Logo
 

Intro Merantau

Di sini saya akan kongsikan pengalaman saya semasa bercuti, berbulan madu, belajar dan bekerja di dalam dan luar negara.  Diharapkan pembaca boleh enjoy dan share pengalaman mereka juga.

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Negeri Sembilan FA VS UiTM FC (Matchday 12 Liga Perdana 2016)
    May 20 , 2016

    Assalamualaikum....

    Dengan berbekalkan kemenangan tipis tempoh hari di stadium UiTM Shah Alam sudah pastinya Negeri Sembilan lebih yakin untuk beraksi di gelanggang sendiri. Tiga mata penuh sudah pasti menjadi sasaran skuad Negeri Sembilan untuk game terakhir sebelum pusingan kedua liga perdana 2016. Jika kita lihat di laman sosial, pemain-pemain Negeri Sembilan lebih ketara membuat statements untuk game hari ini jika dibandingkan sebelum ini. Saya rasakan perlawanan hari ini menjadi titik penting untuk menentukan dimana kedudukan Negeri Sembilan di akhir liga nanti.

  • Tips Berhenti Merokok
    Dec 09 , 2015

    Assalamualaikum

    Hari ini saya nak berkongsi tips berhenti merokok. Harga rokok sekarang semakin mahal dan kesan buruk merokok ini sudah lama diketahui. Alhamdulillah, saya dah berjaya berhenti merokok selama dua tahun. Saya berbangga dengan pencapaian saya setakat ini dan berharap dapat kekalkan tak nak pada merokok. Ada di antara rakan-rakan saya berhenti tanpa tips ataupun bantuan dari mana-mana pihak. Tapi mana tahu dengan membaca article saya ni anda dapat berhenti tabiat merokok. Percaya atau tidak dengan menulis entry ini, sebenarnya adalah salah satu usaha saya sendiri untuk  kekal tidak merokok. Pelik bukan? tak mengapa, saya akan huraikan selapas ini. 

Iklan

Percutian Ke Bali Part 1

Assalamualaikum....

Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

Sebelum aku pergi ke Bali, aku telah membuat beberapa persediaan dan research. Aku rasakan perlu untuk kongsiakan tips hasil dari research aku seperti dibawah:

Tips:

  1. Sentiasa bawak duit lebih dan simpan/sorok dimana-mana selain beg duit sendiri. Mengalakan 
  2. Buat pertukaran wang di Malaysia, bukan di sana. Orang disana suka menipu bila membuat pertukaran wang asing.
  3. Check lokasi kedutaan Malaysia.
  4. Baca sedikit sejarah atau berita tentang Bali. Contohnya Bali pernah di bom pengganas sebanyak dua kali. Ini mungkin boleh menyelamatkan nyawa anda.
  5. Belajar serba sedikit Bahasa Indonesia walaupun hampir sama, ada juga aku salah paham contohnya ayat 'Kapan'(Aku akan ceritakan selepas ini).
  6. Simpan no telephone Agent pelancong (Jika mengambil agency pelancongan)
  7. Beli card prepaid sana dan layari Internet terutama Facebook atau Instagram. Bila kita upload orang boleh track kita kalau apa-apa jadi. (Kalo tak kesah dengan privasi)
  8. Rajin-rajin buat kiraan semula selepas membeli sesuatu barang. Jangan terkejut jika terlihat pelancong mengira pakai calculator disana.(Disana ramai orang menipu).
  9. Duit tambahan cukai (Airport Tax) lebih kurang 150k ke 200k (Aku tak berapa ingat) Rupiah. Jadi pastikan ada tinggal beberapa duit lebihan.

 

Di Airport

Flight kami dalam pukul 10 pagi(Lebih kurang tak ingat dah) dan perjalanan lebih kurang 3 jam ke 3 jam setengah. Kami menaiki Mas Airlines, aku sarankan korang menaiki Malaysian Airlines sebagai tanda support kepada negara, walaupun MAS terlibat dalam dua tragidi MH370 dan MH17. Ianya boleh berlaku pada mana-mana airlines yang lain pun. Untuk penerbangan luar negara seperti mana yang kita tahu sebelum ini, perlu berada di airport dua jam awal. Walaupun penerbangan hanya mengambil masa 3 jam, aku nasihatkan korang datang awal supaya lebih bersedia dan sempat bertindak jika apa-apa berlaku(Contoh tayar kereta pancit di pertengahan jalan ke airport dan sebagainya). Pastikan semua barang-barang di check semula dan tiada barang terlarang dibawa bersama sebelum berlepas

Ngurah Rai International Airport

Setibanya kami di Ngurah Rai Airport, kami terpaksa beratur panjang kerana imigresen. Selalunya akan ada orang yang cuba tawarkan laluan 'express' dengan meminta bayaran. Jangan termakan dengan tawaran itu, negara-negara Asean akan ada barisan mereka sendiri dan selalunya pendek sahaja (30 minit ke 1 jam). Airport Denpasar tidak lah terlalu besar, hampir sama besar dengan KLIA 2. Bagi pendapat aku, senang la hendak mencari beg kita dan sebagainya. Ketika di imigresen pegawai situ bertanyakan kat aku"Kapan nikah?" aku jawab 'Mana ade orang mati nak kapan apa?. Nasib baik isteri aku selalu tengok sinetron tolong jawabkan untuk aku. 

Selepas keluar je daripada airport, sudah ada hotel driver menunggu kami sambil memegang name card kami. Jangan keliru driver hotel dengan supir. Hotel driver hanya akan mengambil dan hantar ke hotel sahaja. Supir pula di upah oleh pihak travel agency dan tugas mereka membawa kami based on program yang dipersetujui ataupun jika datang sendiri, boleh upah mereka dengan bayaran mengikut hari. Anda boleh juga pergi dari pulau ke pulau tanpa supir dengan menyewa motor sebagai contoh. Tapi bagi pendapat aku, lebih elok upah supir ni jika percutian ini untuk honeymoon, kerana jalan di Bali selalunya sangat jam, ada lebih masa bersama dijalan raya (Ada orang memandu) dan tempat-tempat menariknya agak jauh, jadi jika tiada pengalaman disana mungkin akan membuang masa mencari jalan (Dalam pendapat yang lain, pakai motor boleh elak jam, naik motor lagi romantik, tidak tahu tempat boleh Waze).

 

Di Hotel

Setiba kami dihotel kami disambut oleh pihak hotel dengan mesra (Ada bagi minuman dan sebagainya). Kami menetap, di Kuta Seaview Boutique Resort. Aku berpuas hati dengan layanan dan bilik yang diberikan. Air paip agak berbau sedikit tapi bagi aku normal lah,apabila berada di pulau. Ini ikut pendapat masing-masing, aku ada dengar orang cakap sampai-sampai hotel/resort kita perlu take a nap sejam dua dulu. Di depan resort kami ada Italian restaurant dan di sebelahnya terdapat swimming pool. Resort kami sebaris dengan Hard Rock Cafe Bali. Pemeriksaan sangat ketat disini sejak kes bom di Bali.

 

Premier Deluxe Garden Suite

Aku agak janggal pada mulanya apabila terlihat orang Melayu beragama Hindu. Seperti yang kita tahu hampir 100% masyarakat Melayu dia Malaysia adalah beragama Islam. Tetapi seperti kita belajar dari sejarah, rumpun bangsa Melayu pada mulanya memang beragama Hindu. Pada masa yang sama, aku juga terkejut dengan populariti Upin Ipin di situ kerana ramai penduduk sana yang menegur kami cakap mereka belajar Bahasa Melayu dari Upin Ipin, sehinggakan supir kami Pak Nyoman ( Nyoman adalah nama biasa disana seperti nama gelaran di Malaysia Along, Bob dan sebagainya) mengatakan beliau belajar Bahasa Melayu dari anak nya yang menonton Upin Ipin.

Pada hari pertama kami disini, tidak banyak aktiviti yang kami lakukan. Pada waktu malam kami disana, kami disajikan dengan fine dinner. Ini adalah kali pertama aku merasai fine dinner, dan aku akui ianya sangat memuaskan dari segi layanan dan makanan tersebut. Selepas itu aku dan isteri mengambil keputusan berjalan-jalan sekitar pekan Kuta. Di waktu malam, pekan Kuta agak meriah juga. Tetapi aku nasihkan supaya berjaga-jaga kerana ramai orang mabuk dan aku pernah dengar tentang dadah juga. Walaubagaimanapun, aku tetap happy pada waktu itu sambil shopping-shopping malam. Bagi pendapat aku suasana malam di bali sangat menarik, dari segi orang ramai, kedai-kedai, dan suasana itu sendiri. Aku juga berkesempatan melihat aktiviti mencari telur penyu pada malam tersebut. Kami agak penat hari tu kerana banyak berjalan. Hari keduanya lebih menarik untuk kami, dan aku akan ceritakan dalam entry yg kedua selapas ini.

 

P/S: Rasa pelik pulak tengok muka orang Melayu tapi beragama lain.

 

Sambungan: Percutian Ke Bali Part 2

 

Jangan lupa like dan share.TQ