Tips Menurunkan Berat Badan

Assalamualaikum....

Hah, korang mesti dah biasa dengar benda-benda macam ni. Hari ini aku nak kongsikan pengalaman aku mengurangkan berat badan pula. Sejujurnya, berat badan aku tak ada lah sampai tahan obes. Tetapi sejak aku berhenti merokok dan bekerjaya ni, berat badan naik mendadak dan kelihatan seperti belon yang di jual di pasar malam. Dari situ aku rasakan perlu ada perubahan drastik yang perlu dilaksanakan dari mengelak menjadi obes dan tidak sihat.

Sebelum aku mulakan cerita. Pembaca perlu faham dengan konsep penurunan berat badan. Ianya terbahagi kepada dua faktor penting iaitu pemakanan ataupun diet yang sihat dan senaman. Teoritikalnya, usaha menurunkan berat badan ini ditentukan dengan 80% penjagaan pemakanan dan 20% senaman. Jadi bermakna penjagaan makanan adalah jauh lagi penting dari bersenam yea para pembaca.

Konsep kenaikan berat berat badan juga bergantung kepada pengambilan kalori yang kita ambil setiap hari. Semakin banyak kalori kita ambil, semakin banyak la lebihan tenaga yang tidak digunakan lalu menjadi lemak yang susah gila nak hilang ni. Lazimnya, manusia yang mempunyai berat badan yang berlebihan ini, selalunya makan lebih dari keperluan kapasiti mereka setiap hari. Nampak seperti mudah bukan, cuma kurangkan sahaja pengambilan makanan berat badan akan menurun. Hakikatnya, ia tidak semudah yang disangka. 

 

Cardio & Weight Exercise

Dulunya saya selalu menyangka dengan bermain bola sepak dan futsal, berat badan saya akan menurun secara mendadak. Malangnya berat badan saya tidak turun dengan banyak dan ada masa semakin menaik. Sukan yang menggunakan speed and stop selalunye tidak akan membakar kalori secara efektif. Manakala  sukan berbentuk cardio(Sukan pernafasan) lebih berkesan dalam mengurangkan berat badan. Contoh sukan cardio adalah seperti jogging, cycling dan skipping.

Jadi berapa jam kah saya perlu cardio tiap-tiap hari? 15 minit sehari selama 5 hari seminggu sudah cukup untuk menjaga berat badan. Untuk mengurangkan berat badan 20 minit keatas bergantung pada jenis sukan cardio yang kita buat (Skipping lagi banyak bakar kalori dari jogging dan sebagainya). Jika anda ingin membuat badan, saya rasa tidak perlu lebih dari 30 minit kerana jika tidak badan akan mula membakar protein dalam masa yang sama.

Selain daripada cardio, saya  juga selalu mengamalkan weight training. Jika objektif anda untuk mengurangkan berat badan tanpa kelihatan sangat kurus, anda boleh menggunakan cara senaman angkat berat ataupun weight training. Bak kata orang kampung, main besi. Masalah dengan senaman angkat berat ini, ia memerlukan kos yang tinggi. Saya selalu menggunakan gym-gym rakyat yang murah (Sekali masuk dalam 3 ringgit) dan ini disebabkan saya tidak selalu melakukan senaman angkat berat ini. Dua biji dumbell mungkin sudah cukup untuk bermain angkat berat ini.

Lunges dan Squat antara senaman yang bagus untuk menggurangkan berat badan. Banyak artis-artis dan model-model melakukan senaman ini untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik. Kebanyakan senaman yang bagus, banyak memfokuskan kepada kaki. Anda juga boleh mencubanya.

 

Green Tea, Caffeine & Plain Water

Green tea ataupun teh hijau dalam bahasa melayunya memang terkenal sebagai salah satu super food yang boleh didapati dengan mudah. Green tea mengandungi EGCG yang boleh membantu meningkatkan metabolisma badan dan hasilnya membantu untuk menurunkan berat badan. Saya selalu minum secawan teh hijau sehari tanpa gula. Disamping membantu mengurangkan berat badan, tea hijau juga mempunyai beberapa kelebihan yang lain.

Caffeine seperti kopi dan teh pula  boleh bertindak sebagai agent pembakar lemak dengan mengeluarkan thermogenesis. Aku pernah baca perbezaan pendapat tentang kegunaan caffeine sebagai cara membakar kalori. Namun, badan manusia secara natural boleh membiasakan diri dengan kesan daripada caffeinetersebut. Jadi, jika ingin menggunakan caffeine sebagai cara menurunkan berat badan, perlulah dilakukan dengan selang seli (Dua minggu minum kopi dua minggu lagi tidak).

Tetapi ada minuman yang lagi bagus jika hendak dibandingkan dengan minuman caffeineini iaitu plain water ataupun air masak. Pembaca harus faham, air masak ini bukan membantu dari segi membakar lemak ataupun meningkatkan metabolisme badan. Tetapi lebih kepada mengelakan kita mengambil kalori berlebihan pada setiap hari. Air masak mengandungi 0 kalori dan dengan meminum 13 cup ataupun 2.2 liter air masak sehari ianya membantu kita untuk kekal kenyang dan proses penyikiran toksin dalam badan. Terdapat beberapa kajian dengan menambah kadar minuman air masak sahaja sudah cukup untuk menggurangkan berat badan.

 

Mengurangkan Pengambilan Gula

Secara amnya badan manusia memerlukan gula untuk dijadikan tenaga seharian. Malangnya pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan kemudaratan. Gula yang berlebihan selalu dikaitkan dengan beberapa penyakit seperti diabetes ataupun dikenali dengan nama pasarnya kencing manis. Banyak butki kajian mendapati kaitan diantara gula dan berat badan. Secara mudahnya pengambilan gula berlebihan akan mengakibatkan berat badan meningkat.

Kajian daripada University of Reading telah menyatakan bahawa 9 jenis kanser berkait dengan obesiti. Jadi adalah penting untuk kita menjaga berat badan disamping nampak cantik ianya juga mengurangkan risiko penyakit kanser. Jadi kurangkan kandungan gula dalam makanan dan tukarkan teh tarik, teh ais ataupun nescafe untuk minuman kepada air masak. Setivia juga boleh digunakan untuk permulaan sebagai pengganti gula.

 

Makan Makanan Yang Dibakar Bukan Digoreng

Malaysia mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, India , Cina, Iban dan sebagainya. Oleh sebab itu, Malaysia memang terkenal dengan masakan yang sedap-sedap seperti Kari, Nasi Lemak, Char Kuey Teow dan lain-lain. Ada benda yang tak berapa bagus tentang makanan-makanan yang lazat ini seperti lemak dan kalori yang tinggi. Sebagai salah satu langkah untuk mengurangkan berat badan, kita perlu lebih memilih makanan yang dibakar daripada yang dimasak. Ini kerana makanan yang dibakar mempunyai kandungan minyak yang kurang di bandingkan dengan goreng.

Kita juga boleh memilih makanan yang direbus daripada digoreng. Untuk aku, aku tidak berapa gemar makanan yang direbus jadi aku memilih makanan yang dibakar sebagai contoh ayam grill, kambing grill ataupun salmon grill dan dimakan dengan portion nasi yang sedikit. Ini kerana makanan yang dibakar mengandungi kandungan minyak yang kurang. Sebagai tambahan, anda juga boleh menukarkan beras biasa kepada basmati ataupun beras perang.

 

Kesimpulan

Aku melakukan tips-tips di atas selama beberapa bulan sebelum mendapat keputusan yang aku inginkan. Aku mengurangkan berat badan secara berperingkat dengan tidak terlalu all out sangat. Bagi aku kesederhanaan dan istiqamah penting dalam usaha menggurangkan berat badan. Aku faham jika ada sesetengah pihak mahukan jalan yang cepat dan mudah untuk menggurangkan berat badan. Namun, usaha dan istiqamah tetap menjadi kunci utama dalam proses menurunkan berat badan.

 

P/S: Bila dah kurus sikit ni. Mula la tak jaga makan balik. Huhuhu

Tips