Logo
 

Intro Merantau

Di sini saya akan kongsikan pengalaman saya semasa bercuti, berbulan madu, belajar dan bekerja di dalam dan luar negara.  Diharapkan pembaca boleh enjoy dan share pengalaman mereka juga.

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Negeri Sembilan FA VS UiTM FC (Matchday 12 Liga Perdana 2016)
    May 20 , 2016

    Assalamualaikum....

    Dengan berbekalkan kemenangan tipis tempoh hari di stadium UiTM Shah Alam sudah pastinya Negeri Sembilan lebih yakin untuk beraksi di gelanggang sendiri. Tiga mata penuh sudah pasti menjadi sasaran skuad Negeri Sembilan untuk game terakhir sebelum pusingan kedua liga perdana 2016. Jika kita lihat di laman sosial, pemain-pemain Negeri Sembilan lebih ketara membuat statements untuk game hari ini jika dibandingkan sebelum ini. Saya rasakan perlawanan hari ini menjadi titik penting untuk menentukan dimana kedudukan Negeri Sembilan di akhir liga nanti.

  • Iran Bumi Bersejarah Part 1
    Apr 08 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada 2014, aku telah dihantar oleh syarikat untuk bertugas di Tehran, Iran. Aku mengambil kesempatan ini untuk menulis pengalaman yang best ketika bertugas di bumi purba ini. Aku berada disana selama sebulan setengah, dan banyak cerita-cerita menarik dan pengalaman yang hendak aku kongsikan. Sebagai peminat sejarah sudah tentunya peluang ini digunakan sebaiknya oleh aku, kerana susah kita mendengar orang pergi ke Iran untuk bercuti ataupun bertugas (Kecuali company oil and gas). 

Iklan

Iran Bumi Bersejarah Part 1

Assalamualaikum....

Pada 2014, aku telah dihantar oleh syarikat untuk bertugas di Tehran, Iran. Aku mengambil kesempatan ini untuk menulis pengalaman yang best ketika bertugas di bumi purba ini. Aku berada disana selama sebulan setengah, dan banyak cerita-cerita menarik dan pengalaman yang hendak aku kongsikan. Sebagai peminat sejarah sudah tentunya peluang ini digunakan sebaiknya oleh aku, kerana susah kita mendengar orang pergi ke Iran untuk bercuti ataupun bertugas (Kecuali company oil and gas). 

Pada waktu itu, aku pergi berempat, Mori (Warga Iran), Gopi (Macha yang paling hensem aku pernah kenal), Sheida (Awek warga Iran) dan tentunya diri aku sendiri. Perjalanan lebih kurang 8-9 jam, dari Kuala Lumpur ke Tehran. Kami bertolak pada waktu pagi, dan menaiki kapal terbang milik Iran Air. Pada sesiapa yang berminat nak mencuba menggunakan khidmat airlines yang exotic, anda boleh mencuba Iran Air. Makanan disediakan kurang menyerlah dan hanya movie dari Iran yang boleh ditayangkan. Tetapi setiap pelanggan akan diberikan cenderahati berupa barangan kulit dan aku dapat rasakan ianya bermutu tinggi.

Sejarah Iran

Iran terkenal dengan kekayaan sejarahnya dan menjadi antara tempat tamadun dunia dan Islam. Iran pada ketika ini menggunakan system pemerintahan yang agak berbeza sedikit dimana mereka diperintah oleh seorang presiden dan seorang 'Supreme Leader' iaitu ketua keagamaan. Presiden mereka boleh bertukar-tukar manakala ketua keagamaan mereka adalah hak mutlak. Mereka mempunyai raja pada waktu dahulu, tetapi telah dihalau sewaktu Islamic Revolution yang dipimpin oleh Ayatollah Kormeni. Iran mempunyai dua jenis polis, polis biasa (Polis trafik, polis biasa dan lain-lain) dikenali sebagai polis Naja. Polis Naja ini lebih kepada menjaga ketenteraman awam tapi perlu berperang jika dipanggil, seperti konsep askar Wataniah di Malaysia. Askar mereka pula dikenali sebagai Sepah.

Warna Merah, HIjau Dan Putih Memang Sinonim Dengan Iran, Logo Ditengah Bermaksud Tiada Tuhan Melainkan Allah

Iran telah menghalau pengaruh Amerika Syarikat dari tanah mereka dan memutuskan segala kerjasama dalam masa sama dengan sekutu-sekutu Amerika Syarikat. Sebagai balas dendam dan cuba memberi tekanan kepada program nuklear di Iran, Amerika Syarikat dan Eropah mengambil keputusan mengenakan trade embargo ke atas Iran. Mereka terpaksa bergantung kepada diri mereka sendiri dan banyak meniru dan mengeluarkan produk mereka sendiri. Jika kita lihat kebanyakan produk mereka pasti tertulis 'Made In Iran' pada setiap label.

Iran pernah berperang dengan Iraq selama 8 tahun bermula pada tahun 1980 hingga ke 1988. Kedua-dua pihak telah menuntut kemenangan dan peperangan ini mengakibatkan kematian setengah juta pada dua-dua pihak. Negara ini selalu mengingati peristiwa ini dan mengatakan pejuang-pejuang mereka sebagai syahid. Seperti negara ala-ala doktorin Komunis, mereka selalu menggunakan kemenangan mereka sebagai propaganda.

Setiba Di Iran

Setiba disana waktu ketika itu sudah pukul 4 petang. Kerajaan Iran melarang mengambil gambar dibeberapa tempat terutamanya airport dan markas ketenteraan. Jadi demi menghormati undang-undang mereka aku lebih berhati-hati untuk mengambil gambar. Selalunya mereka akan meletakan sign, larangan mengambil gambar. Passport kami di periksa terlebih dahulu dari database sebelum dilepas ke imgresen. Unit beruniform mereka memang tidak mesra seperti di United Kingdom ataupun beberapa negara eropah yang lain, ini kerana mereka mementingkan penjagaan rahsia negara. Negara yang sentiasa diambang peperangan seperti Iran, perlu lah pemeriksaan ketat untuk memastikan negara mereka selamat.Tetapi bila ketika berada di bandar lain pula ceritanya. Mereka lebih mesra dan sangat membantu.

Selepas sudah mengambil barang-barang, aku, Mori dan Gopi menunggu di luar airport untuk kenderaan kami. Ali pemandu teksi kami ditugaskan mengambil kami dari airport ke apartment dan dari apartment ke rumah sahaja. Cara pemanduan orang disini memang gila-gila tetapi cekap. Dulu aku ingat di Bali sahaja begini, rupanya di Iran lebih gila. Seperti ibu kota - ibu kota di negara yang lain, Tehran tidak dapat lari dengan traffic jam. Perjalanan dari airport Imam Khormeni ke apartment kami mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. 

Jika dibandingkan dengan Malaysia, jalan-jalan di Tehran lebih bersih dan baik cuma agak berdebu dan berpasir. Tehran dikelilingi oleh gunung ganang dan padang pasir. Ianya terletak di utara Iran dan di selatan lautan Caspian. Kawasan apartment kami berada di Arjantin Square (Argentina Square) terletak di utara Tehran.

Public Drinking Water Fountain Di  Arjantin Square

Ibu kota ini banyak menamakan square ataupun dataran mereka dengan nama-nama negara yang mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan mereka seperti Korea, Venezuela, Argentina dan Palestin. Terdapat juga masjid yang dibuat khas sebagai tanda support mereka kepada pejuang-pejuang Palestine di Palestine Square. Hubungan negara Iran dan Israel sangat tidak baik dan Iran selalu melatih askar-askar militia dari Palestin dan Lebenon untuk memberi tekanan kepada rejim Israel.

Kereta-kereta pula, mereka banyak menggunakan kereta buatan Perancis dan Malaysia terutamanya Peugeot dan Proton. Jiran di depan apartment kami mengunakan kereta Saga berwarna hitam sebagai pilihan kereta keluarga mereka. Disini ramai juga menggunakan motor sebagai kenderaan utama. Mereka mempunyai monorail bawah tanah juga yang menggabungkan tempat-tempatan strategik di Tehran.

Proton Gen 2 Menjadi Kereta Pilihan Warga Iran

Proton Gen 2 Menjadi Kereta Pilihan Warga Iran 

 

Di Apartment

Apartment kami ada 3 bilik satu ruang tamu dua bilik air dan satu dapur, macam rumah bujang lebih kurang. Condition rumah agak teruk pada waktu itu kerana ditinggalkan sekian lama. Tiada TV, internet rosak, sofa lama dan habuk disetiap penjuru rumah. Kami cuma dapat mengemas bilik masing-masing disebabkan waktu sudah agak lewat dan juga kepenatan.

Malam itu Mori memesan kami burger, burger disini sangat besar dalam satu hidangan dan mereka menghantarkan terus ke rumah. Sama seperti konsep Pizza Hut dan Domino Pizza di Malaysia.

Seperti di negara-negara arab islam yang lain, Iran sangat menitik beratkan kawalan dalam hiburan. Boleh dikatakan 100% wayang mereka hanya produk tempatan. Walaupun kualiti filem Iran agak kurang jika dibandingkan dengan Malaysia dan Hollywood, dari segi kesenian dan jalan cerita mereka banyak mendapat anugerah dan pernah memenangi filem terbaik Asia.

Jalan Dalam Tulisan Arab Dan Nombor Dalam Iran

Aku ada jumpa juga orang menjual CD filem-filem barat di tepi-tepi jalan tetapi ianya salah disisi undang-undang (Sama seperti CD cetak rompak di Malaysia). Apa yang menarik di Iran ialah kejujuran mereka ketika berniaga. Tidak semua, tetapi boleh dikatakan majoriti, rakyat Iran jujur dalam perniagaan. Mungkin kerana hukum hudud, mereka lebih jujur dalam perniagaan.

Sebagai contoh aku pernah membeli buah epal disana. Epal disana sangat fresh dan kita boleh lihat urat-urat di epal tersebut. Aku membayar dengan harga dalam RM 10 duit Malaysia pada masa itu. Tetapi kerana tidak tahu berbahasa Inggeris, mereka hanya mengambil saja duit dari dompet aku dah pulangkan baki dengan tepat tanpa menambah sesen pun. Aku yakin mereka jujur kerana aku memang tahu tulisan arab dan angka dalam farsi dan mereka telah melebalkan harga pada epal tersebut.

Kami memulakan pekerjaan kami kemudian harinya. Bank kami bekerja dikenali sebagai Ghavamin Bank, ianya bank untuk pasukan polis disana. Menara bank tersebut hanya 1-2 Kilometer dari apartment kami. Ada hari kami hanya berjalan kaki untuk balik ke rumah dan cuaca pun sudah mula sejuk ketika itu (Musim luruh ke musim sejuk) jadi kami selesa untuk berjalan. Bank Ghavamin ni dikira sebagai bank untuk sektor kerajaan seperti Bank BSN di Malaysia. Jadi organization culture mereka lebih kurang seperti organization culture di sektor-sektor kerajan negara lain. 

 

Sambungan: Iran Bumi Sejarah Part 2

 

P/S: First time rasa kacang pistachio yang belum proses. Rasa macam kelapa pulak. Hahahaha

 #iran

Jangan lupa like dan share. TQ