Logo
 

Intro Merantau

Di sini saya akan kongsikan pengalaman saya semasa bercuti, berbulan madu, belajar dan bekerja di dalam dan luar negara.  Diharapkan pembaca boleh enjoy dan share pengalaman mereka juga.

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Negeri Sembilan FA VS UiTM FC (Matchday 12 Liga Perdana 2016)
    May 20 , 2016

    Assalamualaikum....

    Dengan berbekalkan kemenangan tipis tempoh hari di stadium UiTM Shah Alam sudah pastinya Negeri Sembilan lebih yakin untuk beraksi di gelanggang sendiri. Tiga mata penuh sudah pasti menjadi sasaran skuad Negeri Sembilan untuk game terakhir sebelum pusingan kedua liga perdana 2016. Jika kita lihat di laman sosial, pemain-pemain Negeri Sembilan lebih ketara membuat statements untuk game hari ini jika dibandingkan sebelum ini. Saya rasakan perlawanan hari ini menjadi titik penting untuk menentukan dimana kedudukan Negeri Sembilan di akhir liga nanti.

  • Iran Bumi Bersejarah Part 1
    Apr 08 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada 2014, aku telah dihantar oleh syarikat untuk bertugas di Tehran, Iran. Aku mengambil kesempatan ini untuk menulis pengalaman yang best ketika bertugas di bumi purba ini. Aku berada disana selama sebulan setengah, dan banyak cerita-cerita menarik dan pengalaman yang hendak aku kongsikan. Sebagai peminat sejarah sudah tentunya peluang ini digunakan sebaiknya oleh aku, kerana susah kita mendengar orang pergi ke Iran untuk bercuti ataupun bertugas (Kecuali company oil and gas). 

Iklan

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 8

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 8

Kelas kedua aku pada hari tersebut bermula pada pukul 3 petang. Biasanya jadual aku tiap-tiap semester lebih kurang macam ini. Satu hari dua kelas, pagi lecture dan petang lab. Dan selalunya dalam seminggu tu, ada sehari dua yang tak ada kelas pada hari weekdays. Mungkin master tak banyak kelas kut. Kelas aku untuk subjek ni kebanyakannya budak local dan juga budak-budak bachelor degree. Boleh katakan 80 peratus budak local dan 20 peratus budak luar. Kelas undergrad dengan postgrad kadang-kadang bercampur dan kelas aku hari ini salah satu contohnya.

Sambil aku mengunyah sandwich sebagai makanan tengah hari aku pada hari tu, aku cuba menganalisa balik apa yang aku boleh take advantage dan juga problems daripada beberapa jam pengalaman aku dalam kelas, untuk pass master aku dalam masa setahun ini. Pertamanya, aku dah lambat beberapa minggu. Kelas pagi ni sahaja aku dah hutang dua assignments dan ketinggalan beberapa chapters. Subjek  wajib ni pun aku tengok boleh tahan juga susahnya. Kebanyakan subjek wajib mesti banyak credit hours dia. Nampak gayanya, aku perlu usaha lebih untuk subjek-subjek macam ni.

Masalah yang kedua, slang orang sini lebih teruk daripada yang aku sangkakan sebelum ini. Aku perlukan masa untuk process kata-kata lecturer di sini, dan dulu masa degree aku selalunya banyak masa study sendiri. Aku hanya fokus dalam kelas beberapa jam dan kemudian study sendiri selepas kelas (Dengan syarat aku dah faham dalam kelas) untuk aku mengingat. Tapi kalau dalam kelas lecturer cakap apa pun aku tak paham, macam mana nak fokus. Tunang aku bagi idea yang bernas, dengan merakam tiap-tiap kali lecture. Mungkin aku akan pakai cara ni sementara cari cara lain yang lebih berkesan.

Isu yang ketiga, bila aku tengok subjek-subjek punye markah allocation, kebanyakan peratusan lebih kepada exam. Contohnya untuk subjek aku ni, 15 peratus assignment bertulis, 5 peratus assignment coding dan selebihnya 80 peratus kepada exam. Abang boleh cakap yang abang punya strength dekat 5 peratus tu jer lah. Tak ke migraine kepala aku fikirkan macam mana aku nak survive master aku ni. Tapi aku beruntung, tiap-tiap semester aku akan ada dua subject Java. Subjek ni memang pure programming. Aku hanya perlu target subjek ni untuk jaga CGPA aku.

Dan masalah yang terakhir, isu mencari kawan. Tak kisah la macam mana hebat pun engkau, tanpa kawan engkau pasti akan menghadapi kesukaran untuk belajar. Kadang-kadang ada masa kita mesti ada terlupa dekat sesuatu ataupun perlukan teman untuk berbincang. Aku pula jenis malu-malu nak tegur orang. Untuk sementara waktu, aku cuba jadi lone ranger dan alert dengan setiap email yang dihantar supaya tak tertinggal benda-benda penting.

Kelas lab adalah antara kelas yang paling senang bagi aku. Selalunya lecturer akan pass kan kertas dan suruh student buat sendiri exercise yang dia bagi. Exercise dia memang ada step by step instructions yang kita perlu ikut. Kecuali tidak pandai membaca, bagi aku tak ada masalah untuk mengikut instructions tersebut. Kalau ada soalan pun, student boleh la panggil lecturer untuk bertanya. Selalunya student akan balik awal dan aku pun lebih suka install dekat laptop sendiri dan play around dekat rumah. Kebanyakan latihan lab yang diberikan tak susah sangat tapi berbeza dengan assignment yang diberikan. Seperti yang aku cakap sebelum ini, aku ni lebih kepada teknikal student. Jadi mengolah ayat untuk memberi pandangan ni bukan my cup of tea bak kata orang putih.

Selepas habis lab, demi membuang masa, aku banyak berjalan-jalan di sekitar kampus. Aku masih cuba membiasakan badan aku dengan cuaca di sini. Sejuk di sini bukan boleh di control suhunya seperti air conditioner di rumah. Tambahan pula, baju sejuk yang aku pakai memang bukan baju sejuk yang betul-betul untuk musim luruh ataupun salji. Aku banyak habiskan masa mencari heater yang selalu berada di tepi-tepi bangunan dan biasanya badan aku akan rasa gatal-gatal bila suhu bertukar daripada sejuk ke panas. Nasib baik tiap-tiap kelas memang disediakan heater, jadi tak lah sejuk sangat.

Hari pertama aku ke kelas, aku rasa gugup, overconfidence, blur-blur semua ada masa itu. Tapi secara overall, aku rasakan kelas aku hari itu berjalan lancar. Selepas merokok sebatang dua dekat smoking area, aku terus ke arah bus stop yang secara tak sengaja bas pun sudah lama berada di situ. Aku pun balik seorang-seorang sambil kepala tertinjau-tinjau ke tingkap, untuk cari dekat mana bus stop yang patut aku turun. Bila aku terlihat kelibat Scotmid di kanan aku, terus ak ke arah loceng bas yang berada beberapa langkah daripada tempat duduk aku. Sebelum sempat aku menekan loceng, 'Ding!', loceng dah dibunyikan di tingkat bawah. Terkapai-kapai tangan aku cuba untuk mengelak tidak menekan loceng untuk kali kedua.

Kemudian, aku turun dari bas dan tanpa melengahkan masa aku terus bejalan ke rumah sewa sambil menghisap rokok pall mall di tangan kiri.

 

Sambungan:Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 9

 

P/S: Abang acah-acah je ni kira-kira markah. Last-last hantam jugak

 

Jangan lupa like dan share.TQ