Logo
 

Intro Merantau

Di sini saya akan kongsikan pengalaman saya semasa bercuti, berbulan madu, belajar dan bekerja di dalam dan luar negara.  Diharapkan pembaca boleh enjoy dan share pengalaman mereka juga.

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Tips Berhenti Merokok
    Dec 09 , 2015

    Assalamualaikum

    Hari ini saya nak berkongsi tips berhenti merokok. Harga rokok sekarang semakin mahal dan kesan buruk merokok ini sudah lama diketahui. Alhamdulillah, saya dah berjaya berhenti merokok selama dua tahun. Saya berbangga dengan pencapaian saya setakat ini dan berharap dapat kekalkan tak nak pada merokok. Ada di antara rakan-rakan saya berhenti tanpa tips ataupun bantuan dari mana-mana pihak. Tapi mana tahu dengan membaca article saya ni anda dapat berhenti tabiat merokok. Percaya atau tidak dengan menulis entry ini, sebenarnya adalah salah satu usaha saya sendiri untuk  kekal tidak merokok. Pelik bukan? tak mengapa, saya akan huraikan selapas ini. 

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Percutian Ke Bali Part 3
    Feb 19 , 2016

    Hari ketiga kami di Bali adalah hari free and easy, kami bercadang untuk berjalan-jalan di Bali sendiri tanpa bantuan daripada supir. Pagi tersebut seperti pagi sebelumnya, kami memulakan hari dengan bersarapan di restoran Itali di depan resort kami. Ketika sedang bersarapan, isteri mengajak aku ke shopping complex dan Tanah Lot. Kemudian, kami balik ke bilik untuk menukar baju dan berenang di swimming pool. Ini adalah aktiviti kami yang pertama untuk hari ketiga.

Iklan

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 13

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 13

Keputusan assignments dan projek-projek aku sudah banyak aku dapat dipertengahan musim luruh ini. Supprisingly agak ok juga dan ada yang paling tinggi di dalam kelas ada yang sederhana sahaja. But sadly, markah dia tak banyak membantu pun since course work sangat rendah. Ada tu 10% sahaja (Walaupun aku code canggih-canggih). Pernah juga aku dapat markah penuh untuk satu assignment programming. Again macam aku cakap tadi, tiada guna.

Dalam masa sama aku pun kena berpindah mencari rumah lain. Aku ada pergi beberapa rumah untuk survey. Satu kelemahan aku dekat sana adalah tak pandai budjet masa. Di Malaysia mungkin sebab Uni aku ni satu tempat sahaja dan pejabat MARA pun berdekatan. Jadi segala urusan aku boleh datang on time. Untuk orang UK, tepati masa adalah segalanya. Ada juga dua tiga kali aku kena marah dengan ejen sana bila datang lambat. Walaupun bas pada waktu itu sangat tepat dan ada apps untuk track kedatangan bas tapi aku masih tak pandai set masa.

Nasib baik rumah yang Haziq cari aku datang tepat pada waktunya. Haziq ni sejak dia duduk dengan Fadli memang aku jarang jumpa dia. Aktiviti aku dengan budak rumah pun jarang sekali ada dengan dia. Dekat kampus pun boleh kata tak pernah jumpa. Budak-budak hostel pun selalu juga aku melepak sekali. Mungkin sebab department dia lain dan aktiviti budak rumah Fadli pun lain jadi susah untuk kami tersempak. Jadi secara automatiknya aku kaku bila bercakap dengan dia.

Haziq jumpa rumah betul-betul depan rumah Fadli. Rumah ni masa aku pergi tengok memang cantik. Rumah apartment tu ada dua bilik sahaja. Satu bilik air, dapur dan hall. Memang simple tapi smart. Tiap bilik ada heater, siap build in washer machine dan dapur yang siap pinggan mangkuk. Kami cuma perlu sertu sahaja. Depan rumah kami ada bus stop yang terus ke bandar dan bertentangannya pula terus ke kampus. Dalam 500 meter daripada itu terdapat dua pasaraya yang agak terkenal di Scotland. Sainsbury's dan Aldi. Kira macam Mydin dan Giant kita dekat Malaysia ni.

Yang tak sedapnya pasal rumah ini adalah harganya. Harga agak mahal jika nak dibandingkan dengan rumah budak-budak lain. Keputusan beli ini memang memerlukan persetujuan dua pihak iaitu aku dan Haziq. Dari riak muka Haziq pada mulanya nampak macam tak suka. Aku tunggu dia buka mulut dulu baru aku bagitahu pendapat aku. Selepas habis sesi viewing tu aku pun lepak dekat bawah tu dengan Haziq. Aku bakar rokok aku dengan hasyrat cuba bertenang. Mulut ini nak cakap terus setuju sahaja dekat Haziq. Tapi disebabka rumah ini dia yang cari dan dia paling banyak berusaha. Aku tak berani memandai-mandai.

Dekat bawah tu masa tu tengah hari. Angin memang bertiup kencang. Musim luruh hampir bertukar ke musim sejuk. Pada waktu itu suhu semakin rendah. Walaupun tidak cecah kosong Aku masih tak pakai glove. Hanya masukkan kedua-dua belah tangan ke dalam poket. Tidak berkesan, sekadar cukup syarat sahaja. Haziq mula berbicara. "Macam mana rumah tadi? Aku rasa best gila" terang Haziq dengan sungguh-sungguh. Sambil merokok aku jawab dengan tenang. "Aku rasa ok gak. Harga mahal sikit tapi nampak berbaloi" dalam masa sama aku cuba sembunyikan kegembiraan aku. Untuk budak postgraduate, MARA bagi duit sedikit mahal pada budak-budak degree. Kira kami ini macam golongan professional macam tu. So tak menjadi masalah pun untuk bayar lebih sikit. Haziq pun terus call ejen tu selepas aku pulang dan lock rumah tu. Aku pulang ke rumah dan cerita pada budak-budak rumah. Masing-masing sekali lagi cuba membantu aku dalam membuat keputusan.

Selang beberapa minggu selepas itu Haziq menelefon aku cakap aku perlu ke bandar untuk sign agreement rumah sewa. Selepas kelas aku terus gerak. Di sana aku sampai boleh kata on time tetapi salah tempat aku turun. Berbeza dengan kawan-kawan aku yang lain, mereka rajin turun ke bandar. Boleh katakan setiap minggu mereka akan turun. Aku pula lebih suka duduk rumah dan melepak dekat dapur dengan Fizi. Semasa di pejabat tersebut, kebanyakkan masa ejen tersebut menerangkan kepada kami tentang dokumen-dokumen sewa beli yang aku tak faham sepatah haram dia cakap. Tetapi sikit-sikit aku belajar yang akhirnya digunakan untuk aku beli rumah sendiri bila dah berumah tangga kelak.

Jadi aku pun mula untuk berkemas-kemas. Baju semua dilipat, buku-buku semua disusun dan bilik semua dikemas. Pada waktu itu juga masa sudah kurang sejam. Nasib baik aku ada baca sikit pasal daylight saving time. Aku tak boleh cakap betapa terima kasih aku kepada mereka. Masa tu aku tak ingat siapa yang hantarkan aku ke rumah sewa tu. Tak silap aku Deen juga yang tolong. Bawa beg aku sampai ke .Kira masa tu Deen transisi nak jadi ketua rumah ambil pangkat daripada Hisbul. Sebelum aku gerak tu aku makan-makan dulu. Malam pun semakin cepat. Sambil aku mengucapkan terima kasih. Aku bergerak dan bersyukur dengan makan malam tadi. Selepas tu baru aku teringat. Nanti dekat rumah sendiri macam mana aku nak masak? Aku bukan reti.

 

 P/S: Dekat rumah baharu aku ni ada banyak heater. Aku gunakan dia sebagai tempat sidai baju. Hahaha.

 

Sambungan: Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 14

 

 

Jangan lupa like dan share.TQ