Percutian Ke Bali Part 2

Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

Barong Dance

Pak Nyoman membawa kami ke teater Barong Dance. Ianya lebih kurang 5 kilometer sahaja dari tempat tinggal kami (Tapi keadaan jalan jam, so sampai lambat 5 minit). Pertunjukan Barong Dance pada pagi itu lebih kepada cerita klasik baik menentang jahat dengan penambahan sedikit komedi. Lebih kurang macam wayang kulit ataupun opera Cina di Malaysia. Aku dan isteri terhibur dengan persembahan mereka dan dari apa yang aku nampak penonton-penonton lain juga turut terhibur. Lakonan dan persembahan musik mereka sangat mantap. Bagi aku ini adalah aktiviti wajib pergi  jika bercuti ke Bali. 5 bintang aku bagi dekat dorang.Huhuhu.

Barong Dance

Gunung Kintamani

Kemudian, Pak Nyoman membawa kami ke gunung Kintamani yang terletak ditengah-tengah pulau Bali. Perjalan agak jauh dan ditambahkan dengan trafik, agak makan masa juga untuk kami sampai ke sana. Namun, pemandangan sepanjang jalan ke gunung Kintamani agak menarik juga. Aku tertarik dengan unsur-unsur seni kraf tangan di Bali. Ianya kelihatan seperti kraf tangan di Malaysia tetapi lebih berunsurkan elemen Hindu. Paling aku tertarik adalah altar yang mereka letak di setiap depan rumah atau bangunan. Mereka hiaskan altar itu dan pakai kan kain seolah-olah ianya kelihatan sebagai benda hidup. Aku bertanya pada Pak Nyoman tentang benda ini dan beliau cakap benda ni adalah seperti pelindung bagi mereka (Aku rasa sama seperti tokong kecil yang dipasang kebanyakan rumah masyarakat berbangsa Cina di Malaysia).

Ketika berada di kaki gunung tersebut, kami melihat banyak gerai buah-buahan, sawah padi(Padi bukit) dan kopi luak di tepi jalan. Mengingatkan aku jalan ke Kuala Pilah dari Seremban (Orang jual pisang tandung, petai dan madu tualang di tepi jalan). Terletak di kawasan bekas gunung berapi, sudah tentunya tanah disitu subur-subur belaka. Aku juga berpeluang melihat perarakan penduduk kampung disitu dalam satu upacara keagamaan. Selepas melepasi kampung-kampung tersebut kami ditahan polis untuk pemeriksaan. Disini masalah rasuah bagi aku agak teruk. Bukan aku katakan di Malaysia tiada rasuah, aku tak general kan sifat seseorang kepada satu komuniti. Tetapi hakikatnya memang begitulah situasi di Indonesia. Pada yang menggunakan kenderaan sendiri, sila sediakan 'duit kopi' ketika disana. Setibanya kami disana, kami makan di restoran dengan pandang Gunung Kintamani disebelah kami. Makanan disana aku rate 3 bintang sahaja. Ada juga orang cuba menjual barang-barang cenderamata. Aku cadangkan jangan beli kerana boleh dapat jauh lagi murah (Aku akan bagitahu macam mana nak dapat kejap lagi). Kami mengambil beberapa gambar disitu dan terus ke destinasi berikutnya.

Gunung Kintamani

Tirta Empul

Destinasi kami yang berikutnya adalah kuil suci dikenali sebagai Tirta Empul. Ini adalah salah satu tempat yang terkenal di Bali. Kawasan kuilnya tidak lah besar mana pun, lebih kurang saiz dua padang bola. Ada syarat-syarat dan etika untuk masuk sebagai contoh kena pakai sarong. Tirta Empul ini mempunyai tempat mandi mata air dan ianya dianggap suci. Salah seorang penjaga disana memberitahu kami setiap pembetung yang keluarkan air ada kuasa-kuasa tertentu. Jika kita mandi di kawasan A kita akan dikurniakan rezeki, kalau mandi di kawasan B akan meningkatkan kesuburan dan sebagainya. Ini kepercayan masyarakat disana. Bagi aku, aku lebih tertarik kepada suasana hening, seni kraftangan pembinaan kuil dan cerita disebalik kuil tersebut. Disitu juga terdapat rumah percutian President Indonesia. Buat aku terpikir kalau aku jadi Perdana Menteri Malaysia boleh tak buat rumah percutian sendiri di Langkawi. Hahaha gurau je. Selepas itu kami ke destinasi berikutnya pantai Jimbaran.

Di Pintu Masuk Tirta Empul (Penulis Memakai Sarong Merah)

Disebabkan waktu yang pack dan traffic jam, kami tidak sempat sampai ke pantai Jimbara untuk menikmati makan malam pada waktu sunset. Setibanya kami disana, keadaan dah agak gelap ketika makan, ada band yang offer mainkan lagu untuk anda dengan bayaran lebih kurang RM 20 tak salah aku. Makanan disana biasa saja bagi aku, sedap lagi ikan bakar di Alai dan Umbai di Melaka. Selepas makan, kami bercadang untuk membeli barang-barang cenderahati dekat kawan-kawan dan keluarga di Malaysia. Kami meminta supir kami hantar kami souvenir store Krishna walaupun tiada dalam tentatif kami. Di sini tempat yang paling sesuai untuk membeli cenderamata (Tapi tidak boleh tawar-menawar harga). Murah, banyak pilihan dan cantik-cantik. Selepas itu kami jumpa supir kami datang dengan van lain pula. Van yang kami naiki sebelum ini rosak katanya (Nampak sangat kami banyak jalan-jalan). Kudos to Pak Nyoman, banyak membantu kami dengan cerita-cerita sejarah Bali dan kecekapan pemanduanya.

Selepas itu kami kembali ke hotel. Kami mengambil keputusan untuk jalan-jalan lagi sepanjang Kuta beach buat kali kedua dan shopping baju-baju made in Bali. Dekat sini aku tunjukan skill tawar menawar aku dekat isteri. Huhuhu.  Dapat la save 30-40 ringgit kat dua tiga helai baju. Kami berdua berjalan-jalan malam itu tanpa arah sampailah kami kepenatan dan pulang ke hotel semula. 

 

Sambungan: Percutian Ke Bali Part 3 

 
P/S: Best jugak mamat Indon tu nyanyi kat pantai Jimbaran. Abang memang peminat Dewa 19. Huhuhu
 
Jangan lupa like dan share. TQ
Travel   Bali