Logo
 

Intro Merantau

Di sini saya akan kongsikan pengalaman saya semasa bercuti, berbulan madu, belajar dan bekerja di dalam dan luar negara.  Diharapkan pembaca boleh enjoy dan share pengalaman mereka juga.

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Tips Berhenti Merokok
    Dec 09 , 2015

    Assalamualaikum

    Hari ini saya nak berkongsi tips berhenti merokok. Harga rokok sekarang semakin mahal dan kesan buruk merokok ini sudah lama diketahui. Alhamdulillah, saya dah berjaya berhenti merokok selama dua tahun. Saya berbangga dengan pencapaian saya setakat ini dan berharap dapat kekalkan tak nak pada merokok. Ada di antara rakan-rakan saya berhenti tanpa tips ataupun bantuan dari mana-mana pihak. Tapi mana tahu dengan membaca article saya ni anda dapat berhenti tabiat merokok. Percaya atau tidak dengan menulis entry ini, sebenarnya adalah salah satu usaha saya sendiri untuk  kekal tidak merokok. Pelik bukan? tak mengapa, saya akan huraikan selapas ini. 

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Percutian Ke Bali Part 3
    Feb 19 , 2016

    Hari ketiga kami di Bali adalah hari free and easy, kami bercadang untuk berjalan-jalan di Bali sendiri tanpa bantuan daripada supir. Pagi tersebut seperti pagi sebelumnya, kami memulakan hari dengan bersarapan di restoran Itali di depan resort kami. Ketika sedang bersarapan, isteri mengajak aku ke shopping complex dan Tanah Lot. Kemudian, kami balik ke bilik untuk menukar baju dan berenang di swimming pool. Ini adalah aktiviti kami yang pertama untuk hari ketiga.

Iklan

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 10

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 10

Musim luruh ni aku masih menumpang di rumah Hisbul. Dalam masa sama, aku, Haziq dan Faris cuba mencari rumah sendiri juga. To be honest, Haziq yang banyak cari rumah walaupun dia boleh je duduk rumah kawan dia tu. Musim luruh ni kalau aku ukur tahap kesejukkan dia tak teruk sangat. Kira 6 over 10 macam tu. Aku pada waktu itu Hisbul bagi pinjam jacket dia. Warna hitam kulit ala-ala mat motor. Kau jangan sesekali bandingkan ketahanan kau dengan orang putih. Waktu tu kau akan nampak orang putih pakai baju t-shirt pun ada. Macam mana orang putih rasa kita pelik pakai baju full suit with tie pergi kerja dekat Kuala Lumpur, macam tu jugalah kita pelik tengok mereka pakai t-shirt sejuk-sejuk macam tu. 

Selalunya waktu aku balik hujan akan turun renyai-renyai. Tangan masuk poket jalan, mata pandang bawah dan jalan tak tengok orang kiri kanan. Masa tu daun-daun pada pokok mula kelihatan kekuningan. Actually, tak semua pokok macam ni. Ada yang masih kekal hijau, daun tak gugur dan lebat. Ada juga yang gugur terus walaupun belum masuk musim sejuk. Dekat depan rumah aku ada satu jenis pokok. Jenis apa aku tak tahu tapi yang pasti pokok ni jenis ikut musim. Masa aku awal-awal aku sampai musim panas daun-daun dia nampak kering seperti daun-daun pokok di Malaysia yang terkena panas. 

Seperti yang aku sebut sebelum ini Jalan ke Heriot Watt itu ada ladang gandum yang aku percaya banyak digunakan untuk membuat beer ataupun roti. Masa aku awal-awal sampai aku nampak gandum-gandum ni masih kelihatan hijau. Dari dalam bas tu aku nampak macam ladang padi seperti jalan ke pekan Kuala Pilah dari Seremban. Pelik juga waktu tu ingat dekat Scotland ada orang tanam padi.

Most of the time, aku berada dekat kelas ataupun library ataupun duduk rumah. Aku boleh cakap sebenarnya lebih duduk rumah main game dari pergi library. Macam aku cakap sebelum ini, bukan jiwa aku duduk library. Mana ada budak punk suka duduk situ. Tapi disebabkan aku dah lewat masuk, aku ketinggalan banyak chapters dan slides yang lecturer bagi memang tak membantu. Terlalu simple dan misteri. Jadi aku kena banyak kena refer buku untuk fahamkan.

So bila waktu kelas, aku akan text Godi tanya dia dekat mana. Walaupun 50% dari kelas kami tak sama but bila masa sama kami akan melepak sekali dengan seorang budak Thailand. Boleh kata hari-hari aku makan sandwich. Sebagai Malaysian yang sejati sepatutnya aku dah cari kedai mamak ataupun kedai nasi campur waktu tu. Makan sambil berborak dan berceritakan hal dunia yang tak pernah ambil tahu pasal aku pun.Terus berputar merentasi masa dan menawaf matahari. Terdetik dekat hati aku masa tu terlalu berbeza dengan suasana aku ketika di UniKL.

City Campus terletak di Kampung Baru. Sini kira syurga makanan di Malaysia. Macam-macam gerai makanan ada di situ dan semua akan akan datang untuk mencari makanan especially masa bulan puasa.Nasi Lemak Pak Hassan sahaja hanya 200 meter dari kampus kami. Pak Hassan ni memang terkenal dengan nasi lemak kukusnya dan juga bubur lambuk. Kalau bulan puasa tu orang beratur sampai ke bangunan Bank Islam lama.

Mula lah rindu nak balik kampung. Walaupun baru 2-3 bulan!

Aku dengar student-student yang kaya ramai yang balik tiap 6 bulan. Mereka balik dengan tujuan untuk resupply barang-barang yang susah nak dapat di sini. Tapi untuk aku taklah. Sekali pergi balik tergadai tanah dekat kampung aku nanti.

 

Sambungan: Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 11

 

Jangan lupa like dan share.TQ