Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 4

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 4

Selang beberapa minit lepas kami menjamu pagi tu, terdengar bunyi pagar rumah dibuka. Datang seorang lagi budak bernama Fadhli. Fadhli ni seorang student di Heriot Watt juga, berbeza dengan budak-budak di rumah ni, Fadhli budak self sponsored. Selain student-student yang ditaja Mara, bank negara dan sebagainya, terdapat juga student-student yang berkemampuan untuk pergi sendiri. Dia duduk bersama seorang lagi student chinese dari Kuala Lumpur bernama Victor. Haziq sudah berjanji untuk duduk dengan mereka berdua sementara aku dan Faris akan stay dekat rumah tu sampai dapat rumah baru.

Kebanyakan budak-budak di sini berasal dari sekolah asrama penuh. Jadi konsep Taaruf ataupun pengenalan diri ni benda biasa bagi mereka. Aku mesti lah agak kekok pada mulanya, sebab budak-budak ni pangkat adik-adik daripada aku. Tapi pada masa tu aku berlagak macam cool dan bajet macam tak ada apa-apa. Selepas sesi pengenalan diri tadi, Hisbul sekali lagi menanyakan soalan, "Korang nak buat apa lepas ni, nak pergi jalan-jalan city tak?". Sekali lagi Haziq menjawab di antara kami, "Boleh jugak" dengan pantasnya. 

Perjalanan daripada Broomhouse ke City of Edinburgh tidak jauh. Aku rasa kurang dari 20 minit perjalanan dan banyak bas boleh kami ambil untuk ke sana. Haziq dan Fadhli singgah sekejap di rumah mereka untuk letak barang-barang. Aku dan Faris ditemani Din dan Fizi terus turun di bandar. Jalan di Edinburgh ni tak sebesar mana, ada lane biasa dan lane bas. Tapi disebabkan orang sana selalu menaiki bas ataupun berjalan kaki, traffic mereka jarang sekali sesak. Waktu kami sampai di bandar Edinburgh saya agak terpukau melihat keindahanya. Jalan masuk ke bandar tersebut dipenuhi bas-bas dan tiap-tiap kali masuk, aku boleh nampak sebuah istana tersergam indah di atas bukit dikenali sebagai Edinburgh Castle.

Sebagai pencinta sejarah dan zaman industri, Edinburgh sememangnya bandar yang paling sesuai dilawati. Walaupun bandarnya agak besar dan Edinburgh adalah ibu negeri untuk Scotland, berbeza dengan Kuala Lumpur, tidak banyak bangunan moden di dalam bandar tersebut. Mereka cuba mengekalkan suasana zaman revolusi perindustrian di dalam bandar bersejarah ini.

Kami memulakan lawatan kami bermula dari Princes Street , Calton Hill dan akhirnya sampailah ke Masjid Edinburgh. Princes Street ni merupakan satu jalan yang panjang, dan dikirinya terdapat kedai-kedai seperti baju, kasut, handbag dan lain-lain. Bersebelahan jalan pula terdapat park yang agak besar dikenali sebagai Princes Street Garden. Selepas itu kami ke Calton Hill, bukit berdepanan bukit terletaknya Edinburgh Castle (Jauh jugak dalam 1 ke 2 kilometer walaupun berdepanan). Benda yang cool pasal Calton Hill ni kita dapat tengok hampir seluruh bandar Edinburgh dari puncak bukitnya.

Aku sendiri mengelarkan bukit ni sebagai bukit monumen, kerana terdapat banyak monumen-monumen di atas bukit ini seperti Dugald Stewart Monument, Nelson Monument, National Monument dan lain-lain. Bukit ini juga pernah menjadi battlefield semasa perang Jacobite Rebellion pada tahun 1745. Tempat ini memang menjadi tumpuan pelancong dan ada masa juga orang selalu jogging disini tapi bukan pada musim seperti sekarang la. Kalau musim macam sekarang ni memang tak dapat la kalau nak jogging, memang menggigil satu badan. Selepas lepak-lepak dan mengambil gambar aku memandang sekali lagi kearah bandar Edinburgh. Maybe pilihan aku untuk Edinburgh ni is not bad after all

Selepas itu kami menuruni bukit dan bergerak ke arah Masjid Edinburgh. Masjid Edinburgh ini berdekatan dengan University of Edinburgh dan Holyrood Park. Ianya dibiayai oleh Raja Fahd dari Arab Saudi. Kami juga singgah solat di situ dipimpin oleh Din. Masjid ni kelihatan tertutup daripada tepi dan hanya nampak full, jika datang dari pintu depan. Penting juga untuk tahu masjid disini kerana hanya ada dua tempat sahaja untuk kitorang solat jumaat (Ada lagi tempat lain tapi terlalu jauh untuk pergi), sama ada di sini ataupun di universiti Heriot Watt sendiri. Selepas solat, sambil aku mengelamun seorang diri, tiba-tiba angin musim luruh meniup kat kaki aku. Sejuk ya amat, dan semua orang seperti tahu ianya seperti penanda yang kami perlu balik. Suhu di waktu siang dan malam kadang-kadang sangat jauh berbeza. Suhu malam kadang-kadang menjadi sangat sejuk lebih-lebih lagi apabila ada angin yang kuat dan juga bandar Edinburgh berdekatan dengan laut.

Masa kami balik tu kami singgah rumah Fadhli untuk solat Magrib. Rumah Fadhli adalah rumah apartment. Nak masuk tu kene ada kunci dan boleh juga tekan loceng untuk orang dari atas bukakan. Selalunya postman ataupun food delivery diaorang terpaksa menuggu orang bukak kan gate dahulu untuk masuk. Disebabkan itu, selalu rumah kitorang (Rumah yang bakal aku duduk dalam 3 bulan akan datang) ada orang bunyikan loceng, tapi tak kenal pun dan kami hanya bukakan sahaja tanpa ragu-ragu. Kemudian selepas solat, kami pun balik ke rumah sewa.

Dalam perjalanan kami ke arah rumah sewa kami, kami ternampak seorang gadis remaja sedang bercakap dengan telephone. Gaya awek tu dressing, lebih kurang gaya Punk ataupun Gothic. Dengan keadaan mabuk dan menjerit-jeritnya bila bercakap, susah untuk kami berempat untuk tidak tengok terlatah awek tu. Selepas  berjalan lebih kurang 200 meter dari awek tu, kami terdengar jeritan ke arah kami. What the f*ck are you lookin at!. Hah, first carut aku dapat pada malam pertama aku di Edinburgh. To be honest, aku memang dah agak benda ni akan berlaku, lebih-lebih lagi gerakan-gerakan seperti SDL dan BNP tengah memesat dekat England dan Scotland.

Tak kesah la bertapa hebatnya engkau dekat sana tapi bagi segelinitir masyarat mereka yang racist , mereka menganggap kita seperti  warga bangladesh yang bekerja di Malaysia. Kita tengok sendiri la layanan yang mereka dapat di kedai-kedai mamak dan kilang-kilang tempat mereka bekerja. Semestinya aku kurang bersetuju dengan sikap macam ni, tapi aku pun tak ada kuasa nak memperbetulkan sifat manusia lain.

Walaubagaimanapun, Hisbul cakap benda ni biasa dan budaya mereka memang suka mencarut dan marah sana sini lebih-lebih bila mabuk. Ada sekali tu bila aku merokok dekat luar, aku terdengar orang tengah bercakap dengan seseorang yang lain. Bila aku jenguk, tengok-tengok seorang ayah tengah cakap dengan anak dia dengan nada seperti biasa, tapi dengan selitan mencarut. "You should not go to that fucking place, that place is f*ckin bla bla bla" lebih kurang macam ni la ayat dia.  Walaupun aku tergamam sekejap tengok cara bapak bercakap macam tu dekat anak dia, dari situ aku paham la yang mencarut-carut ni benda biasa bagi mereka. Sampai di rumah, aku mandi sekejap dan bersiap-siap untuk tidur.

So, habislah cerita aku untuk hari pertama di Edinburgh. Esoknya pula akan menjadi hari pertama untuk aku ke universiti. Excited, risau, malas dan cuak semua ada malam tu. Tapi sebab dah terlalu penat, aku tidur dengan lena malam tu.

 

Sambungan: Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 5

 

P/S: Mula-mula aku bajet orang-orang sini semua tinggi-tinggi. Tengok-tengok tak ada la tinggi mana. Huhuhu

 

Jangan lupa like dan share.TQ
Travel   Edinburgh   United Kingdom