Logo
 

Intro Merantau

Di sini saya akan kongsikan pengalaman saya semasa bercuti, berbulan madu, belajar dan bekerja di dalam dan luar negara.  Diharapkan pembaca boleh enjoy dan share pengalaman mereka juga.

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Tips Berhenti Merokok
    Dec 09 , 2015

    Assalamualaikum

    Hari ini saya nak berkongsi tips berhenti merokok. Harga rokok sekarang semakin mahal dan kesan buruk merokok ini sudah lama diketahui. Alhamdulillah, saya dah berjaya berhenti merokok selama dua tahun. Saya berbangga dengan pencapaian saya setakat ini dan berharap dapat kekalkan tak nak pada merokok. Ada di antara rakan-rakan saya berhenti tanpa tips ataupun bantuan dari mana-mana pihak. Tapi mana tahu dengan membaca article saya ni anda dapat berhenti tabiat merokok. Percaya atau tidak dengan menulis entry ini, sebenarnya adalah salah satu usaha saya sendiri untuk  kekal tidak merokok. Pelik bukan? tak mengapa, saya akan huraikan selapas ini. 

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Percutian Ke Bali Part 3
    Feb 19 , 2016

    Hari ketiga kami di Bali adalah hari free and easy, kami bercadang untuk berjalan-jalan di Bali sendiri tanpa bantuan daripada supir. Pagi tersebut seperti pagi sebelumnya, kami memulakan hari dengan bersarapan di restoran Itali di depan resort kami. Ketika sedang bersarapan, isteri mengajak aku ke shopping complex dan Tanah Lot. Kemudian, kami balik ke bilik untuk menukar baju dan berenang di swimming pool. Ini adalah aktiviti kami yang pertama untuk hari ketiga.

Iklan

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 12

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 12

Waktu kelas aku selalunya memang tak pernah sama dengan budak-budak ini. Ada sedikit cemburu aku dengan budak-budak lain sebab mereka selalu akan berkumpul, makan, bersembang malah merokok bersama. Sebelum pergi, MARA ada memberi nasihat kepada pelajar-pelajar Malaysia untuk cuba berinteraksi dengan pelajar-pelajar bukan Malaysia. MARA cakap budak-budak Malaysia selalunya campur sama sendiri dari mula sampai habis. Macam tak betul tujuan hantar pelajar ke sana. Antara budak yang paling senang untuk buat benda ni akulah. Ini kerana nak atau tidak aku terpaksa berkawan dengan mamat bukan dari negara Malaysia. Orang selalu cakap yang orang putih ni friendly dan senang untuk didekati. 

Namun hakikatnya ianya tak semudah itu. Yea friendly, tapi setakat tunjuk jalan jelah. Benda ni sebenarnya normal. Kita tengok dekat Malaysia sendiri pun macam tu. Jarang kita tengok antara bangsa duduk bersama. Walaupun dah bertahun merdeka still semangat perpaduan itu masih tidak sekuat mana. Kalau ita tengok dekat Malaysia ni orang putih banyak berkawan dengan orang Malaysia simply because kita pandang tinggi pada mereka. Tahu cakap melayu slang ganu dan makan budu, terus jadi artis. Berapa ramai melayu pandai cakap slang London, sampai kiamat orang sana tak ambil peduli!

So, aku memang tak sahut misi MARA ini. Tapi adalah dapat sipi-sipi orang cakap. Selain Godi, aku ada kawan dari negara India, Thailand, China dan Saudi. Minat aku terhadap sejarah dan pengetahuan am akhirnya dapat dituai juga. Bila aku approach kawan dari India aku selalunya akan cerita tentang filem-filem hindustan dan sejarah Ghandi menentang penjajah. Time kawan dari China aku selalu cerita tentang bagaimana hubungan kesultanan melayu melaka dan kerajaan dinesti Ming masa zaman dahulu kala (Terima kasih komik Tony Wong). Aku selit juga cerita-cerita Wong Fei Hung dalam masa yang sama. Tendangan tanpa bayang memang tidak pernah mengecewakan. Yang paling penting, hal-hal sensitif dan politik aku akan cuba ketepikan.

Tapi ada juga pelajar-pelajar yang selamba campur dengan orang-orang Eropah dan duduk satu rumah sekali. Ini biasanya berlaku pada budak-budak degree mereka di UK. Antara kami seorang yang kami gelarkan sebagai imam, Imam Ruzaini namanya. Budak IPE dan paling power antara kami dalam mengadaptasi hidup di Edinburgh.

Pada musim luruh ini juga aku diperkenalkan dengan chicken box oleh Asar. Baru aku tahu ada makanan halal selain sandwich dekat kantin ni. Chicken box ni simple je. Ada ayam yang kita boleh pilih dan kentang. Selalunya aku akan pilih drumstick (Walaupun orang kedai tu insist benda tu tight). Sos pula boleh pilih. Cuma sos-sos mereka terlalu dull. Aku selalunya akan campur sos cili dan sos garlic sekali. Sos cili di sini tak sama seperti sos cili di Malaysia. Aku rasa sebab tak ada gula. Pernah juga mereka bag sos cili thai (Maybe sebab ada orang request). Bila dia letak seminggu je dah abis. Aku suspect aku dengan budak-budak Malaysia yang lain bantai.

Masa ini aku juga aku diperkenalkan dengan minuman berkabonat Irn Bru. Kira macam Coca Cola versi Scotland. Sebenarnya aku dah tau minuman ni dekat Malaysia sebab diperkenalkan oleh rakan sekolah aku Wak masa melawat adik dia di sini. Kalau kita tengok stats penjualan air berkabonat di dunia ni tiap negara mesti coca cola nomor satu. Kecuali di Scotland yang di menangi oleh Irn Bru. Warna dia seolah-olah air oren dan labelnya selalu warna biru putih. Rasanya susah nak aku gambarkan yang penting dia manis dan bergas macam Coca Cola. Tak elok minum selalu yang pastinya. Tiap kali ada makan-makan atau pergi ker rumah orang selalunya aku akan bawa Irn Bru ni. Ramai tak minat tapi aku suka. Aku beli untuk orang tapi aku yang minum. 

 

P/S: Sampai ke hari ini aku masih melayan iklan-iklan Irn Bru di Youtube

 

 

Jangan lupa like dan share.TQ