Logo
 

Intro Merantau

Di sini saya akan kongsikan pengalaman saya semasa bercuti, berbulan madu, belajar dan bekerja di dalam dan luar negara.  Diharapkan pembaca boleh enjoy dan share pengalaman mereka juga.

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Negeri Sembilan FA VS UiTM FC (Matchday 12 Liga Perdana 2016)
    May 20 , 2016

    Assalamualaikum....

    Dengan berbekalkan kemenangan tipis tempoh hari di stadium UiTM Shah Alam sudah pastinya Negeri Sembilan lebih yakin untuk beraksi di gelanggang sendiri. Tiga mata penuh sudah pasti menjadi sasaran skuad Negeri Sembilan untuk game terakhir sebelum pusingan kedua liga perdana 2016. Jika kita lihat di laman sosial, pemain-pemain Negeri Sembilan lebih ketara membuat statements untuk game hari ini jika dibandingkan sebelum ini. Saya rasakan perlawanan hari ini menjadi titik penting untuk menentukan dimana kedudukan Negeri Sembilan di akhir liga nanti.

  • Tips Berhenti Merokok
    Dec 09 , 2015

    Assalamualaikum

    Hari ini saya nak berkongsi tips berhenti merokok. Harga rokok sekarang semakin mahal dan kesan buruk merokok ini sudah lama diketahui. Alhamdulillah, saya dah berjaya berhenti merokok selama dua tahun. Saya berbangga dengan pencapaian saya setakat ini dan berharap dapat kekalkan tak nak pada merokok. Ada di antara rakan-rakan saya berhenti tanpa tips ataupun bantuan dari mana-mana pihak. Tapi mana tahu dengan membaca article saya ni anda dapat berhenti tabiat merokok. Percaya atau tidak dengan menulis entry ini, sebenarnya adalah salah satu usaha saya sendiri untuk  kekal tidak merokok. Pelik bukan? tak mengapa, saya akan huraikan selapas ini. 

Iklan

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 3

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 3

Dalam pukul 10 pagi macam tu, kapal terbang kami akhirnya mencecah ke bumi Scotland ini. Orang sana panggil Scotland ni the land of the brave, Scotland the brave. Sampai sahaja kami di airport, kami terpaksa beratur nak lepas imigresen. Kalau bukan warganegara eropah yang menyertai kesatuan eropah (Sebelum Brexit), line mereka lebih pendek dan cepat berbeza pula pada negara non-eu ni, line dia agak panjang dan lambat. Airport Edinburgh tidak besar mana bagi aku, mungkin lagi kecil daripada KLIA2. Terdapat satu monument kapal terbang pejuang Spitfire di depan airport Edinburgh demi memperingati pejuang-pejuang skuadron 603 Spitfire dalam perang-perang terdahulu seperti Battle of Britain. Pada waktu itu aku tak tahu minat Faris dan Haziq, so, aku berangan sendiri je tengok monument tersebut.

 

Menjejak Kaki Di Bumi Edinburgh

Selepas selesai urusan kami di imigresen, kami terus pergi ke bahagian luggage collection, dan menunggu di kerusi yang tersedia dekat kawasan dalam airport tersebut. Pada waktu itu, kami menuggu rakan-rakan yang kami hanya kenal di Facebook beberapa hari sebelum bertolak ke Edinburgh. Mereka dah janji untuk datang menjemput kami pada hari tersebut. Kawan-kawan kami dari universiti yang berbeza terpaksa  menaiki van untuk ke universiti mereka. Kami hanya perlu menaiki teksi ataupun bas sahaja ke rumah sewa. Selang beberapa minit, dua kelibat budak muda datang menegur kami dengan memberi salam. Di depan sekali, budak muda, ketinggian sederhana, Hizbul nama dia, ketua rumah untuk rumah sementara yang bakal kami duduk. Belakang dia pula seorang budak bersaiz kecil, dari muka dan susuk badan, aku boleh tahu budak ni muda lagi dan budak ni dikenali sebagai Din. Hizbul yang lebih banyak bercakap daripada Din, mengucapkan selamat datang dan bertanyakan tentang penerbangan kami. 

Kemudian Hisbul bertanya dekat kami, "Nak naik bas ke, nak naik teksi?". Walaupun aku dah agak soalan ini akan keluar, tapi aku tak berani nak jawab. Haziq yang paling berani antara kami bertiga menjawab "Mana-mana pun boleh". Hisbul kemudian mencadangkan kami menggunakan bas sahaja kerana laluan bas tersebut ada melalui rumah yang bakal kami duduk dan lebih ekonomik, kecuali nak sewa dua teksi sekaligus. Masalahnya pada waktu itu, kami hanya tukar wang kertas sahaja dari money changer di Malaysia (Yelah, pelik pulak kalau orang tukar duit syilling banyak-banyak dekat money changer) Dorang pun suruh kitorang pergi beli air mineral untuk pecahkan duit. Sebelum ini aku pernah terbaca pentingnya ada bekas kecil untuk bawa duit-duit syilling.

Di Malaysia, nilai syilling tidak sebesar nilai syilling di sana. Banyak barang-barang di sana berharga kurang dari satu pound dan duit satu and dua pound mereka berbentuk syilling. Malah duit satu sen pun sangat berguna. Tambang bas di sini dibayar mengikut sekali naik. Tiap-tiap bas ada route mereka yang tersendiri dan sekali hala dikenakan bayaran sebanyak 1.50 pound, manakala terdapat juga daily ticket yang berharga 2.50 pound yang boleh dipakai selama sehari dan boleh dipakai di mana-mana bas yang berbeza route. Macam untuk aku dan budak-budak ni, kitorang daftar Student Ridacard untuk dapat harga yang lebih rendah.

Ketika di dalam bas, Hisbul banyak memberikan penerangan tentang suasana universiti Heriot Watt dan sebagainya. Sebagai student acturial science, Hisbul banyak menerangkan tentang financial management secara mendalam dahulu berbanding benda lain. Dia banyak bercerita tentang bank-bank yang terdapat di sana dan tentang kekurangan dan kelebihan tiap-tiap bank yang ada. Hisbul mencadangkan ini perkara yang pertama kami perlu buat selepas selesai pendaftaran di universiti. Sambil mendengar penerangan dari Hisbul pagi tu, aku memandang ke luar tingkap sambil melihat suasana di negara orang. Totally different! sebagai budak kampung yang tak pernah keluar dari semenanjung Malaysia (Pada waktu ini, Penang pun aku tak pernah sampai). 

Perjalanan mengambil masa dalam 30 minit, melalui kawasan business center, kilang-kilang dan country club. Bas di sini hanya akan berhenti di bus stop sahaja, dan mengingatkan aku ketika zaman sekolah di KGV dulu. Selepas selesai latihan ragbi di sekolah, aku dan kawan baik aku Karami akan sama-sama naik bas ke rumah masing-masing. Bas di Seremban tidak perlu 'bus stop' untuk berhenti dan hanya perlu mencuba nasib menekan di setiap loceng di dalam bas tersebut sampai berbunyi untuk turun. Setiba di bus stop berdepanan dengan Scotmid (Scotmid ni umpama kedai aneka 99Speedmart  di Malaysia), kami turun dan berjalan kaki ke rumah sewa sambil mengheret luggage bag masing-masing.

Din dan Hisbul juga membantu menggalas beg-beg kami. Kawasan kejiranan tersebut agak bersih, cuaca pada masa itu tidak begitu sejuk dan tidak begitu panas. Deretan rumah dua tingkat ala-ala cottage berbaris sepanjang jalan. Jalan ke rumah kami agak cerun menuruni bukit dan kami difahamkan kejiranan tersebut terdapat beberapa pelajar dari universiti Heriot Watt yang menyewa disana.

Selang 5 minit kemudian, kami tiba di depan rumah kami. Rumah legend, 503 Broomhouse Cresent, rumah batu dua tingkat bercirikan ringkas, berpagarkan kayu dan terdapat dua tingkap besar diantara pintu kayu tersebut. Dibahagian kanan rumah terdapat pokok pagar, dan kelihatan banyak lebah berterbangan untuk menghisap bunga barangkali. Typical keadaan rumah sewa dan terdapat sebuah pokok di seberang jalan yang daunnya semakin kekuningan menandakan pertukaran musim sedang bermula. Seorang lagi budak muda membuka pintu, dan memberi salam kepada kami. Budak Selangor, power mengaji dan bab-bab hadis ni. Budak rumah panggil dia Fizi je, nama penuh dia aku pun tak ingat dah mungkin Muhammad Hafizi kut. 

Kami diberikan password wifi rumah sambil di hidangkan dengan biskut dan teh. Cara nak contact keluarga di Malaysia tidak sesusah orang zaman dulu. Masa zaman ayah aku belajar di Australia, dia terpaksa mengirim surat ataupun poskad ke kampung, yang akan mengambil masa yang lama untuk sampai dan akhirnya dibaca dan dibalas. Masa tu aku contact parent aku dengan tunang aku mengunakan aplikasi Viber dan email je. Selepas itu, kami duduk ramai-ramai dibilik Hisbul sambil makan biskut menunggu kawan rumah Haziq.

 

Sambungan: Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 4

 

P/S: Ok...Aku masa borak2 dengan dorang baru aku tau  kat sini, 1 bilik boleh satu orang je duduk kecuali couple or domestic partner...