Logo
 

Intro Merantau

Di sini saya akan kongsikan pengalaman saya semasa bercuti, berbulan madu, belajar dan bekerja di dalam dan luar negara.  Diharapkan pembaca boleh enjoy dan share pengalaman mereka juga.

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Negeri Sembilan FA VS UiTM FC (Matchday 12 Liga Perdana 2016)
    May 20 , 2016

    Assalamualaikum....

    Dengan berbekalkan kemenangan tipis tempoh hari di stadium UiTM Shah Alam sudah pastinya Negeri Sembilan lebih yakin untuk beraksi di gelanggang sendiri. Tiga mata penuh sudah pasti menjadi sasaran skuad Negeri Sembilan untuk game terakhir sebelum pusingan kedua liga perdana 2016. Jika kita lihat di laman sosial, pemain-pemain Negeri Sembilan lebih ketara membuat statements untuk game hari ini jika dibandingkan sebelum ini. Saya rasakan perlawanan hari ini menjadi titik penting untuk menentukan dimana kedudukan Negeri Sembilan di akhir liga nanti.

  • Tips Berhenti Merokok
    Dec 09 , 2015

    Assalamualaikum

    Hari ini saya nak berkongsi tips berhenti merokok. Harga rokok sekarang semakin mahal dan kesan buruk merokok ini sudah lama diketahui. Alhamdulillah, saya dah berjaya berhenti merokok selama dua tahun. Saya berbangga dengan pencapaian saya setakat ini dan berharap dapat kekalkan tak nak pada merokok. Ada di antara rakan-rakan saya berhenti tanpa tips ataupun bantuan dari mana-mana pihak. Tapi mana tahu dengan membaca article saya ni anda dapat berhenti tabiat merokok. Percaya atau tidak dengan menulis entry ini, sebenarnya adalah salah satu usaha saya sendiri untuk  kekal tidak merokok. Pelik bukan? tak mengapa, saya akan huraikan selapas ini. 

Iklan

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 7

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 7

Sambil aku menghembus asap rokok aku dekat luar, aku lihat Faris tengah termenung sama. Kami baru kenal sehari dua, memang agak kekok untuk berborak. Yang best nya kalau merokok ni, memang senang untuk kita cari kawan.

Aku pun memulakan perbualan dengan tak lain tak bukan tentang bola. Kelantan dan Negeri Sembilan waktu tu memang musuh ketat, banyak kali jugalah ada incident yang tak best berlaku bila dua team ni berjumpa. Walaupun begitu, bagi aku sifat persaudaraan menyokong bola sepak perlu dikekalkan.

Tengah rancak borak-borak ni, aku tanya pula kat Faris EPL dia sokong team mana. "Liverpool" jawab Faris sekali lafaz seperti orang akad nikah. Ting! rupanya Faris pun fan Liverpool sama seperti aku dan secara automatiknya tiba-tiba menjadi kawan baik aku time tu jugak.

Selesai sahaja aku merokok dua tiga batang dan berbual kosong, aku pun masuk semula ke dalam rumah. Kemudian aku contact parent aku pakai Facebook. Selepas berborak dengan family aku, aku habiskan masa dengan Google tempat-tempat menarik di Edinburgh dan sambil-sambil tu selak-selak jadual kelas sambil menelaah map yang diberi pagi tadi. Since hari ini hari pertama aku ke kampus, aku pun tidur tanpa runsingkan tentang apa-apa.

 

Back To School Bebeh!

Pagi esoknya seperti biasa aku menunggu giliran untuk mandi. Bilik air dekat rumah ni ada satu sahaja, jadi, terpaksa la kami bergilir-gilir. Air dia memang sejuk dan nasib baik rumah kami ade water heater. Aku tak dapat bayangkan kalau aku mandi pagi tu tanpa air panas. Entah macam mana entah orang local sini zaman dulu-dulu mandi tak pakai heater. Tak mandi agaknya.

Tunggu bas waktu pagi disini umpama tunggu train LRT di Kuala Lumpur waktu peak hour. Cepat , pantas dan mudah. Bas yang bergerak ke arah Riccarton kebanyakan yang naiknya student-student. Banyak muka budak-budak je yang penuh di dalam bas tu. Kadang-kadang ada juga warga emas yang sama naik bas pada waktu itu, barangkali ke pasar agaknya.

Aku sampai je kat kampus benda first aku buat terus aku cari kelas. Bagi aku first day tak boleh lambat walaupun tak breakfast, aku gagah kan jugak untuk berada di kelas awal. Bila aku sampai je dekat kelas, aku orang pertama yang sampai. Masa tu meja semua masih kosong tak ada orang.

Aku berkata dalam hati, nak berjaya kena datang awal. The early bird gets the worm bak kata orang putih. Selang 10 minit, masih tak ada orang masuk lagi ke kelas. Kalau ikut-ikut kan kelas dah start tepat pukul 10 pada waktu itu. Aku fikir masa tu mungkin cara orang sini masuk betul-betul masuk kelas on time.

Kemudian selang beberapa minit, masuk seorang budak lelaki. Aku percaya orang sana dengan rambut merahnya tak mungkin la orang Rembau pulak. Aku masa tu acah-acah friendly la  dan tanya dia, yang dia ni sama kelas ke dengan aku. Tiba-tiba dia cakap yang dia masuk kelas tu sebab kelas tu kosong. Kelas seterusnya pada pukul 11AM jadi dia boleh melepak dalam tu.

 

Wei, memang berderau jantung aku masa tu. Aku tengok balik jadual aku, memang aku salah kelas. Nama bilik tu memang hampir sama, tapi tingkat lain. Aku pun berlari pergi ke tingkat lain dan jumpa kelas yang patut aku masuk. Lecturer masa tu tengah mengajar, dan dengan nada machonya dia cakap kat aku. Please come in sambil mengayakan kepala dia seolah-olah mengajak aku masuk ke rumah dia. Aku cuba cari tempat duduk sambil cuba control muka merah aku sebab malu datang lambat.

Kemudian lecturer tu pun menyambung mengajar. Mamat lecturer ni memang handsome abis. Seorang professor tapi suka di panggil dengarn surname dia je. Masa tu die hand over aku kertas nota, yang bagi aku pelik pulak bila lecturer sendri yang photostat kan notes untuk kita.

Habis je kelas, lecturer aku pun mintak assignment dia bagi minggu lepas. Actually, dia dah bagi dua assignment pun dan satu padanya due date pada hari tersebut. Hah, tak cuak pulak aku masa tu. Habis je kelas aku terus pergi kat dia. Dia cakap dia paham yang aku baru masuk dan lambat beberapa minggu. Jadi aku tak perlu submit assignment waktu tu.

 

Sambungan: Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 8

 

P/S: Early bird konon...Jadual pun tak reti tengok...

 

Jangan lupa like dan share.TQ