Logo
 

Intro Merantau

Di sini saya akan kongsikan pengalaman saya semasa bercuti, berbulan madu, belajar dan bekerja di dalam dan luar negara.  Diharapkan pembaca boleh enjoy dan share pengalaman mereka juga.

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Tips Berhenti Merokok
    Dec 09 , 2015

    Assalamualaikum

    Hari ini saya nak berkongsi tips berhenti merokok. Harga rokok sekarang semakin mahal dan kesan buruk merokok ini sudah lama diketahui. Alhamdulillah, saya dah berjaya berhenti merokok selama dua tahun. Saya berbangga dengan pencapaian saya setakat ini dan berharap dapat kekalkan tak nak pada merokok. Ada di antara rakan-rakan saya berhenti tanpa tips ataupun bantuan dari mana-mana pihak. Tapi mana tahu dengan membaca article saya ni anda dapat berhenti tabiat merokok. Percaya atau tidak dengan menulis entry ini, sebenarnya adalah salah satu usaha saya sendiri untuk  kekal tidak merokok. Pelik bukan? tak mengapa, saya akan huraikan selapas ini. 

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Percutian Ke Bali Part 3
    Feb 19 , 2016

    Hari ketiga kami di Bali adalah hari free and easy, kami bercadang untuk berjalan-jalan di Bali sendiri tanpa bantuan daripada supir. Pagi tersebut seperti pagi sebelumnya, kami memulakan hari dengan bersarapan di restoran Itali di depan resort kami. Ketika sedang bersarapan, isteri mengajak aku ke shopping complex dan Tanah Lot. Kemudian, kami balik ke bilik untuk menukar baju dan berenang di swimming pool. Ini adalah aktiviti kami yang pertama untuk hari ketiga.

Iklan

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 11

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 11

Jadi disebabkan kita nak masa cara melayu, kita kena cari kedai yang jual bahan-bahan masakkan melayu. UK pada waktu itu  sedang ada kebangkitan far right movement. Macam aku mention sebelum ini tentang parti SDL. Benda ini terjadi kerana dasar kerajaan UK pada waktu itu memberi peluang pada masyarakat-masyarakat luar Britain untuk lebih bebas dalam mengamalkan dasar keagamaan mereka. Yang paling ketara pada waktu itu islam lah.  

Banyak masjid-masjid, komuniti islam dan kedai-kedai islam wujud di setiap wilayah-wilayah seluruh UK. Ada khabar yang tidak pasti betul ataupun tidak, bahawa 80% kedai-kedai di Watford pada waktu itu adalah milik orang arab. Benda ni menjadi kurang senang untuk warga British lebih-lebih lagi yang cenderung kepada konservatif. Yelah, bayangkan kita juga boleh mengundi ketika duduk di sana dengan memenuhi beberapa syarat yang tidak ketat. Tiada IC pula untuk memastikan kita ini warga British. Selagi kita membayar cukai, kita layak menerima kelebihan warga UK sekaligus di anggap rakyat mereka.

Oleh sebab ini, banyak kedai-kedai, restaurant-restaurant ataupun tempat-tempat awam lah senang cerita yang jadikan premis mereka mesra muslim terutamanya makanan halal. Jadi tak susah pun untuk aku nak cari kedai-kedai yang halal ni. Masa hari pertama aku ke bandar, aku ada melalui kedai halal yang di mana mereka selalu beli barang. Hisbul tunjukkan pada waktu itu tapi dari atas bas sahajalah. Kedai Pakistan yang bernama Bismillah. Dekat sini, macam-macam ada jual terutamanya daging-daging, ayam, rempah ratus malah maggi perisa asam pedas.

Owner kedai ini berasal dari Pakistan semestinya. Selalu bila aku masuk dia akan panggil aku dengan nama Shahrukh Khan. First aku dengar dia panggil macam tu terus aku tau dia sekadar nak pancing. Macam langit dengan bumi mustahil aku sama level dengan mamat tu. Tapi on second thought aku fikit mana tahu aku ni exotic dan owner ni tak pernah tengok orang Malaysia. Mungkin boleh jadi juga aku ni setanding beliau di mata orang Pakistan. Tapi pada satu hari aku datang dengan Faris dan dia panggil Faris pula dengan nama Shahrukh Khan dan tiba-tiba aku jadi Salman Khan. Maka terus aku tau dia tipu  dan panggil semata-mata nak galakkan aku pergi kedai dia. Tambahan lagi bila dia cerita dia pernah duduk di Malaysia dan pernah ada kedai di Jalan TAR. Terus jatuh konfiden aku waktu itu. Nasihat aku, percayalah dengan cermin di rumah anda.

Orang Pakistan dan India dekat sini juga banyak buka kedai-kedai convenience shop ala-ala kedai 7 Eleven. Aku selalu pergi kedai-kedai macam ni terutamanya bila nak beli rokok. Kedai Scotmid yang aku cakap sebelum ni pun ada jual rokok. Tapi hampir tiap-tiap kali aku nak beli pekedai mesti akan cakap kami tak jual pada budak bawah umur. Ini tak berlaku dekat kedai Pakistan ataupun India. In case aku tak jumpa kedai mereka aku ada beberapa teknik untuk berjaya beli rokok di sana.

Langkah pertama aku selalunya akan bagi IC aku yang bawa dari Malaysia. Ada di antara mak cik - mak cik yang skema akan reject sebab IC kita tidak mewakili negara mereka. Buah aku nombor dua ialah pakai student card. Di situ ada tarikh lahir aku dan budak universiti mestilah (walaupun tak semestinya) dah cukup umur. Pakai kad pelajar ni tidak seratus peratus berjaya sebab pernah juga pembelian aku ditolak. Maka last buah aku akan pakai adalah passport. Cuma mamat mana bawa passport 24 dalam seluar kecuali pelancong. Tapi yang ni confirm seratus peratus tak pernah gagal.

Selain itu ada juga kedai-kedai cina yang jual barang-barang seperti ulam-ulam Malaysia, sos-sos seperti som tiram dan sos cili. Malah durian pun ada dijual di sini. Aku pernah pergi sekali je pun, itu pun sebab nak beli beras Thai. Boleh katakan sepanjang aku duduk di sini aku makan nasi pakai beras basmathi. Tiga sebab, pertama sebab lagi murah dari beras Thai. Keduanya sebab senang nak cari. Ketiganya sebab lebih sihat. Malah kalau beli di luar juga kebanyakkan kedai akan guna basmati kecuali kita pergi ke restaurant melayu.

Kalau makan di luar aku selalunya cari kedai kebab lah. Ini dekat bandar memang penuh. Take away jer. Ini juga jenis makanan yang paling sesuai dengan tekak aku sebagai orang Minang. Dekat area rumah Hisbul tak ada setahu aku kedai macam ni dan masa aku duduk di situ most of the time aku memang makan masakan kami sendiri. Jimat, sedap dan diyakini. Cuma kena tong-tong duit sahaja. Lebih-lebih duit Mara tak masuk lagi pada waktu itu maka inilah jalan terbaik. Tambahan pula budak-budak ni masak sedap macam mak orang.

 

P/S: Beli rokok pun kena tunjuk IC. Lemah orang UK ni.

  

Jangan lupa like dan share.TQ