Logo

RSS

 

Intro Merantau

Di sini saya akan kongsikan pengalaman saya semasa bercuti, berbulan madu, belajar dan bekerja di dalam dan luar negara.  Diharapkan pembaca boleh enjoy dan share pengalaman mereka juga.

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Negeri Sembilan FA VS UiTM FC (Matchday 12 Liga Perdana 2016)
    May 20 , 2016

    Assalamualaikum....

    Dengan berbekalkan kemenangan tipis tempoh hari di stadium UiTM Shah Alam sudah pastinya Negeri Sembilan lebih yakin untuk beraksi di gelanggang sendiri. Tiga mata penuh sudah pasti menjadi sasaran skuad Negeri Sembilan untuk game terakhir sebelum pusingan kedua liga perdana 2016. Jika kita lihat di laman sosial, pemain-pemain Negeri Sembilan lebih ketara membuat statements untuk game hari ini jika dibandingkan sebelum ini. Saya rasakan perlawanan hari ini menjadi titik penting untuk menentukan dimana kedudukan Negeri Sembilan di akhir liga nanti.

  • Tips Berhenti Merokok
    Dec 09 , 2015

    Assalamualaikum

    Hari ini saya nak berkongsi tips berhenti merokok. Harga rokok sekarang semakin mahal dan kesan buruk merokok ini sudah lama diketahui. Alhamdulillah, saya dah berjaya berhenti merokok selama dua tahun. Saya berbangga dengan pencapaian saya setakat ini dan berharap dapat kekalkan tak nak pada merokok. Ada di antara rakan-rakan saya berhenti tanpa tips ataupun bantuan dari mana-mana pihak. Tapi mana tahu dengan membaca article saya ni anda dapat berhenti tabiat merokok. Percaya atau tidak dengan menulis entry ini, sebenarnya adalah salah satu usaha saya sendiri untuk  kekal tidak merokok. Pelik bukan? tak mengapa, saya akan huraikan selapas ini. 

Iklan

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 9

Selapas makan malam, aku buat aktiviti biasa aku seperti malam-malam yang lain dengan menghisap rokok di luar rumah. Sambil tu aku fikirkan balik objektif aku datang sini. Aku ada dua option. Belajar bersungguh-sungguh, score dapat bawak balik master first/second class. Yang tak best pasal option ni, aku akan banyak habiskan masa belajar dan kurang enjoy. Satu lagi punya option pula, belajar cukup-cukup makan jadi aku ada masa untuk enjoy. Tapi bila aku fikir-fikirkan balik, tak guna juga kalau aku belajar teruk-teruk tapi tak dapat pengalaman dekat sini. Jadi aku pilih option nombor dua. 

Read more: Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 9

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 8

Kelas kedua aku pada hari tersebut bermula pada pukul 3 petang. Biasanya jadual aku tiap-tiap semester lebih kurang macam ini. Satu hari dua kelas, pagi lecture dan petang lab. Dan selalunya dalam seminggu tu, ada sehari dua yang tak ada kelas pada hari weekdays. Mungkin master tak banyak kelas kut. Kelas aku untuk subjek ni kebanyakannya budak local dan juga budak-budak bachelor degree. Boleh katakan 80 peratus budak local dan 20 peratus budak luar. Kelas undergrad dengan postgrad kadang-kadang bercampur dan kelas aku hari ini salah satu contohnya.

Read more: Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 8

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 7

Sambil aku menghembus asap rokok aku dekat luar, aku lihat Faris tengah termenung sama. Kami baru kenal sehari dua, memang agak kekok untuk berborak. Yang best nya kalau merokok ni, memang senang untuk kita cari kawan.

Aku pun memulakan perbualan dengan tak lain tak bukan tentang bola. Kelantan dan Negeri Sembilan waktu tu memang musuh ketat, banyak kali jugalah ada incident yang tak best berlaku bila dua team ni berjumpa. Walaupun begitu, bagi aku sifat persaudaraan menyokong bola sepak perlu dikekalkan.

Read more: Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 7

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 6

Kalau ikut-ikut kan, aku memang nak masuk kelas time tu jugak. Tapi aku cuba control supaya tak semangat lebih sebab jauh lagi perjalanan aku nak kene tempuh. Selepas makan, Din bawak aku jalan-jalan kawasan luar kampus. Din cakap ada satu bangunan ni agak penting untuk budak-budak postgrade seperti aku.

Postgraduate Centre. Bangunan ni bangunan baru, terletak di belakang kampus. Dekat dalam dia ada university audiotraium, kelas-kelas dan tempat melepak di tingkat atas sekali. Bagunan ni terletak dekat belakang sekali dan dikeliling oleh padang-padang rumput. Dekat sini orang selalu ada buat macam-macam event seperti fashion show, conference, wawancara dan macam-macam lagi.

Read more: Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 6