Logo

RSS

 

Intro Bola Sepak

Page ni berkaitan dengan persatuan bola sepak Negeri Sembilan, Malaysia, dan Liverpool. Saya juga penulis untuk majalah Ultrajang dan blog The No. 8 untuk website Real Spendster FC. 

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Negeri Sembilan FA VS UiTM FC (Matchday 12 Liga Perdana 2016)
    May 20 , 2016

    Assalamualaikum....

    Dengan berbekalkan kemenangan tipis tempoh hari di stadium UiTM Shah Alam sudah pastinya Negeri Sembilan lebih yakin untuk beraksi di gelanggang sendiri. Tiga mata penuh sudah pasti menjadi sasaran skuad Negeri Sembilan untuk game terakhir sebelum pusingan kedua liga perdana 2016. Jika kita lihat di laman sosial, pemain-pemain Negeri Sembilan lebih ketara membuat statements untuk game hari ini jika dibandingkan sebelum ini. Saya rasakan perlawanan hari ini menjadi titik penting untuk menentukan dimana kedudukan Negeri Sembilan di akhir liga nanti.

  • Iran Bumi Bersejarah Part 1
    Apr 08 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada 2014, aku telah dihantar oleh syarikat untuk bertugas di Tehran, Iran. Aku mengambil kesempatan ini untuk menulis pengalaman yang best ketika bertugas di bumi purba ini. Aku berada disana selama sebulan setengah, dan banyak cerita-cerita menarik dan pengalaman yang hendak aku kongsikan. Sebagai peminat sejarah sudah tentunya peluang ini digunakan sebaiknya oleh aku, kerana susah kita mendengar orang pergi ke Iran untuk bercuti ataupun bertugas (Kecuali company oil and gas). 

Iklan

Negeri Sembilan FA VS Perlis FA (Matchday 9 Liga Perdana 2016)

Assalamualaikum....

Kekalahan di stadium Pasir Gudang pada perlawanan sebelum ini sebanyak sedikit mengganggu semangat skuad Jangs di Paroi. Negeri Sembilan seolah-olah badi apabila bertemu skuad Harimau Selatan. Rekod tanpa kalah telah dicalarkan oleh mereka. PKNS berjaya mengalahkan UITM petang semalam, jadi bermakna Negeri Sembilan berada dikedudukan ke-empat dan semestinya ini adalah game yang perlu dimenangi untuk mengekalkan peluang ke Liga Super.

Tiga ribu lebih penonton hadir di STAR Paroi malam semalam.

Read more: Negeri Sembilan FA VS Perlis FA (Matchday 9 Liga Perdana 2016)

Negeri Sembilan FA VS PKNS FC (Matchday 7 Liga Perdana 2016)

Assalamualaikum....

Selepas kemenangan bersama Sime Darby FC rata-rata peminat Negeri Sembilan tertunggu-tunggu untuk perlawanan kali ini . Skuad Jangs semakin memberikan harapan kepada penyokong-penyokong Negeri Sembilan dengan kemenangan besar dalam dua perlawanan sebelumnya. Negeri Sembilan masih mengekalkan rekod 6 perlawanan tanpa kalah. Walaupun rekod Negeri Sembilan kurang menyerlah ketika mereka di Stadium Paroi, masih ramai penyokong-penyokong turun dan memberikan sokongan kepada skuad Negeri Sembilan. Stadium Paroi dibanjiri kira-kiran 4 ribu orang yang memakai baju kuning hitam sebagai tanda sokongan mereka bersama Negeri Sembilan.

Read more: Negeri Sembilan FA VS PKNS FC (Matchday 7 Liga Perdana 2016)

Negeri Sembilan FA VS ATM (Matchday 5 Liga Perdana 2016)

Assalamualaikum....

Perlawanan kelima Negeri Sembilan dan perlawanan ketiga di Paroi menyaksikan Negeri Sembilan berpesta gol dengan membenam ATM 5-0. Ini sudah dijangka dan ramai beranggapan Negeri Sembilan pasti membelasah ATM dengan kelebihan ditempat sendiri dan kualiti skuad yang Negeri Sembilan ada. Bak kata orang putih "Walk in the park". Namun, ATM tidak mudah mengaku kalah dan berjaya mengikat Negeri Sembilan pada mulanya dan memberikan penonton Negeri Sembilan sedikit kerisauan.

Read more: Negeri Sembilan FA VS ATM (Matchday 5 Liga Perdana 2016)

Melaka United VS Negeri Sembilan FA (Matchday 4 Liga Perdana 2016)

Perjalanan dari Pantai Dalam ke Stadium Hang Jebat dirasakan dekat kerana membayangkan persembahan separuh masa pertama menentang Kuala Lumpur boleh dipamerkan. Kehadiran penyokong Melaka yang memenuhi stadium memberikan aura perlawanan final. Moment yang manis apabila Ultras Taming Sari chant selamat datang kepada para waghieh dan dibalas dengan chant terima kasih dari UN9. Goosebumps!  

Read more: Melaka United VS Negeri Sembilan FA (Matchday 4 Liga Perdana 2016)