Logo
 

Intro Merantau

Di sini saya akan kongsikan pengalaman saya semasa bercuti, berbulan madu, belajar dan bekerja di dalam dan luar negara.  Diharapkan pembaca boleh enjoy dan share pengalaman mereka juga.

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Negeri Sembilan FA VS UiTM FC (Matchday 12 Liga Perdana 2016)
    May 20 , 2016

    Assalamualaikum....

    Dengan berbekalkan kemenangan tipis tempoh hari di stadium UiTM Shah Alam sudah pastinya Negeri Sembilan lebih yakin untuk beraksi di gelanggang sendiri. Tiga mata penuh sudah pasti menjadi sasaran skuad Negeri Sembilan untuk game terakhir sebelum pusingan kedua liga perdana 2016. Jika kita lihat di laman sosial, pemain-pemain Negeri Sembilan lebih ketara membuat statements untuk game hari ini jika dibandingkan sebelum ini. Saya rasakan perlawanan hari ini menjadi titik penting untuk menentukan dimana kedudukan Negeri Sembilan di akhir liga nanti.

  • Iran Bumi Bersejarah Part 1
    Apr 08 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada 2014, aku telah dihantar oleh syarikat untuk bertugas di Tehran, Iran. Aku mengambil kesempatan ini untuk menulis pengalaman yang best ketika bertugas di bumi purba ini. Aku berada disana selama sebulan setengah, dan banyak cerita-cerita menarik dan pengalaman yang hendak aku kongsikan. Sebagai peminat sejarah sudah tentunya peluang ini digunakan sebaiknya oleh aku, kerana susah kita mendengar orang pergi ke Iran untuk bercuti ataupun bertugas (Kecuali company oil and gas). 

Iklan

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 5

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 5

Pagi-pagi lagi aku dah bersiap untuk ke kampus. Malam tadi aku rasa sejuk time tidur, tapi tak ada lah sesejuk yang aku bayangkan sebelum ini. Disebabkan hari pertama, Hisbul, Din dan Fizi sama-sama pergi ke kampus bersama kami. Kami berjalan kaki dari iconic and majestic 53 Motgommery ke bus stop beramai-ramai sambil mulut menghembus asap macam dalam filem-filem hollywood. Jiran-jiran yang lain pun masing-masing sibuk untuk ke tempat kerja masing-masing. Sampai saja di bus stop kami menunggu bas no 34, salah satu bas yang akan berhenti betul-betul di depan kampus kami. 

 

Heriot Watt University, Riccarton

Kampus kami terletak di Riccarton. Kawasan tersebut berdekatan dengan ladang gandum dan kawasan sekitarnya dipenuhi pokok-pokok seperti kawasan hutan(Jangan samakan hutan sana dengan sini, hutan kat Malaysia ketebalan dia lain). Perjalanan lebih kurang 10 minit jer dari bus stop rumah sewa kami ke kampus. Jalan masuk universiti Heriot Watt ini, terdapat papan tanda Heriott Watt tersengam indah, dan di kiri laluan masuk mempunyai line untuk basikal dan sidewalk untuk perjalan kaki.

Bila turun jer dari bas, betul-betul depan kami terletaknya patung tanah liat James Watt dalam keadaan duduk, lagak badannya seolah-olah termenung memikirkan sesuatu. Aku rasa boleh katakan ramai orang kenal siapa James Watt ni kalau fokus masa belajar subjek sains zaman sekolah dulu. Pada siapa-siapa yang tak kenal James Watt ni, dia adalah seorang inventor terkenal. Dialah yang mencipta steam engine yang digunakan pada kilang-kilang pada zaman revolusi industri. Hasil ciptaan mamat scottish ni diguna pakai sampai la sekarang seperti engin kereta, machine-machine kilang, keretapi dan sebagainya. Kira dia ni macam salah satu tokoh zaman industri waktu kegemilangan british empire

Patung James Watt ni memang kadang-kadang menjadi tempat budak-budak dekat sana nak melepaskan 'nakal' mereka. Selalunya selepas ada event ataupun party malam tu, esoknya mesti ade macam-macam extra prop dekat patung tersebut. James Watt pegang beer la, kepala pakai kon la, pegang bunga la, macam - macam kreativiti budak-budak ni ditonjolkan terhadap patung tersebut. Bangunan-bangunan di kampus ini banyak bercirikan moden. Gabungan warna utama biru terang dan putih banyak digunakan sebagai warna official kampus tersebut(Seperti warna lambang universiti).

Mula-mula kami dibawa ke admission office untuk pendaftaran. Ni benda normal bagi pendaftaran kat mana-mana universiti ataupun kolej di dunia ini. Kitorang cuma bagi surat sponsor dari MARA dan offer letter dari Heriot Watt. Tak ambil masa lama pun, 5 minit dah siap dan staff dekat situ pun mesra dan cekap buat kerja.

Haziq pula datang dengan Fadhli. Kami bertiga berkumpul di admission office dan kemudian masing-masing pergi ke school masing-masing. Aku punya school, Computer Science sama school dengan School of Mathematics. Jadi, aku pergi ke sana dengan ditemani Din, Fizi dan Hisbul. Haziq dalam masa sama follow kitorang jugak. Masa jumpa minah yang jaga bahagian school aku, dia ada bagi aku beberapa penerangan dan juga jadual serta satu pendrive berbetuk gelang secara percuma. Selepas itu, aku pergi tolong temankan Haziq pulak dan berjumpa Faris semula yang pergi ke school dia yang agak terasing dengan kami. Bezanya kitorang dengan Faris ni, dia punya course die special sikit. Die diberikan iPad dengan module-module pelajaran dalam iPad tersebut.  

Selepas itu kami ke bank Royal Bank of Scotland (RBS) untuk membuat account. Bank ini memang ada cawangan dalam kampus itu sendiri, macam BSN ada cawangan sendiri dalam Universiti Malaya. Yang senangnya pasal RBS ni, bank dia berlambak dekat Scotland. Mesin withdrawal pun ada dikawasan kampus dan juga berdekatan rumah kami. Duit cash tak banyak aku keluarkan, dan kebanyakan masa aku akan pakai debit card jer (Masa tu card ATM memang dah automatik jadi debit card).

Yang menariknya, pasal cash kat sana, korang akan jumpa duit kertas conteng-conteng orang buat kira-kira dekat duit tu dan duit itu still legit. Jadi bila korang tukar duit pound dekat money changer ataupun jumpa duit macam ni masa dekat sana, korang tak payah kelam kabut mintak tukar balik pulak.

Selesai je kitorang dengan pendaftaran, perut aku mula rasa lapar, memang ngam-ngam waktu itu waktu lunch. Hisbul pun guide kami untuk ke kedai sandwich yang memang ada dalam kampus tersebut. Korang pernah pergi beli sandwich kat Subway kan? cara yang sama gak masa aku nak beli sandwich dekat sana. Bezanya, bila aku tanya soalan macam tuna ke turkey breast ke apa ke kat bekas dalam  bahasa english, dorang tak paham english aku. Nasib baik abang fanatik filem Braveheart masa kecik-kecik dulu. So abang pun terpaksa tiru ala-ala loghat orang sana walaupun kadang-kadang aku rasa macam bangang, tapi jadilah untuk survive dapat makan sandwich disana. 

Masa mula-mula aku kat sana, aku tak tau yang kedai yang ada halal certificate. Rupanya ada jer kedai yang jual ayam halal. The infamous chicken box, korang tanya mana-mana muslim kat Heriot Watt mesti tahu chicken box ni. Secara amnya, menu dia ada ayam gorang dan kentang sebagai tambahan yang di bundle kan dalam satu kotak. Sebab itulah nama dia chicken box (Aku explain benda yang obvious). Pada hari jumaat, dorang akan beri pilihan sama ada chicken box ataupun fish and chip.

Seperti nasi lemak dan roti canai yang menjadi makanan tradisional kita, bagi orang putih di sini, fish and chip adalah makanan ruji mereka. Aku pernah try sekali dua fish and chip ni, tapi bukan selera aku yang lidah pure Negeri Sembilan ni. Jika aku nak makanan ringan-ringan seperti keropok, gula-gula ataupun coklat, terdapat student punya kios dan harga pun sangat berpatutan.

Selain itu, Heriot Watt mempunyai sport center yang didalamnya terdapat indoor basketball / volleyball / badminton courts, gym, squash courts dan lain-lain. Di kawasan luar juga terdapat beberapa padang yang selalunya dipakai oleh skuad bola sepak dan ragbi. Futsal dorang pakai rumput syntactic, dan kalau nak main pun murah jer dalam 1.50 pound seorang untuk sejam. Padang bola dorang tak payah cakap la macam mana lurus pergi dia dan juga kualiti rumput dia memang top notch.

Memang idaman semua budak-budak bola macam aku. Gym dan rehabilitation center memang aku tak pernah masuk, lain lah kalau aku buat badan. Aku pernah baca yang Heriot Watt punya sport facilities antara sport facilities yang terbaik di United Kingdom.

 

Sambungan: Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 6

 

P/S: Geram tengok padang dia.

 

Jangan lupa like dan share.TQ