Logo
 

Intro Merantau

Di sini saya akan kongsikan pengalaman saya semasa bercuti, berbulan madu, belajar dan bekerja di dalam dan luar negara.  Diharapkan pembaca boleh enjoy dan share pengalaman mereka juga.

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Negeri Sembilan FA VS UiTM FC (Matchday 12 Liga Perdana 2016)
    May 20 , 2016

    Assalamualaikum....

    Dengan berbekalkan kemenangan tipis tempoh hari di stadium UiTM Shah Alam sudah pastinya Negeri Sembilan lebih yakin untuk beraksi di gelanggang sendiri. Tiga mata penuh sudah pasti menjadi sasaran skuad Negeri Sembilan untuk game terakhir sebelum pusingan kedua liga perdana 2016. Jika kita lihat di laman sosial, pemain-pemain Negeri Sembilan lebih ketara membuat statements untuk game hari ini jika dibandingkan sebelum ini. Saya rasakan perlawanan hari ini menjadi titik penting untuk menentukan dimana kedudukan Negeri Sembilan di akhir liga nanti.

  • Tips Berhenti Merokok
    Dec 09 , 2015

    Assalamualaikum

    Hari ini saya nak berkongsi tips berhenti merokok. Harga rokok sekarang semakin mahal dan kesan buruk merokok ini sudah lama diketahui. Alhamdulillah, saya dah berjaya berhenti merokok selama dua tahun. Saya berbangga dengan pencapaian saya setakat ini dan berharap dapat kekalkan tak nak pada merokok. Ada di antara rakan-rakan saya berhenti tanpa tips ataupun bantuan dari mana-mana pihak. Tapi mana tahu dengan membaca article saya ni anda dapat berhenti tabiat merokok. Percaya atau tidak dengan menulis entry ini, sebenarnya adalah salah satu usaha saya sendiri untuk  kekal tidak merokok. Pelik bukan? tak mengapa, saya akan huraikan selapas ini. 

Iklan

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 1

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 1

Assalamualaikum....

Pernahkah korang ada cita-cita masa kecil-kecil dulu nak rasa macam mana perasaan duduk ditempat orang? Tak kesah la berapa jauh tempat tu, 100 kilometer ke 1,000 kilometer ke janji tempat tu berbeza daripada tempat yang korang duduk sekarang ni. Merasa makanan orang, bertutur bahasa lain dan berbeza budaya. Lebih-lebih macam aku ni, tak pernah berjauhan dengan mak . Paling jauh pun KL, itu pun tiap-tiap minggu aku balik. Dalam hati ni memang ada perasaan nak pergi tinggal jauh sikit dari Seremban - Kuala Pilah ni. Masa kecil-kecil dulu, aku ada jugalah cita - cita nak pergi UK ni.

 

Semuanya Bermula Dengan Angan-Angan

Yelah sejak kecil aku ni memang minat banyak benda berkaitan sejarah dan culture negara sana, macam sejarah perang dunia kedua, The Beatles, Liverpool FC, dan termasuklah band-band yang famous kat sana seperti Sex Pistol, Radiohead, Muse dan The Clash. Masa tu aku berangan jelah nak gi sana tetapi berkat doa dan berangan aku tadi, pada 2012 aku diberi peluang untuk sambung Master dekat sana dan ditaja oleh MARA.

Oh sebelum tu, aku nak kenal kan diri aku dulu. Nama aku Izzul dan selalunya dipanggil Aboo. Aboo ni nama gelaran aku dapat masa zaman sekolah rendah dulu. Melekat la sampai ke hari ini. Aku ni masa zaman sekolah tak ada la pandai. Mungkin waktu peak aku pun masa sekolah rendah sebab dapat jadi pelajar PTS. Masa zaman sekolah dekat SMK King George V dulu, aku asyik heboh dengan main musik dengan ragbi jer hari-hari. Cikgu-cikgu sana memang kenal la dengan perangai aku ni nakal dan banyak buat masalah. Hahaha.

Masa aku kat UniKL pula, aku banyak menghabiskan masa dengan belajar dan training programming skill. Yelah, masa diploma main-main belajar, bila masa degree dah kelam kabut nak catch up ilmu-ilmu programming ni. Secara jujurnya aku memang tak pernah ada sekelumit minat pun dalam bidang IT ni. Main game aku minat lah. Tapi ni jer jalan yang paling sesuai aku ada pada waktu aku abis SPM. Zaman belajar masa degree ni aku duduk dengan sepupu aku Abdul Rahman. Dia bekerja sebagai pemain bola, jadi selalulah tak ada rumah dan dia bagi aku duduk free jer pun. Jadi aku kuranglah terlibat dengan aktiviti sosial dan banyak habiskan masa dengan belajar dan brush up kan skill programming aku. Selepas dia dah kawin, aku duduk dengan parent aku balik dekat Seremban. Perjalanan aku hari-hari ambil masa lebih kurang 4 jam pergi balik kalau traffic cantik. Aku banyak menggunakan public transportation sebab murah, cepat dan aku boleh buat aktiviti lain di atas bas.

Selepas 3 tahun, aku berjaya menghabiskan degree aku dengan jayanya. Aku ada beberapa offer yang bagus daripada beberapa company seperti MSTB(Malaysian Software Testing Board), InfoSys Programme dan juga offer untuk jadi assistant lecturer dekat UniKL. Tapi dalam banyak-banyak offer ni, yang paling menarik sekali datang daripada MARA. Pada waktu tu, MARA ada lebihan duit untuk pelajar-pelajar ke luar negara, jadi diaorang cadang untuk bagi dekat budak-budak MARA sendiri pulak pergi. Nak jadikan cerita, aku pun dalam list budak-budak yang ada peluang pergi ke sana. Aku pun cuba nasib jelah dengan benda ni. Bukan lama pun setahun jer kalau dapat.

 

Process Memilih Tempat

Masa MARA suruh pilih tempat untuk sambung master aku, dalam kepala otak aku ada dua tempat jer. University of Liverpool, sebab aku minat Liverpool FC dan University of Lanchester sebab dekat situ universiti salah seorang otai sofware engineering Sir Ian Somerville (Masa tu aku tak tau sebenarnya  dia pernah mengajar dekat Heriott Watt jugak) dan disebabkan tempat-tempat yang menarik disitu. Memang korang betul dalam kepala otak aku ni pikir nak berjalan bukan nak belajar.Tapi last-last tiga tempat ni jugak yang aku isi. Sheffield, Birmingham dan Heriot Watt. Bangang. Dalam tiga senarai universiti ni, dua daripadanya aku dapat offer letter. Birmingham dan Heriot Watt. Birmingham ni nampak macam best untuk belajar sebab dia terletak dekat tengah-tengah UK dan bandar kedua terbesar di England selepas London. Heriot Watt ni memang aku tak research pun, sebab aku apply pun sebab sorang lagi budak UniKL MIIT ajak aku pergi situ. Last-last dia pun tak pergi. Wakaka.

Birmingham ni aku tolak sebab aku dengar dari representative dia budak Malaysia IT ada aku seorang jer dan budak Malaysia course lain pun berapa kerat jer. Memang aku cuak ah. Masa tu last option aku ada tinggal Heriot Watt jer. Aku ada apply Brunel University dekat London sebab ada kursus SAP dekat situ plus senior aku abang Ron dan kawan aku lagi seorang Burn pun ada dekat situ. Masalahnya masa tu ada London Olympics, jadi banyak universiti kat London dipakai dan dorang malas nak layan orang apply last-last minit ni.

Akibat dari kelam kabut ni, tinggal la Heriot Watt sebagai last option. Aku dalam hati masa tu tak berharap sangat pun sebab MARA pun belum bagi kata putus. Apply jelah kalau dah dapat baru pikir macam mana. Heriot Watt University terletak dekat ibu negeri Scotland, Edinburgh. Satu benda yang aku excited pasal Heriot Watt ni, disebabkan dekat dengan City of Edinburgh yang kaya dengan sejarah dan diorang punya IT pun not bad jugak. Aku buat jelah ikut flow isi borang, apply visa kat bangunan MCA dan amik exam English. Dah la cukup-cukup makan jer result abang time tu. Hahaha. Tahu-tahu dah tinggal beberapa minggu jer untuk tarikh nak fly

Beberapa minggu sebelum nak bertolak tu, nampak macam dah ada hint benda ni nak confirm jadi. So abang pun dengan tak malunya berbincang dengan mak ayah untuk pergi merisik gadis yang abang minat sejak zaman sekolah dulu. Selepas diorang bersetuju, aku pun bincang dengan minah tersebut dan beliau pun bersetuju. Kami dah kawan lama dah time tu. Tanpa segan silu dan confident ala-ala Ibrahimovic juga abang pun pergi jumpa mak ayah minah ni mintak izin elok-elok nak ambik nak orang.  By the way, minah tu bini aku sekarang dan nama dia Nadia.

Selepas majlis semua selesai, aku pun memulakan shopping barang-barang. Kemasukan masa itu pada bulan September. Masa ni musim tengah bertukar dari musim panas ke musim luruh. Jadi silap besar la kalau beli baju ala-ala eskimo ni. Hasil daripada interview aku dekat kawan-kawan yang dah belajar kat sana, jangan beli baju dekat Malaysia dulu melainkan kita nak pergi bercuti jer. Sebab apa? Sebab baju sejuk dekat Malaysia berganda mahal dan kualiti tak bagus.

 

Sambungan: Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 2

 

P/S: Pilih universiti pun tak confident tah camne bila belajar plak. Hmmmmm.

 

Jangan lupa like dan share.TQ