali perlawanan menentang Terengganu), saya dapat agak, tidak ramai yang akan turun ke stadium Paroi pada hari ini. Gerai-gerai juga tidak banyak dibuka seperti sebelum ini, menambahkan lagi keyakinan saya bahawa penyokong-penyokong Negeri Sembilan agak kurang daripada biasa.
Read more: Negeri Sembilan FA VS KL Sime Darby (Matchday 18 Liga Perdana 2016)
Negeri Sembilan FA VS JDT ii (Matchday 15 Liga Perdana 2016)
Assalamualaikum....
Kali terakhir seingat saya Negeri Sembilan bermain di Paroi dalam keadaan hujan seperti ini adalah ketika menentang Sabah. Pada waktu itu Negeri Sembilan bermain hambar dan saya juga ada sedikit rasa yang Negeri Sembilan akan bermain hambar pada hari ini.
Walaupun saya tidak memberikan harapan yang besar pada perlawanan ini tetapi saya masih mengharapkan rekod kebal tanpa kalah dapat dipertahankan di STAR Paroi.Seri sudah mencukupi bagi saya.
Read more: Negeri Sembilan FA VS JDT ii (Matchday 15 Liga Perdana 2016)