Logo
 

Intro Merantau

Di sini saya akan kongsikan pengalaman saya semasa bercuti, berbulan madu, belajar dan bekerja di dalam dan luar negara.  Diharapkan pembaca boleh enjoy dan share pengalaman mereka juga.

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Negeri Sembilan FA VS UiTM FC (Matchday 12 Liga Perdana 2016)
    May 20 , 2016

    Assalamualaikum....

    Dengan berbekalkan kemenangan tipis tempoh hari di stadium UiTM Shah Alam sudah pastinya Negeri Sembilan lebih yakin untuk beraksi di gelanggang sendiri. Tiga mata penuh sudah pasti menjadi sasaran skuad Negeri Sembilan untuk game terakhir sebelum pusingan kedua liga perdana 2016. Jika kita lihat di laman sosial, pemain-pemain Negeri Sembilan lebih ketara membuat statements untuk game hari ini jika dibandingkan sebelum ini. Saya rasakan perlawanan hari ini menjadi titik penting untuk menentukan dimana kedudukan Negeri Sembilan di akhir liga nanti.

  • Tips Berhenti Merokok
    Dec 09 , 2015

    Assalamualaikum

    Hari ini saya nak berkongsi tips berhenti merokok. Harga rokok sekarang semakin mahal dan kesan buruk merokok ini sudah lama diketahui. Alhamdulillah, saya dah berjaya berhenti merokok selama dua tahun. Saya berbangga dengan pencapaian saya setakat ini dan berharap dapat kekalkan tak nak pada merokok. Ada di antara rakan-rakan saya berhenti tanpa tips ataupun bantuan dari mana-mana pihak. Tapi mana tahu dengan membaca article saya ni anda dapat berhenti tabiat merokok. Percaya atau tidak dengan menulis entry ini, sebenarnya adalah salah satu usaha saya sendiri untuk  kekal tidak merokok. Pelik bukan? tak mengapa, saya akan huraikan selapas ini. 

Iklan

Percutian Ke Bali Part 3

Hari ketiga kami di Bali adalah hari free and easy, kami bercadang untuk berjalan-jalan di Bali sendiri tanpa bantuan daripada supir. Pagi tersebut seperti pagi sebelumnya, kami memulakan hari dengan bersarapan di restoran Itali di depan resort kami. Ketika sedang bersarapan, isteri mengajak aku ke shopping complex dan Tanah Lot. Kemudian, kami balik ke bilik untuk menukar baju dan berenang di swimming pool. Ini adalah aktiviti kami yang pertama untuk hari ketiga.

Swimming, Massage Dan Shopping

Swimming pool di Kuta View Resort pada pendapat aku adalah standard. Kami berenang dalam sejam ke sejam setengah. Selepas habis sahaja mandi di swimming pool, kami pergi ke bilik spa dan massage terletak dibelakang bilik kami. Dalam pakej honeymoon kami, terdapat juga pakej free body massage. Sedihnya, aku memang tidak suka diurut. Bilik yang disediakan juga selesa. Mereka memasang lagu tradisional Bali dan wangian-wangian dibakar sebagai penaik mood. Saya tidak tahu menilai urutan kerana seperti aku katakan tadi, aku tidak menyukainya tetapi isteri aku sangat gemarkanya dan memuji tukang urut tersebut. Kami memberi tip dan balik kebilik untuk bersiap untuk keluar berjalan-jalan shopping.

Pada mulanya kami berjalan di persisiran pantai sebab kami tidak sempat berjalan-jalan di pantai pada waktu siang sebelum ini. Pantai tidaklah begitu cantik dan ombaknya agak kuat (Sesuai untuk surfer barangkali). Saya boleh samakan ianya seperti Pulau Langkawi dan tidak secantik seperti Pulau Redang ataupun Pulau Perhentian. Tapi boleh la jika hendak mandi pada waktu petang. Berdekatan pantai kuta terdapat banyak shopping complex dan juga Hard Rock Cafe Bali.

Pantai Kuta (Pinjam gambar isteri kejap.huhuhu)

Kami pergi ke shopping dahulu. Banyak kedai-kedai agak branded disana. Saya cadangkan kurangkan berbelanja disini kerana harga barang agak mahal jika ini percutian bajet. Tapi ada juga barang-barang yang berbaloi untuk dibeli walaupun mahal kerana barang tersebut tidak terdapat di negara lain (Walaupun brand tersebut boleh dapat dimana-mana negara lain) terutama surfwear seperti Volcom, Quicksilver, Roxy dan sebagainya. Kemudian kami singgah ke Hard Rock Cafe Bali. Ianya seperti wajib disinggah apabila ke Bali. Kami beli beberapa helai baju dan tangkap beberapa gambar dan beredar dari situ.

Tanah Lot

Kemudian kami pulang ke resort. Pada awalnya kami bercadang untuk rehat-rehat sahaja pada hari tersebut tetapi terasa rugi waktu masih banyak lagi. Saya dan isteri bercadang untuk menghabiskan waktu kami di Tanah Lot. Tanah Lot adalah salah satu kuil yang terkenal di Bali. Saya menelifon Pak Nyoman untuk membawa kami kesana, malangnya ada kematian pula pada hari itu. Jadi Pak Nyoman memperkenalkan kami dengan orang lain. Dipendekan cerita beliau sampai agak lewat (Kami tak salahnya kan nya kerana kami tukar plan last minute) dan tanpa melengah kan masa terus membawa kami ke Tanah Lot. Upahnya pada hari itu hanya 30 ringgit (Masa ni aku suka dekat petukaran wang asing....Hahahah).

Perjalanan agak jauh, melalui kampung-kampung dan sawah padi. Sawah padi mereka gak kecil petaknya jika hendak dibandingkan disini dan sangat dekat dengan rumah masing-masing. Seolah-olah seperti ada kempen satu rumah satu petak padi pula disana. Setibanya kami disana, keadaan sudah mula gelap. Sebelum sampai ke kuil Tanah Lot, kami perlu melalui kedai-kedai kecil yang menjual barang barang cenderahati. Ada juga gerai-gerai makanan dan jika ingin mencari makananan halal boleh la mencari gerai masakan Padang. Masyarakat Padang berasal dari golongan Minangkabau(Seperti nenek moyang penulis), kami dimaklumkan mereka adalah pendatang di pulau Bali tersebut. Mereka datang membawa Islam bersama dan dari apa aku lihat orang asal Bali tidak berapa suka mereka. Kami sempat melihat sunset dan mengambil beberapa gambar. Mungkin berbalas balik dendam tak dapat tengok sunset di Jimbaran.Hahahaha.

 

Tanah Lot Waktu Sunset

Selesai sudah, kami sudah lapar. Dalam perjalan mencari makanan Padang aku terjumpa gerai jagung bakar. Saya singgah sekejap membeli jagung bakar. Tidak jauh bezanya rasanya seperti di Malaysia. Dari segi makanan aku rasakan tidak banyak beza Malaysia dan Indonesia kerana bangsa kita serumpun (Sampaikan hari ini Malaysia dan Indonesia bergaduh siapa yang mulakan masakan tertentu seperti Rendang dan Popia). Selepas itu kami gerak ke gerai Padang untuk makan malam dan gerai itu berdekatan dengan Tanah Lot. Dalam perjalanan balik aku ada berbual dengan supir kami tentang adat-adat di Bali. Seperti di India, penganut agama Hindu disini ada yang masih masih mengamalkan sistem kasta. Supir kami bercerita tentang bagaimana seorang lelaki ni bergaduh dengan family sebab cinta berlainan kasta (Macam Hindustan pula) dan ada upacara pertukaran kasta. Di Negeri Sembilan juga ada upacara menukar suku tetapi mungkin ini lebih daripada adat bukan keagamaan. Kebudayaan disini berunsurkan gabungan Hindu, Animisme dan rumpun Bangsa Melayu. Mungkin ianya tidak terdapat dimana-mana negara lain.

 

Gerai Jagung Bakar

Kemudian kami pulang ke resort. Pada waktu itu jam sudah menunjukan pukul 9.00 malam. Seacara tidak sengaja restoran Itali di resort kami ada live band. Saya order pizza dan lepak bersama isteri sambil dengar live band dan melihat gelagat orang lalu lalang di pantai Kuta.

Hari Terakhir

Pada keesokan harinya, kami memulakan pagi seperti biasa dengan bersarapan die restoran Itali didepan resort kami. Agak sedih kerana itu hari terakhir kami di Bali. Jadual penerbangan kami adalah pada pukul 3.30 PM. Jadi, kami mengambil keputusan untuk berjalan sekitar pantai Kuta lagi untuk kali terakhir. Tidak banyak aktiviti yang kami buat selain singgah dari kedai ke kedai yang lain. Selepas itu pihak hotel menghantar kami ke Airport. Setibanya di airport, kami menghabiskan masa berbual sambil berjalan-jalan dari kedai ke kedai di airport. Kami akhirnya tiba di tanah air pada lewat petang. 

 

Kesimpulan

Saya rasakan Bali memang sesuai untuk pasangan pengantin yang hendak bercuti honeymoon manakala untuk bercuti bersama keuarga mungkin kurang sesuai. Sejarah dan tradisi orang di Bali juga agak unik, dan aku dapat lihat dan bayangkan asal usul orang Melayu/Indonesia dahulu sebelum kedatangan Islam. Penduduk Bali dan Indonesia beruntung kerana mereka mempunyai keunikan kebudayaan pada Bali dan sebagai peminat sejarah ianya berbaloi untuk dilawati walaupun sekali. Saya agak kecewa dengan sebilangan penduduk tempatan disana apabila menipu dalam urusan jual beli, menjual secara paksa dan ada yang agak biadap (Saya bukan orang pertama cakap benda ni kalau tidak percaya boleh buka di Youtube orang Bali menipu tukaran wang asing). Saya tidak menyatakan ini mereka secara menyeluruh sedangkan Pak Nyoman, pihak hotel dan beberapa orang lain sangat ramah dan membantu. Mungkin kerana kesempitan wang dan lain-lain faktor mereka bersikap sebegitu.

Dari segi makanan dan minuman aku tidak beberapa minat kerana masakan mereka hampir sama saja dengan di Malaysia malah aku rasakan di Malaysia banyak yang lagi jauh sedap (Kecuali di Restoran Itali di depan resort kami). Kesimpulan yang aku dapat nyatakan, Bali tempat yang cantik dan unik. Tempatnya juga sesuai untuk honeymoon. Saya tidak bercadang untuk datang lagi kerana perjalanan agak mahal. Tidak berbaloi bagi aku Tapi jika ada duit lebih apa salahnya... Walaubagaimanapun, dating aku dengan isteri di Bali akan aku ingat smpai bila-bila.

P/S: Saya tertanya-tanya kenapa orang Aussie suka ke Bali. 

 

Tempat-tempat Cantik Dan Menarik:

Kaya Dengan Sejarah Dan Tradisi:

Peribadi Dan Etika Penduduk Tempatan:

Makanan Dan Minuman

Keseluruhan

 

Datang Lagi: 50-50

 

Jangan lupa like dan share. TQ