Logo
 

Intro Tips

Di page ni saya akan kongsikan pelbagai tips hasil dari bacaan, pengalaman dan juga kajian sendiri. Saya juga akan sharekan entry-entry dari rakan2 blogger yang lain ke page ini.

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Negeri Sembilan FA VS UiTM FC (Matchday 12 Liga Perdana 2016)
    May 20 , 2016

    Assalamualaikum....

    Dengan berbekalkan kemenangan tipis tempoh hari di stadium UiTM Shah Alam sudah pastinya Negeri Sembilan lebih yakin untuk beraksi di gelanggang sendiri. Tiga mata penuh sudah pasti menjadi sasaran skuad Negeri Sembilan untuk game terakhir sebelum pusingan kedua liga perdana 2016. Jika kita lihat di laman sosial, pemain-pemain Negeri Sembilan lebih ketara membuat statements untuk game hari ini jika dibandingkan sebelum ini. Saya rasakan perlawanan hari ini menjadi titik penting untuk menentukan dimana kedudukan Negeri Sembilan di akhir liga nanti.

  • Iran Bumi Bersejarah Part 1
    Apr 08 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada 2014, aku telah dihantar oleh syarikat untuk bertugas di Tehran, Iran. Aku mengambil kesempatan ini untuk menulis pengalaman yang best ketika bertugas di bumi purba ini. Aku berada disana selama sebulan setengah, dan banyak cerita-cerita menarik dan pengalaman yang hendak aku kongsikan. Sebagai peminat sejarah sudah tentunya peluang ini digunakan sebaiknya oleh aku, kerana susah kita mendengar orang pergi ke Iran untuk bercuti ataupun bertugas (Kecuali company oil and gas). 

Iklan

Tips Berhenti Merokok

Assalamualaikum

Hari ini saya nak berkongsi tips berhenti merokok. Harga rokok sekarang semakin mahal dan kesan buruk merokok ini sudah lama diketahui. Alhamdulillah, saya dah berjaya berhenti merokok selama dua tahun. Saya berbangga dengan pencapaian saya setakat ini dan berharap dapat kekalkan tak nak pada merokok. Ada di antara rakan-rakan saya berhenti tanpa tips ataupun bantuan dari mana-mana pihak. Tapi mana tahu dengan membaca article saya ni anda dapat berhenti tabiat merokok. Percaya atau tidak dengan menulis entry ini, sebenarnya adalah salah satu usaha saya sendiri untuk  kekal tidak merokok. Pelik bukan? tak mengapa, saya akan huraikan selapas ini. 

Ada beberapa cara untuk berhenti merokok (saya pernah cuba tiga cara sahaja). Dengan bantuan dari doktor (nicotin patch dan sebagainya), perlahan-lahan (secara peribadi saya tidak bersetuju dengan cara ni walaupun saya ada dengar orang berjaya dengan cara ini) ataupun seperti cara saya yang berjaya (setakat ini) dengan berhenti terus, dikenali sebagai quit cold turkey. Cara yang pertama adalah yang paling terbaik dan quit cold turkey paling tidak bagus (kajian mengatakan berhenti secara terus lebih berpeluang tinggi untuk hisap semula). Walau bagaimanapun,ketiga-tiga cara ini boleh dilakukan untuk berhenti merokok.

Pada permulaan, pembaca harus tahu, berhenti merokok berkaitan dengan dua benda penting ini. Pertama fizikal dan keduanya mental. Fizikal disebabkan badan sudah biasa menerima racun-racun seperti tar, nikotin dan sebagainya. Jadi penolakan racun-racun ini akan memberi kesan. Ini kita sudah biasa dengar di kaca TV ataupun kempen kesedaran. Rutin, kebiasaan dan sebagainya pula berkaitan dengan mental (merokok selepas makan sebagai contohya). Saya akan ceritakan bagaimana hendak melawan kedua-dua benda ini.

 

Mental

1) Niat Yang Betul

Semuanya bermula dengan niat. Tanpa niat tidak akan ada usaha. Tanpa usaha anda pasti tidak akan berhenti merokok. Niat sangat berguna dari segi mental. Kebanyakan perokok adalah dari kalangan lelaki. Perokok juga perlu menetapkan tarikh bila mahu berhenti merokok. Bagi saya ini sangat penting supaya kita boleh set berapa bulan kita mampu bertahan dan menganalisa usaha kita ketika itu. Seperti mula-mula belajar berpuasa. Bila kita set masa mula berpuasa dan berbuka. Bezanya kita tidak perlu set waktu 'berbuka' untuk berhenti merokok lah. Keazaman yang tinggi penentu kejayaan sesuatu usaha.

2) Buat Pelan Strategik

Mungkin orang akan cakap leceh. Tapi bagi saya nak melawan benda berkaitan dengan habit, memerlukan disiplin yg tinggi. Saya ada menggunakan jadual atau '5 day plan' untuk melawan ketagihan pada peringkat awal. Sebagai contoh, hari pertama saya perlu buat apa? apa yang perlu saya buat ketika keinginan merokok itu datang kembali? dan apa rewards system yang boleh saya buat? Apa yang perlu saya buat jika kawan-kawan racun kita supaya tidak berhenti merokok? Ini semua perlukan perancangan yang baik dan rapi. Kepada perokok 'mint' anda boleh menggantikan dengan gula-gula hacks pada peringkat awal. Hanya sebagai info tambahan, perokok mint risikonya lebih teruk dari perokok biasa.

Untuk download five day plan to stop smoking. Sila click download dibawah:

Five Day Plan

4) Rohani

Ini juga banyak membantu seseorang dalam usaha untuk berhenti merokok. Dari hukum agama islam, majlis fatwa Malaysia, negara-negara Arab, Eropah dan lain-lain bersetuju memfatwakan rokok sebagai haram. Sebagai orang islam, puasa adalah salah satu cara untuk berhenti merokok (jiran saya menggunakan cara ini). Saya pernah cuba cara ini tapi tidak berkesan. 

5) Hadiahkan Diri 

Achivement unlock! Saya gemar mengunakan ini sebagai benchmark saya dalam proses berhenti merokok. Tiap-tiap kali saya berjaya achieve sesuatu tahap, contohnya, tidak merokok selama seminggu. Saya akan hadiahkan diri saya dengan sesuatu, sebagai contoh pergi tengok wayang. Secara berperingkat, saya akan menaikkan nilai hadiah tersebut.

 6) Tanamkan Rasa Bangga

Setiap hari saya bila saya tidak merokok saya akan puji diri sendiri (depan cermin sebagai contoh). Hebah kan kepada orang lain yang anda mahu berhenti ataupun berjaya berhenti (seperti yang saya sedang buat sekarang). Saya tahu orang akan mengata. Tapi ego adalah cara yang bagus untuk melawan tabiat merokok (boleh jadi sebaliknya, ego untuk tidak berhenti merokok). Dalam masa yang sama mana tahu ia boleh membantu orang lain yang ingin berhenti merokok.

 

Fizikal

1) Sibukkan Diri

Antara perkara paling penting untuk berhenti merokok ialah sibukkan diri. Saya letakan ianya sebagai usaha fizikal yang paling utama perlu dilakukan untuk berhenti merokok. Kadang-kadang saya rasakan usaha berhenti merokok terletak pada point ini sahaja. Ini kerana untuk berhenti merokok, kita perlu 'lupa' yang kita perlu merokok. Saya ada kawan yang berhenti merokok dengan hanya menaiki flight dari London ke Kuala Lumpur sahaja. Dia berjaya mengalih keinginan merokok selama sehari di atas kapal terbang itu dan meneruskan momentum berhenti merokok pada hari seterusnya. 

2) Air Masak & Makanan Vitamin C

Pastikan meminum air masak yang secukupnya. Ini penting untuk detox kan nikotin dalam badan. Makanan vitamin C seperti oren, mangga, bayam dan sebagainya, membantu merawat organ-organ dan tisu-tisu yang rosak dan dalam masa yang sama memberi persediaan untuk badan bebas dari rokok. Green tea juga salah satu minuman yang baik untuk membantu berhenti merokok.

3) Bersukan

Untuk saya bahagian ni paling senang untuk dilakukan. Saya kerap berfutsal tiap-tiap hari jumaat dan main bola padang tiap-tiap hari sabtu dan ahad. Bersukan penting untuk menggantikan rasa sedap dari merokok kepada rasa seronok bersukan. Ia juga penting kerana dapat membantu menyibukan diri seperti point saya sebelum ini. 

4) Nicotine Patch

Tar, formaldehyde, dan sebagai tidak menyebabkan ketagihan pada badan manusia, bila-bila masa sahaja kita boleh berhenti dari mengambil semua benda ni. Nikotin adalah punca sebenar ketagihan. Walaupun nikotin tidak terlalu besar kesannya kepada manusia (ada jugak kesannya seperti kesan kepada IQ budak-budak dan sebagainya) tapi ini lah dadah yang sebenarnya kita cuba lawan.

6) Sauna

Anda boleh mencari banyak artikel berkaitan kegunaan sauna untuk berhenti merokok. Tapi saya ada membaca beberapa articles yang mengatakan ini hanyalah myth dan sebab itu saya letaknya sebagai point yang terakhir. Secara jujurnya saya tidak pergi ke sauna pun untuk berhenti merokok. Secara teorinya, apabila kita pergi ke sauna, peluh akan keluar dari badan. Dalam masa sama tubuh kita juga akan mengeluarkan nikotin dari badan.

 

Bantuan Lain

1) Vape / E-Ciggarete

Saya tidak sempat merasa vape ni sebab semasa zaman mula popular vape di Malaysia ini sekitar (2014 ke 2015) saya sudah pun berhenti merokok. Ada research mengatakan ianya membantu dalam berhenti merokok. Ada kajian di Uk menyatakan vape adalah lebih selamat dibandingkan dengan rokok tradisional sebanyak 95% (Sila lihat Public Health England: Vape Review ). Bagaimanapun saya tidak menggalakan orang menukar dari rokok biasa ke vape. Kajian masih di peringkat permulaan dan masih banyak lagi kajian diperlukan sebelum membuat keputusan vape elok atau tidak digunakan sebagai alternative lain untuk merokok. Bagi pendapat saya, pengambilan vape adalah seperti dari hilangnya tangan kita pilih hilang jari sahaja.

2) Apps 

Saya menggunakan applikasi quit smoking. Ianya boleh di download di play store secara percuma. Saya rasakan ia sangat membantu dari segi rewards system dan achievements. Kita juga boleh berkongsi pengalaman dan belajar dari orang lain.

 Quit Smoking App dipakai oleh saya. Pretty cool eh?

 

"What works for one person doesn't necessarily work for someone else. If you are macho and think you can tough it out, then give it a try. If it doesn't work, try another approach."

Chief medical officer at the American Lung Association

 Mungkin anda berminat: Kelebihan Dan Kesan Berhenti Merokok

P/S: Semoga berjaya!

Jangan lupa like dan share.TQ