Logo
 

Intro Merantau

Di sini saya akan kongsikan pengalaman saya semasa bercuti, berbulan madu, belajar dan bekerja di dalam dan luar negara.  Diharapkan pembaca boleh enjoy dan share pengalaman mereka juga.

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Negeri Sembilan FA VS UiTM FC (Matchday 12 Liga Perdana 2016)
    May 20 , 2016

    Assalamualaikum....

    Dengan berbekalkan kemenangan tipis tempoh hari di stadium UiTM Shah Alam sudah pastinya Negeri Sembilan lebih yakin untuk beraksi di gelanggang sendiri. Tiga mata penuh sudah pasti menjadi sasaran skuad Negeri Sembilan untuk game terakhir sebelum pusingan kedua liga perdana 2016. Jika kita lihat di laman sosial, pemain-pemain Negeri Sembilan lebih ketara membuat statements untuk game hari ini jika dibandingkan sebelum ini. Saya rasakan perlawanan hari ini menjadi titik penting untuk menentukan dimana kedudukan Negeri Sembilan di akhir liga nanti.

  • Tips Berhenti Merokok
    Dec 09 , 2015

    Assalamualaikum

    Hari ini saya nak berkongsi tips berhenti merokok. Harga rokok sekarang semakin mahal dan kesan buruk merokok ini sudah lama diketahui. Alhamdulillah, saya dah berjaya berhenti merokok selama dua tahun. Saya berbangga dengan pencapaian saya setakat ini dan berharap dapat kekalkan tak nak pada merokok. Ada di antara rakan-rakan saya berhenti tanpa tips ataupun bantuan dari mana-mana pihak. Tapi mana tahu dengan membaca article saya ni anda dapat berhenti tabiat merokok. Percaya atau tidak dengan menulis entry ini, sebenarnya adalah salah satu usaha saya sendiri untuk  kekal tidak merokok. Pelik bukan? tak mengapa, saya akan huraikan selapas ini. 

Iklan

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 9

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 9

Selapas makan malam, aku buat aktiviti biasa aku seperti malam-malam yang lain dengan menghisap rokok di luar rumah. Sambil tu aku fikirkan balik objektif aku datang sini. Aku ada dua option. Belajar bersungguh-sungguh, score dapat bawak balik master first/second class. Yang tak best pasal option ni, aku akan banyak habiskan masa belajar dan kurang enjoy. Satu lagi punya option pula, belajar cukup-cukup makan jadi aku ada masa untuk enjoy. Tapi bila aku fikir-fikirkan balik, tak guna juga kalau aku belajar teruk-teruk tapi tak dapat pengalaman dekat sini. Jadi aku pilih option nombor dua. 

Sambil-sambil berfikir dan berkira-kira itu, aku berborak juga dengan Faris. Faris banyak ceritakan tentang geng-geng dia dekat kampus petroleum. Banyak juga budak-budak Melayu dan Malaysia yang aku tak jumpa lagi. Aku ingat tak ramai budak-budak Melayu dekat sini tapi rupanya ramai jer. Hisbul ada cerita dekat kitorang masa makan malam, yang komuniti Malaysia di Edinburgh ni tak lah ramai. Kalau dibandingkan dengan Manchester dan London memang betul, agak berbeza. Tapi tak adalah kurang sangat macam geng-geng kami di Perth. 

Selain di rumah ini, ada juga geng-geng Hisbul, Din dan Fizi duduk di rumah yang lain. Tidak jauh dari sini, mereka lebih selesa dengan memilih rumah flat empat tingkat. Mungkin ianya lebih ekonomik dan lebih dekat dengan kampus. Dekat sana, dua daripada mereka batch Hisbul, satu budak master dan seorang brader amik PHD.  Masa aku lepak rumah dorang, dorang ada borak-borak tentang main futsal dan aktiviti-aktivi riadah yang selalu mereka buat. Abang bila bab bola abang tangkas. Zarul, salah seorang budak di rumah ini adalah kepala yang mengetuai geng-geng futsal di sini. Walaupun seorang united fan, Zarul tidak memilih bulu untuk mengajak aku dan Faris bermain sekali. Zarul cakap jika cukup tiga team, satu kepala kena bayar dalam 1.50 ke 2.00 pound sahaja sekali main.

Budak-budak di sini kebanyakan muda-muda lagi. Walaupun ramai juga golongan tua (Kebanyakannya pelajar PHD). Selain Faris dan Haziq, aku tak jumpa budak-budak zaman aku, hingga satu hari aku diajak berjumpa dengan budak-budak perempuan Calder, yang sama batch dengan kami. Pada waktu ini juga aku berjumpa trio paling famous di Edinburgh pada waktu itu. Khaikal, Asar dan Ruzaini yang umur lebih kurang kami. Mereka tinggal di hostel di dalam kampus. Kesemua mereka ni memang bijak-bijak belaka. Aku rasa hari-hari mak dorang bagi makan tempe kut itu sampai pandai sangat jadinya.

Kami juga dapat berjumpa pasangan Sheila dan K.O yang sampai lambat sedikit daripada kami. Mereka ini pasangan muda yang typical bila mana isteri sambung PHD dan suami kerja part time  di sana. Kami sama-sama banyak membuat pot luck dan melepak di rumah masing-masing. Maklumlah di sini tiada kedai mamak. Bergurau dan mengenali mereka, mengubat sedikit rindu aku dekat family di Malaysia.

 

Musim Luruh 

Ok. Jika nak cerita musim luruh ni, sebenarnya banyak aku habiskan masa duduk di rumah dan lepak dengan budak-budak rumah sahaja. Disebabkan masalah yang aku cerita sebelum ini (Isu sampai lewat), aku terpaksa berhempas pulas untuk catch up subjek-subjek yang aku tertinggal. Berkenaan dengan cuaca, hari demi hari cuaca makin sejuk. Kadang-kadang diselangai dengan hujan renyai. Sangat renyai sehinggakan hujan di Malaysia boleh mengetawakan hujan di Edinburgh ini. Masa aku mula-mula sampai, waktu itu masih permulaan musim luruh. Cuaca masih seperti musim panas. Kadang-kadang ada mamat-mamat local yang selamba pakai t-shirt ketika berada di luar. Aku memang tak dapat lah nak pakai macam itu.

Seperti yang pernah aku ceritakan sebelum ini, di depan rumah kami terdapat satu pokok yang tinggi. Pokok ini jenis pokok bermusim. Aku tidak tahu jenis pokok ini tapi ianya seakan-akan pokok Krismas. Pada masa mula aku datang, pokok ini penuh dengan daun-daun yang bewarna hijau pekat dan bercampur daun-daun yang kekuningan. Hari demi hari daun-daun di pokok ini bertukar menjadi warna kuning dan daun yang bewarna kuning akhirnya mendominasi pokok tersebut. Menjadi petanda yang musim dalam peralihan dari musim panas ke musim luruh. 

Pada musim ini juga, aku buat pertama kali sakit tekak dan juga yang terakhir semasa aku di sana. Aku mempunyai masalah tonsil. Kerap kali juga aku akan mengalami sakit tekak, batuk-batuk dan demam setiap 6 bulan. Aku rasa kali ini aku sakit tekak disebabkan perubahan suhu. Pada mulanya aku pergi ke klinik univeristi yang berada di dalam kampus. Selepas mendaftar, aku perlu buat appointment untuk jumpa doktor. Tidak seperti di Malaysia, selepas pendaftaran, kita boleh terus pergi berjumpa doktor. Tetapi di sini jika tiada kecemasan, kita perlu membuat appointment terlebih dahulu dan sekaligus menyebabkan aku kurang sabar. Jadi apa aku buat, aku mencuba nasib dengan pergi ke farmasi di sebelah Scotmid area rumah aku. Aku cuma perlu beratur dan beli ubat sakit tekak. Aku nampak ada orang yang membawa surat seperti preskripsi daripada doktor. Aku pernah dengar ada orang cakap di sini kita perlu ambil ubat melalu farmasi walaupun setelah berjumpa doktor. Settle masalah aku.

Selesai membeli ubat di farmasi, aku pulang ke rumah dan makan ubat kemudian tidur. Belum selesai ubat-ubat itu aku habiskan, dua hari selepas itu sakit tekak aku pun hilang. Inilah sekali aku sakit ketika berada di sana dan tidak pernah sakit sehingga balik di Malaysia. Aku pernah baca negara-negara maju mempunyai virus yang kurang daripada negara-negara membangun. Mungkin disebabkan ini aku kurang dapat penyakit apabila berada di sini.

Pada waktu ini juga ada seorang mamat daripada Brunei baru masuk. Godi nama dia. Dia ni lebih tua pada aku, dah berkeluarga dan mempunyai dua orang anak. Yang best tentang Godi ni dia boleh cakap melayu ala-ala loghat Sarawak sedikit. Senang aku nak berinteraksi dengan dia dan dia banyak bantu aku dalam banyak hal. Jadi issue aku mencari kawan sudah tercapai. Cuma yang kurangnya Godi ni bukan satu course dengan aku. Maka tak semua kelas dia sama dengan aku. Kebanyakan kelas aku dengan dia aku akan score.

 

P/S:  Hujan di Edinburgh macam air spray bunga mak aku je rasa dia.

 

Jangan lupa like dan share.TQ