Logo
 

Intro Tips

Di page ni saya akan kongsikan pelbagai tips hasil dari bacaan, pengalaman dan juga kajian sendiri. Saya juga akan sharekan entry-entry dari rakan2 blogger yang lain ke page ini.

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Negeri Sembilan FA VS UiTM FC (Matchday 12 Liga Perdana 2016)
    May 20 , 2016

    Assalamualaikum....

    Dengan berbekalkan kemenangan tipis tempoh hari di stadium UiTM Shah Alam sudah pastinya Negeri Sembilan lebih yakin untuk beraksi di gelanggang sendiri. Tiga mata penuh sudah pasti menjadi sasaran skuad Negeri Sembilan untuk game terakhir sebelum pusingan kedua liga perdana 2016. Jika kita lihat di laman sosial, pemain-pemain Negeri Sembilan lebih ketara membuat statements untuk game hari ini jika dibandingkan sebelum ini. Saya rasakan perlawanan hari ini menjadi titik penting untuk menentukan dimana kedudukan Negeri Sembilan di akhir liga nanti.

  • Tips Berhenti Merokok
    Dec 09 , 2015

    Assalamualaikum

    Hari ini saya nak berkongsi tips berhenti merokok. Harga rokok sekarang semakin mahal dan kesan buruk merokok ini sudah lama diketahui. Alhamdulillah, saya dah berjaya berhenti merokok selama dua tahun. Saya berbangga dengan pencapaian saya setakat ini dan berharap dapat kekalkan tak nak pada merokok. Ada di antara rakan-rakan saya berhenti tanpa tips ataupun bantuan dari mana-mana pihak. Tapi mana tahu dengan membaca article saya ni anda dapat berhenti tabiat merokok. Percaya atau tidak dengan menulis entry ini, sebenarnya adalah salah satu usaha saya sendiri untuk  kekal tidak merokok. Pelik bukan? tak mengapa, saya akan huraikan selapas ini. 

Artikel Berkaitan

Iklan

Kelebihan Dan Kesan Berhenti Merokok

Assalamualaikum....

Dalam entry saya yang lepas, saya ada menulis tentang cara-cara ataupun tips untuk berhenti merokok. Selepas dua tahun setengah saya berhenti merokok, banyak kelebihan saya dapati hasil daripada membuang tabiat merokok. Disini juga, saya akan cuba menceritakan tentang apa perubahan yang saya lalui selepas berhenti merokok. Kesannya adalah seperti naik berat badan. Ianya mungkin bukan sesuatu yang elok pada pandangan sesetengah pembaca. Namun, ianya jauh lebih elok dari kesan meneruskan tabiat merokok. 

Semoga ianya memberi manfaat kepada sesiapa yang ingin berhenti merokok.

 

Duit

Kelebihan pertama pastinya adalah duit. Rokok seperti mana yang kita tahu, kos nya sangat mahal. Ianya pasti membebankan ekonomi sesebuah institusi kekeluargaan walaupun anda hidup bujang. Berdasarkan anggaran masa saya merokok pada tahun 2012-2013. Saya membelanjakan rokok sekotak pada masa itu RM 10 per pack (Rokok kelas kedua seperti Winston Merah). Secara purata, saya merokok sekotak sehari (Saya pernah baca kajian mengatakan seminggu 7 batang dah dikira heavy smoker bukan lagi  social smoker).Jadi saya menghabiskan lebih kurang: 

RM 10.00 X 30 Hari: Rm 300.00 Sebulan.

Contoh yang saya pakai ini untuk tahun 2012-2013, sekarang harganya pasti berbeza. Dengan RM 300 sebulan cukup bagi saya untuk duit makan sebulan. Adakah harga rokok akan jatuh suatu hari nanti?. Dengan pengenalan Vape dan desakan dari Kementerian Kesihatan, saya tak rasakan harga rokok akan menurun malah ianya makin meningkat. Kesannya tentulah pada perokok itu sendiri. Apabila terdesak, mulalah mencari alternatif lain seperti rokok seludup yg jauh lagi bahaya walaupun murah.

 

Naik Berat Badan

Pada pendapat saya, ini adalah kesan negatif yang boleh dialami kepada sesiapa yang berjaya memberhenti merokok jika tidak mengambil langkah-langkah awal. Kajian pada tahun 1997 mengatakan walaupun kadar insulin akan menjadi normal semula, dalam pada masa yang sama, berat badan juga akan meningkat sebanyak 2.7 Kilogram secara puratanya setelah 8 minggu (2 bulan). Mengikut pengalaman saya, saya naik lebih kurang 5-10 Kiliogram selepas setahun saya berhenti merokok (Mungkin faktor usia juga memburukkan keadaan). Ditambahkan pula kepekaan bau yang lebih baik (Saya akan terangkan di point seterusnya), ini sedikit sebanyak menambahkan selera makan. Kepada sesiapa yang suka makan bila stress, ini lagi menambahkan kesan buruk pada kenaikan berat badan selepas berhenti merokok.

Apa yang saya boleh cadangkan ialah selain anda berhenti merokok, anda juga perlu bersenam dan mengurangkan pengambilan gula. Saya memilih jogging sebagai senaman saya selain bola sepak dan Futsal pada hujung minggu.  

Jangan sia-siakan kejayaan anda berhenti merokok dengan membiarkan kesihatan bahagian lain tidak terjaga pula. Jika anda berjaya berhenti merokok, mengurangkan berat badan bukan masalah lagi bagi anda.

 

Sensitiviti Deria Badan

Selepas badan berhenti dari pengambilan racun daripada rokok selama 48 jam, sensitiviti deria terutamanya hidung sudah mula bertambah baik. Ini kerana system deria yang rosak akibat pengambilan rokok sudah mula beransur pulih. Dalam masa sama juga taste buds yang mengawal rasa manis, masin, pedas dan sebagainya juga menjadi lebih baik. Kelazatan makan dan minuman dapat dirasai sama seperti bukan perokok.

Dulu saya juga tidak faham kenapa rakan-rakan kata restoran sini sedap restoran sana tidak sedap. Ini kerana kepekaan lidah saya tidak sama kepada orang yang tidak merokok. Selepas berhenti baru saya mengalami pengalaman yang sama seperti mereka.

 

Stamina

Paru-paru orang merokok biasanya tidak dapat mengembang dengan baik. Seperti video-video yang kita lihat di social media lazimnya, banyak menunjukan kesan merokok kepada peparu. Stamina mempunyai hubung kait dengan keberkesanan paru-paru bertindak sebagai organ pernafasan. Sebelum ini, saya tidak perasan kesannya sehinggalah saya set kan sendiri masa saya berlari sewaktu berjogging ataupun bermain bola. Saya juga melihat benda yang sama pada rakan-rakan saya yang juga berjaya berhenti merokok dimana stamina mereka lebih baik dari waktu mereka merokok dulu.

 

Kurang Masalah Kesihatan

Pada sesiapa yang mempunyai masalah tonsil, berhenti merokok pastinya menambah baik keadaan anda sebelum ini. Waktu saya merokok dahulu, saya pasti akan demam selang 3 bulan sekali. Selalunye tonsil saya akan bengkak dan menjadi radang. Selepas setahun berhenti merokok, saya jarang sekali demam ataupun tiada lagi demam pada tahun pertama. Ini adalah kesan jangka pendek yang saya dapat dan mungkin ianya berbeza untuk anda. Bagi saya, menambah baik taraf kesihatan adalah kesan utama dalam berhenti merokok. Dalam masa sama ia juga dapat menjimatkan wang kerana jarang mengunakan khidmat kesihatan (Seperti kita tahu medical expense sangat la mahal).

Selalunya orang tidak nampak kepentingan kesihatan sehinggalah sudah terlewat. Berhenti merokok sudah tentunya mengurangkan risiko kanser seperti kanser paru-paru, perut, kerongkong dan sebagainya. Ianya juga mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung dan juga paru-paru.

 

Kesimpulan

Kesimpulanya, setelah beberapa tahun berhenti merokok ini, sudah tentu ianya memberikan kesan positif pada diri saya dan keluarga. Yang paling utama ialah kesihatan saya semakin bertambah baik dan saya ingin membesar bersama anak-anak serta mengharapkan mereka menjauhi gejala-gejala tidak sihat seperti merokok ini. Insya Allah. Sebagai bonus, saya mendapat lebihan budjet bulanan hasil daripada tidak merokok dan membelanjakannya kepada insuran anak. Semoga entry ini memberi manfaat kepada pembaca-pembaca.

 

P/S: Bile berat badan dah naik ni nak turn mase kejar bola pun berjanggut lamanya. Huhuhu.
Jangan lupa like dan share.TQ