Logo
 

Intro Merantau

Di sini saya akan kongsikan pengalaman saya semasa bercuti, berbulan madu, belajar dan bekerja di dalam dan luar negara.  Diharapkan pembaca boleh enjoy dan share pengalaman mereka juga.

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Negeri Sembilan FA VS UiTM FC (Matchday 12 Liga Perdana 2016)
    May 20 , 2016

    Assalamualaikum....

    Dengan berbekalkan kemenangan tipis tempoh hari di stadium UiTM Shah Alam sudah pastinya Negeri Sembilan lebih yakin untuk beraksi di gelanggang sendiri. Tiga mata penuh sudah pasti menjadi sasaran skuad Negeri Sembilan untuk game terakhir sebelum pusingan kedua liga perdana 2016. Jika kita lihat di laman sosial, pemain-pemain Negeri Sembilan lebih ketara membuat statements untuk game hari ini jika dibandingkan sebelum ini. Saya rasakan perlawanan hari ini menjadi titik penting untuk menentukan dimana kedudukan Negeri Sembilan di akhir liga nanti.

  • Tips Berhenti Merokok
    Dec 09 , 2015

    Assalamualaikum

    Hari ini saya nak berkongsi tips berhenti merokok. Harga rokok sekarang semakin mahal dan kesan buruk merokok ini sudah lama diketahui. Alhamdulillah, saya dah berjaya berhenti merokok selama dua tahun. Saya berbangga dengan pencapaian saya setakat ini dan berharap dapat kekalkan tak nak pada merokok. Ada di antara rakan-rakan saya berhenti tanpa tips ataupun bantuan dari mana-mana pihak. Tapi mana tahu dengan membaca article saya ni anda dapat berhenti tabiat merokok. Percaya atau tidak dengan menulis entry ini, sebenarnya adalah salah satu usaha saya sendiri untuk  kekal tidak merokok. Pelik bukan? tak mengapa, saya akan huraikan selapas ini. 

Iklan

Iran Bumi Bersejarah Part 2

Waktu bekerja kami hampir sama seperti di Malaysia. Masuk pukul 9 AM balik pukul 6 PM. Ada masanya kami perlu stayback disebabkan waktu untuk apply scripts hanya boleh pada waktu end of day bagi bank (Selalunya dalam pukul 12 AM ke 12.30 AM). Di waktu pagi, aku selalu makan roti kosong yang dibekaskan dalam plastik dan biasanya aku akan cicah dengan mayones buatan tempatan. Makanan tengah hari disediakan oleh pihak bank. Bagi yang suka pada makanan-makanan arab seperti kebab, nasi basmati, tomato bakar dan yogurt masam, pastinya tidak menjadi masalah untuk menyesuaikan diri dengan masakan mereka. Tomato bakar dan yogurt masam menjadi makanan ruji mereka. Yogurt itu pula dijadikan minuman harian mereka seperti teh tarik di Malaysia.

Di rumah pula, aku selalu masak sendiri dengan menggunakan paste dibekalkan dari Malaysia dan kadang-kadang membeli ayam dan kambing yang di marinate di supermarket berdekatan rumah kami. Barang dapur disana agak murah jika dibandingkan dengan Malaysia, mungkin kerana banyak barangan hasil tempatan. Pihak kesihatan juga sentiasa berada disana membuat inspection untuk memastikan kualiti makanan berada ditahap terbaik. Semuanya barang-barang dan harga di tulis dalam bahasa dan nombor Farsi.

Pada hari Khamis atau Jumaat (Iran cuti weekend mereka pada hari Khamis dan Jumaat) pula, aku dan Gopi selalunya pergi makan di sebuah restoran berdekatan dengan kedutaan Jepun. Seperti ayam dan itik bercakap, kami kadang2 terpaksa menggunakan bahasa campur-campur disebabkan kekakangan bahasa. Kami selalu order kebab, salad, nasi basmati yang diletak butter di atasnya, tomato bakar dan air coke. Makan di restoran sini agak mahal, dalam RM30 ringgit sekali makan.

Selain makanan, Iran juga terkenal dengan teh mereka yang dipanggil Chai atau dikenali sebagai Persian tea. Mereka menghidangkan kepada aku hampir setiap pagi. Chai diminum tanpa gula, tetapi ada diantara mereka meletakan cube gula didalam mulut mereka dan meminum air teh tersebut bersama-sama gula didalam mulut mereka. Kadang- kadang mereka akan campurankan saffron di dalam teh mereka.

Saffron Iran adalah yang terbaik didunia. Untuk pengetahuan anda, saffron adalah rempah paling mahal diantara semua rempah, ini kerana kesukaran menuainya. Bayangkan satu bunga hanya mempunyai 3 helai urat dan penuai memerlukan 14,000 ribu helai untuk menghasilkan 1 ounce saffron. Harganya boleh mencecah $500 per ounce lebih kurang RM 2,000 duit Malaysia (Bergantung kepada kualiti).

Saffron

Sepanjang kami disana, kami sempat melihat beberapa perayaan di Iran. Seperti di Malaysia, Iran mempunyai banyak perayaan dan cuti tahunan dan kebanyakannya berunsurkan keagamaan. Seperti yang kita tahu, Iran mempunyai populasi penganut Syiah yang ramai. Dalam aliran Syiah, mereka percaya bahawa terdapat 12 imam selepas wafatnya Nabi Muhammad S.A.W dan paling utamanya adalah Saidina Ali R.A, sepupu dan juga menantu rasulullah. Aku pada waktu itu dapat menyaksikan beberapa perayaan disana seperti Eidil- Adha(Raya Korban), Eid al-Ghadder (Hari perlantikan Saidina Ali) dan sehari sebelum Hari Ashura.  

Hari Ashura

Hari Ashura disambut oleh kedua-dua aliran Islam di dunia, baik dari Sunnah Wal Jamaah dan juga dari Syiah. Berbezanya dari segi objektif sambutan, bagi Sunnah Wal Jammah, hari ini dikenali sebagai 10 Muharram dan disambut dengan puasa sunat. Bagi kaum yahudi pula, ianya dikenali sebagai hari Yom Kippor dan bagi Syiah sebagai hari mengingati peristiwa Karbala. Peristiwa Karbala adalah dimana Saidina Hussien Bin Ali R.A dibunuh di peperangan Karbala. Pada hari ini, biasanya mereka akan berarak di jalan-jalan dan membawa sepanduk. Dahulunya kita selalu mendengar pada hari tersebut, mereka akan memukul diri sendiri sebagai tanda protes dan rintihan, tetapi kali terakhir aku dengar ianya sudah dihentikan di Iran.

Sewaktu hari-hari akhir aku disana, pada masa yang sama juga  tarikh untuk hari Ashura juga semakin dekat. Aku berpeluang melihat persediaan menyambut hari Ashura ini. Bendera berwarna hitam, merah dan hijau banyak dikibarkan di pejabat-pejabat, masjid-masjid, shopping complex dan lain-lain. Kebanyakan papan-papan iklan banyak memasang iklan berkenaan hari Ashura bagi memeriahkan lagi sambutan hari Ashura. Terdapat juga movie berkaitan hari Ashura ditayangkan di kaca TV dan wayang-wayang.

Bendera Ya Hussien Dikibarkan di Bangunan-Bangunan

Di Iran hari Ashura adalah hari terpenting bagi mereka, oleh itu banyak mural-mural untuk mengaitkan kewafatan Saidina Hussein Bin Ali R.A dengan peristiwa perang Iran-Iraq. Pada malam sebelum hari Ashura, aku dapat melihat ramai pemuda-pemuda yang memakai baju hitam dan sepanduk-sepanduk serta bendera-bendera penuh disepanjang jalan bagi persediaan hari esoknya. Malangnya aku tidak dapat menyaksikan perayaan dan perarakan pada keesokan harinya kerana pada malam tersebut aku sudah pulang ke Kuala Lumpur.

Dalam masa yang sama, rakyat mereka digalakan menderma kepada golongan-golongan fakir miskin dan orang yang kurang bernasib baik. Mereka membuat kutipan derma di pejabat-pejabat serta pusat membeli belah. Di tempat-tempat awam terdapat tabung berwarna biru kuning yang di sediakan untuk memudahkan menderma dan juga bagi menggalakan rakyat mereka menderma.

Donation Box Diletakan Hampir di Setiap Jalan di Tehran

 

The Grand Bazaar

Walaupun Iran banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati, tetapi bagi aku Bazaar mereka adalah tempat yang paling cool untuk dikunjungi. Bazaar telah diguna pakai sejak zaman awal peradaban di Iran (Sebelum kedatangan Islam lagi) dan menjadi tempat untuk menjual barang-barang seperti rempah, karpet, buah-buahan dan juga menjadi tempat untuk menyewa perkhidmatan. Harga barang-barang di bazaar ini berbeza-beza. Ada yang mahal ada yang murah dan juga kita boleh tawar menawar. Aku berjaya mendapat beberapa barang dengan harga yang murah hasil tawar menawar.

Bazaar di Dataran Firdausi

Dua nama rakyat Malaysia di Iran yang selalu orang tanya bila mereka tahu aku dan Gopi dari Malaysia. Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Orang Iran mengagumi mereka berdua.

Sepanjang bazaar ini juga terdapat barang barang seperti pisau arab, perisai, karpet, batu-batu permata dan lain-lain lagi. Dua barang yang menarik minat aku adalah kotak menyimpan barang kemas atau batu permata dan batu turqoise ataupun dalam bahasa melayu batu pirus. Iran memang terkenal dengan batu turqoise ini. Mereka banyak menggunakan untuk perhiasan dibanyak bangunan-bangunan seperti kolam air, masjid-masjid dan istana. Aku juga tertarik dengan seni pembuatan karpet dan ukiran disana. Ianya banyak melambangkan gabungan seni Islam dan Zoroastrian. Kalau bukan disebabkan kekangan wang, aku sudah pasti membeli satu sebagai cenderahati kenang-kenangan.

Kotak Menyimpan Barang Kemas

Terdapat satu kedai mengumpul barang-barang dari perang dunia kedua. Aku tidak pasti kesahihan barang-barang di kedai tersebut. Terdapat beberapa barang askar Nazi Jerman di sana seperti pangkat, topi dan sebagainya. Walaupun aku tidak menyokong gerakan fascism, tetapi bagi aku kedai tersebut sangat menarik dan jarang kita lihat di Malaysia.

Disini juga terdapat kedai yang dimiliki oleh orang Iran berbangsa Yahudi. Walaupun Iran antara negara yang memusuhi Israel tetapi mereka tidak memusuhi orang Yahudi yang mendiami di Iran sejak sekian lama. Orang Yahudi terkenal dengan kepandaian mereka berniaga dan tidak dinafikan mereka juga bijak tawar-menawar. Kedai-kedai mereka juga agak menarik seperti kedai-kedai di kawasan baazar tersebut.

Vanak Square

Jika ingin melihat kawasan di Tehran yang agak berbeza dengan budaya farsi mereka, anda boleh pergi ke Vanak Square. Vanak square terletak diutara Tehran. Disini juga terdapat kedai Marshad Leather, salah satu jenama barangan kulit terkenal di Iran. Aku ada membeli beberapa barang kulit disana yang aku klasifikasikan sangat bermutu dan kebanyakan barangan kulit disana di perbuat dari kulit unta. Disini juga terdapat kedai-kedai yang berunsurkan barat seperti Adidas dan beberapa coffee shop. 

Vanak Square

Aku dan Gopi selain pernah berjalan secara solo, kami juga ada keluar bersama-sama untuk explore sekitar kawasan Vanak ini. Ketika berjalan-jalan disana, kami terjumpa beberapa budak meminta sedekah. Sepanjang kami disana, tidak pernah sekali pun kami jumpa peminta sedekah dan ini adalah kali pertama dan terakhir. Mori memberi tahu aku, budak-budak tersebut adalah dari bangsa Armenia, golongan minoriti yang tinggal di Tehran. Kami pernah terjumpa satu kedai yang menjual cokelat dan gula-gula. Yang menariknya di Iran ini, jika kedai itu menjual kasut kulit, sepanjang jalan tersebut akan menjual kasut kulit juga. Cokelat - cokelat buatan Iran juga sangat sedap dan bermacam-macam jenis. Aku membeli 3KG cokelat disana untuk dibawa ke Malaysia.

Disini juga terdapat kedai kebab, betul-betul di depan dataran Vanak.  Aku cadangkan anda cuba rasa kebab yag dijual disana jika berkesempatan. Mori mengatakan disini terdapat tempat parkour bagi remaja-remaja disana, malangnya aku tak jumpa tempatnya ketika berada disana. Pada kali ketiga kami kesana, kami terjumpa  dua remaja bermain muzik yang secara sembunyi-sembunyi. Aku ada mengambil gambar tapi tidak akan memuatkan disini. Tidak salah aku, jika bermain musik berunsurkan barat boleh dipenjarakan disana.

Kesimpulan

Kehidupan aku selama sebulan setengah di Iran sudah tentunya menjadi pengalaman berharga untuk aku dan dikongsikan bersama. Iran bukanya destinasi pelancongan popular dan apabila berpeluang berada disana suda tentu aku menggunakan sebaiknya. Jika anda mencari tempat untuk hiburan dan chill, aku tidak cadangkan Iran sebagai destinasi. Ianya lebih kepada orang yg bercita rasa eksotik dan mencintai sejarah. Walaubagaimanapun, Iran mempunyai tempat-tempat yang menarik dan mereka masih mengekalkan tradisi masyarakat timur tengah.

Layanan masyarakat di sana sangat mesra, baik di pejabat mahupun di luar. Dari pengalaman aku yang terhad, aku rasakan masyarakat Iran adalah paling mesra pernah aku jumpa setakat ini. Mencari makanan disana pun mudah, kerana halal dan pada sesiapa yang menyukai makanan Arab seperti kebab dan Nasi Beriani, Iran adalah antara destinasinya. Jika berpeluang, aku pastinya akan kesini lagi untuk merasai kebab-kebab dan melawati bazaar mereka lagi.

 

Tempat-tempat Cantik Dan Menarik:

Kaya Dengan Sejarah Dan Tradisi:
Peribadi Dan Etika Penduduk Tempatan:

Makanan Dan Minuman:

Keseluruhan:

 

Datang Lagi: Sudah Pasti

 

Jangan lupa like dan share. TQ