Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 6

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 6

Kalau ikut-ikut kan, aku memang nak masuk kelas time tu jugak. Tapi aku cuba control supaya tak semangat lebih sebab jauh lagi perjalanan aku nak kene tempuh. Selepas makan, Din bawak aku jalan-jalan kawasan luar kampus. Din cakap ada satu bangunan ni agak penting untuk budak-budak postgrade seperti aku.

Postgraduate Centre. Bangunan ni bangunan baru, terletak di belakang kampus. Dekat dalam dia ada university audiotraium, kelas-kelas dan tempat melepak di tingkat atas sekali. Bagunan ni terletak dekat belakang sekali dan dikeliling oleh padang-padang rumput. Dekat sini orang selalu ada buat macam-macam event seperti fashion show, conference, wawancara dan macam-macam lagi.

Kebanyakan bangunan-bangunan disini dinamakan dengan nama-nama cendiakawan-cendiakawan famous mereka yang terdahulu. Sebagai contoh Adam Smith, penulis buku Wealth of Nation, Leornad Horner , geologist dan businessman yang terkenal dan sebagainya. Banyak kelas-kelas aku terletak dekat bangunan Leornad Horner ni yang juga terletak di bahagian belakang kampus. Nasib aku baik bila Din cakap dekat belakang pun bas ada lalu. Bas tersebut berhenti betul-betul dekat bangunan school aku. Hah! yang pastinya laluan bas ni akan jadi laluan bas  favourite aku.

Bangunan Leornad Horner ni ada tiga tingkat. Selain daripada kelas-kelas, kat sini juga terdapat lab-lab yang penuh dengan pc daripada macam-macam jenis. Aku jenis tak suka explore-explore sangat, jadi selain lab dan kelas, aku memang tak masuk tempat-tempat yang lain. Lecturer punya bilik pun ada dalam building yang sama. Dekat tengah-tengah bangunan ni ada macam office untuk school kitorang. Ada tempat untuk hantar assignment dan staff untuk melayan student berkaitan dengan school kitorang sahaja. Aku dah aim, sini akan jadi port melepak bila kelas tak ada untuk selama 1 tahun dekat sini. 

Kemudian Din bawak aku ke library pulak. Ok ni tempat yang aku tak akan jejak la(Pada mulanya aku fikir macam tu). Aku budak teknikal yang memang akan pakai komputer most of the time. If aku nak cari bahan pun aku pakai Google je. Tapi apa salahnya pergi masuk sekejap untuk tengok-tengok macam mana library dekat sini. Library Heriot Watt ni pun cool jugak bagi aku. Ground floor dia seperti library kat universiti-universiti lain, ada kaunter pinjam buku, pc-pc untuk cari buku, meja perbincangan dan sebagainya.

Tingkat-tingkat atas pula, terletak simpanan buku-buku daripada pelbagai kategori dan juga beberapa pc yang boleh dipakai untuk print assignment dan sebagainya. Yang paling menarik ialah basement dia. Kat situ terletak bilik senyap untuk private study, yang mana Hisbul cakap tak semua orang selesa disitu kerana terlalu senyap. Yeah you are right, this place is exactly for the nerds.

Di tengah-tengah kampus ni ada tasik kecil yang dinamakan The loch (Lebih kepada mini Loch bagi aku). Tasik tu ditengah-tengah dia ada pulau, dan juga jambatan untuk ke seberang bangunan Student Union. Din cakap pada waktu musim sejuk, tasik ni akan jadi beku dan boleh berjalan dekat tengah-tengah dia. Buat masa ini, tasik tu still macam keadaan biasa, tidak beku ataupun apa-apa dengan itik dan anak-anak dia berenang tanpa risaukan orang-orang disekeliling mereka.

Selesai sahaja tour daripada Din, kitorang pun balik ke rumah. Masa tu Fizi tengah siap-siap untuk masak kat dapur. Aku pun sibuk-sibuk ah menolong Fizi masak. Sambil-sambil berborak tu, aku tanya soalan ni kat dia. "Korang memang rajin ke masak?", tanya aku sambil acah-acah pandai potong bawang. "Dinner, kitorang memang masak bergiliir-gilir. Hari ini turn aku masak", jawab Fizi dengan gaya gelak-gelak kecilnya.

Dalam hati aku, alamak, kalau gilir-gilir, lepas ni aku pun kene masak gak la. Ok, ni 'drama' pertama aku kene tempuh masa kat sini. Sepanjang hidup aku, tiga sahaja menu yang aku tau masak. Roti bakar, burger bujang dan maggi goreng. Walaupun tiga-tiga menu ni aku power masak, tak kan aku nak masak macam ni tiap-tiap minggu! Fizi sambil tu dok cerita macam mana dia selalu beli barang basah di kedai pakistan yang terkenal dikalangan pelajar muslim. Time tu aku tak focus sangat sebab asyik fikir nak masak apa bila turn aku sampai nanti sambil aku goreng ayam berlagak gaya macam aku memang hari-hari dah biasa masak dekat rumah.

Kitorang makan masa tu ramai-ramai. Aku dengan Faris yang paling tua kat situ, sebab tak nak nampak awkward, lepas makan aku buat lah lawak-lawak bodoh untuk nampak tak sombong. Habis je sembang-sembang biasanya yang tak masak akan kena basuh pinggan. Masa tu aku dengan Faris keluar pergi hisap rokok depan pintu masuk rumah ni.

 

Sambungan: Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 7

 

P/S: Nasib baik abang dulu kena paksa potong bawang dengan mak time kecik-kecik

Travel   Edinburgh   United Kingdom