Logo

RSS

 

Intro Bola Sepak

Page ni berkaitan dengan persatuan bola sepak Negeri Sembilan, Malaysia, dan Liverpool. Saya juga penulis untuk majalah Ultrajang dan blog The No. 8 untuk website Real Spendster FC. 

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Tips Berhenti Merokok
    Dec 09 , 2015

    Assalamualaikum

    Hari ini saya nak berkongsi tips berhenti merokok. Harga rokok sekarang semakin mahal dan kesan buruk merokok ini sudah lama diketahui. Alhamdulillah, saya dah berjaya berhenti merokok selama dua tahun. Saya berbangga dengan pencapaian saya setakat ini dan berharap dapat kekalkan tak nak pada merokok. Ada di antara rakan-rakan saya berhenti tanpa tips ataupun bantuan dari mana-mana pihak. Tapi mana tahu dengan membaca article saya ni anda dapat berhenti tabiat merokok. Percaya atau tidak dengan menulis entry ini, sebenarnya adalah salah satu usaha saya sendiri untuk  kekal tidak merokok. Pelik bukan? tak mengapa, saya akan huraikan selapas ini. 

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Percutian Ke Bali Part 3
    Feb 19 , 2016

    Hari ketiga kami di Bali adalah hari free and easy, kami bercadang untuk berjalan-jalan di Bali sendiri tanpa bantuan daripada supir. Pagi tersebut seperti pagi sebelumnya, kami memulakan hari dengan bersarapan di restoran Itali di depan resort kami. Ketika sedang bersarapan, isteri mengajak aku ke shopping complex dan Tanah Lot. Kemudian, kami balik ke bilik untuk menukar baju dan berenang di swimming pool. Ini adalah aktiviti kami yang pertama untuk hari ketiga.

Iklan

My Thoughts on Jurgen Klopp So Far

Pelantikan Jurgen Klopp sebagai pengganti Brenden Rodgers pada October 2015 sangat menggembirakan penyokong-penyokong fanatik Liverpool. Klopp sangat terkenal dengan kebijaksanaan, pembakar semangat dan sifat nya yang sentiasa ceria ketika di temu bual. Di Dortmund, Jerman,  Klopp sangat disayangi peminat-peminat kerana berjaya membawa Borussia Dortmund menjuarai Bundesliga dua kali berturut-turut dan juga beberapa kejuaraan yang lain. Adakah beliau berjaya membuat perkara yang sama di Liverpool? Adakah perubahan dari beliau sudah dirasai? Kali ini saya akan kupaskan beberapa perkara yang saya nampak ada perubahan semenjak Klopp menerajui Liverpool.

Read more: My Thoughts on Jurgen Klopp So Far

The Importance of Sponsorship for Malaysian Football Club

Masih ingat kah anda masa zaman 70’s dan 80’s bola sepak di Malaysia. Pada waktu ini bagi saya adalah waktu paling 'mewah' untuk bola sepak kita. Football is related with money and that's a fact. Sponsorship is one the major income for any football club. Based on my observation(kira mandai-mandai je ni), our Malaysian football clubs main source of income come from sponsorship. Not from ticket sales or broadcasting but it comes from sponsorship.

Dalam article yang lepas Malaysian Football Fans,  saya ada menyentuh tentang apa tangungjawab kita sebagai penonton untuk memajukan dan memartabatkan bola sepak Malaysia. Dalam artikel kali ini pula saya akan membincangkan peranan dan perlu nya sponsorship dalam memajukan bola sepak Malaysia. 

Read more: The Importance of Sponsorship for Malaysian Football Club

Malaysian Football Fans

Ramai orang selalu berkata bola sepak Malaysia harus berubah dan diperbaiki. Tapi pernah tak tuan-tuan dan puan-puan terfikir bukan management dan pemain bola sahaja yang perlu direvolusikan. Yes, if we want to change our Malaysian football we also need to change the behavior of our fans as well, we need an educated fan. Jadi harini saya akan menulis tentang perbezaan ragam-ragam peminat pasukan bola sepak ketika berada di stadium Malaysia dengan bola sepak Inggeris from my own perspective. Why I choose English Football kerana pada pendapat saya ia paling banyak mempengaruhi peminat bola sepak di Malaysia. 

My research is based on observation saya dapat dari menonton EPL, cerita rakan-rakan dan pengalaman saya sendiri yang pernah tengok bola disana. So this is limited to Negeri Sembilan, Malaysia dan Liverpool punya games. Jadi mungkin penulisan saya akan berbeza dari pendapat orang lain. Saya berharap hasil dari perbincangan ini kita boleh sedikit sebanyak belajar dan menambah baik atmosphere di stadium-stadium tempatan. Yang baik kita ambil yang buruk kita buang jauh-jauh.

Read more: Malaysian Football Fans