Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 2

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 2

Jadi kalau hendak disenaraikan barang-barang yang aku bawa banyak juga. Aku bawa tiga beg masa tu. Satu beg luggage besar, yang kebanyakannya aku letak baju-baju harian, baju melayu, paste masakan, barang-barang belajar, buku-buku dan periuk nasi mini. Pada waktu itu aku ada dengar-dengar dari kawan-kawan yang barang elektronik mahal dan periuk nasi pun susah nak dapat di sana. Bagi lelaki yang pure Asia macam aku ni, mesti makan nasi sehari sekali baru lah cukup syarat. Di dalam beg ini juga terdapat dokumen-dokumen penting termasuklah surat tawaran universiti, surat daripada Mara, dan lain-lain. 

Satu lagi beg yang aku bawa beg laptop yang juga aku letak barang-barang yang senang nak capai seperti dokumen perjalanan, buku, baju spare , sweater dan semestinya laptop itu sendiri. Tapi aku cuba avoid kan barang-barang yang dibuat daripada besi, supaya tak terkial-kial masa nak scan sebelum boarding. Yelah, dah lah tali pinggang besi, dengan laptop dan wayar lagi. Penat aku nak keluarkan satu-satu dan tidak lupa botol air semua tak boleh bawa naik pesawat. Beg yang terakhir ni aku kendong dan banyak aku letak barang-barang yang tak muat kat luggage seperti kasut jogging, baju-baju extra, stokin dan sebagainya.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu hari juga dari Kuala Lumpur ke Amsterdam dan akhirnya ke Edinburgh. Disebabkan sudah lambat pada waktu itu, MARA terpaksa beli tiket KLM (Selalunya Mara akan belikan MAS) dan terpaksa turun dekat airport Schipol. Secara jujurnya, aku tak pernah naik kapal terbang sebegini lama dan aku masa tu tak terfikir pun pasal benda ni. Last aku naik kapal terbang masa umur aku 6-7 tahun. Aku memang tak tau macam mana nak buat. Tapi ayah aku dah biasa naik kapal terbang (Tiap-tiap dua minggu), jadi dia lah guide aku dari A to Z. Aku banyak habiskan masa kat atas sana dengan tengok movie, tidur dan sambung tengok movie balik. Menyesal aku simpan buku dalam beg luggage.

Masa pergi tu aku ditemani dua orang pelajar UniKL lain yang sama-sama belajar dekat Heriot Watt. Haziq budak Port Dickson dan seorang lagi Faris budak Kelantan. Dua-dua mamat ni bukan calang-calang punya budak. Haziq selain power dalam pelajaran, dia juga berbakat dalam seni fotography. Gambar-gambar dia tangkap kalau dia cakap Saiful Nang yang ambil pun aku percaya bulat-bulat. Faris ni pula selain pandai belajar, dia juga power main bola. Ada gaya Luis Suarez bila dia gelecek bola. Dorang berdua ni lah yang menjadi kawan rumah aku nanti.

Disebabkan kitorang dah lambat, semua hostel untuk pelajar-pelajar dah penuh. Kami terpaksa lah try contact budak-budak sana untuk tumpang rumah diorang sekejap melalui Facebook. Masa tu kitorang berpisah kejap, Haziq tinggal dekat rumah Fadhli dan aku dengan Faris tumpang rumah budak-budak degree course Actuarial Science (Masa tu aku ingat kursus Seni Bina apa tah).Dorang without no doubt adalah penyelamat aku masa kat sana.

Masa di KLIA, aku ditemani dengan family, cik tunang dan kawan-kawan Real Spendster FC aku (Team bola bekas pelajar SMK King George V). Semua mengucapkan good luck dan mendoakan kejayaan aku. Masa tu perasaan aku sedih bercampur keliru disebabkan terpaksa meninggalkan keluarga dan tidak dapat melepak dengan rakan-rakan karib lagi seperti biasa. 

Time atas kapal terbang, sepatutnya orang akan excited sebab nak belajar dekat negara orang. Berbeza pula dengan aku, aku lebih kepada cuak dan risau tak boleh blend in dengan suasana dan culture di sana. Yelah, macam aku cakap sebelum ni, walaupun dah besar, aku ni jarang berjauhan dengan keluarga dan kawan-kawan.

Dalam kapal terbang sambil-sambil selak majalah yang disediakan, aku teringat tentang bagaimana airport Schipol ni dulu pernah dibom seperti diceritakan dalam diari Anne Frank. Dulu hanya tahu airport ni dalam buku saja. Sekarang aku sendiri dapat pergi ke sana.

Sampai sahaja di Schipol, aku terus cari smoking area. Ini first time aku tak merokok lebih 20 jam sejak aku menjadi perokok sepenuh masa. Memang mengagau la aku masa tu mencari port nak hisap rokok. Masa tu aku kurang perasan dengan surrounding aku disebabkan kepala aku memikirkan fasal nak merokok sambil aku berjalan-jalan follow penanda arah smoking area. Lepas tu baru aku perasan ini lah kali pertama aku tengok orang disekeliling aku bukan dari golongan bangsa aku.

 Airport Schipol Sebelum Bertolak Ke Edinburgh

 

Sampai je kat tempat smoking area tu, aku terus masuk ke dalam bilik tersebut. Jalan nak masuk tu kena melalui bar dan di hujung bar tu ada bilik untuk merokok. So aku pun selamba jelah hisap rokok dalam tu. Masa tu ada dua orang local people dari bahasa diorang aku percaya diorang ni orang Belanda. Dua-dua ni jeling sama sendiri dan tergelak sambil tengok aku merokok. Aku rasa sebab aku ni size kecil dan dengan pikul beg besar-besar nampak macam budak underage hisap rokok. Aku buat tak tahu jelah dan beredar selepas hisap dua batang rokok. Flight kami dari Schipol  ke Edinburgh bertolak pada pukul 8.00 AM waktu Amsterdam. 

Masa keluar jer dari bas untuk naik plane, first time aku rasa angin sejuk musim luruh kat muka aku. Jadi sekarang ni cita-cita aku bakal dipenuhi. Tiada lagi peluang untuk berpatah balik dan aku mengharapkan semua hasil kerja aku yang membawa aku ke sini bukan hanya nasib semata-mata. Aku pandang kanan aku, aku nampak Faris yang tengah makan roti yang diberi untuk sarapan pagi dan kiri aku Haziq yang sedang pandang awan-awan diluar, aku percaya diorang pun sedang memikirkan benda yang sama. Haziq menegur aku dan mengejutkan aku dari mengelamun, "Zul, pinjam henset ko kejap sebab henset aku mati". Dengan dua kali tap di phone aku, Haziq dah menunjukkan bakat dia mengambil gambar yang aku simpan sebagai kenangan aku hidup di bumi Scotland ini.

 

Sambungan: Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 3

 

 P/S: Masa ni baru lepas musim bunga...Ada la saki baki bunga tulip kat tepi-tepi airport tu.

 

Travel   Edinburgh   United Kingdom