Logo

RSS

 

Intro Merantau

Di sini saya akan kongsikan pengalaman saya semasa bercuti, berbulan madu, belajar dan bekerja di dalam dan luar negara.  Diharapkan pembaca boleh enjoy dan share pengalaman mereka juga.

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Negeri Sembilan FA VS UiTM FC (Matchday 12 Liga Perdana 2016)
    May 20 , 2016

    Assalamualaikum....

    Dengan berbekalkan kemenangan tipis tempoh hari di stadium UiTM Shah Alam sudah pastinya Negeri Sembilan lebih yakin untuk beraksi di gelanggang sendiri. Tiga mata penuh sudah pasti menjadi sasaran skuad Negeri Sembilan untuk game terakhir sebelum pusingan kedua liga perdana 2016. Jika kita lihat di laman sosial, pemain-pemain Negeri Sembilan lebih ketara membuat statements untuk game hari ini jika dibandingkan sebelum ini. Saya rasakan perlawanan hari ini menjadi titik penting untuk menentukan dimana kedudukan Negeri Sembilan di akhir liga nanti.

  • Tips Berhenti Merokok
    Dec 09 , 2015

    Assalamualaikum

    Hari ini saya nak berkongsi tips berhenti merokok. Harga rokok sekarang semakin mahal dan kesan buruk merokok ini sudah lama diketahui. Alhamdulillah, saya dah berjaya berhenti merokok selama dua tahun. Saya berbangga dengan pencapaian saya setakat ini dan berharap dapat kekalkan tak nak pada merokok. Ada di antara rakan-rakan saya berhenti tanpa tips ataupun bantuan dari mana-mana pihak. Tapi mana tahu dengan membaca article saya ni anda dapat berhenti tabiat merokok. Percaya atau tidak dengan menulis entry ini, sebenarnya adalah salah satu usaha saya sendiri untuk  kekal tidak merokok. Pelik bukan? tak mengapa, saya akan huraikan selapas ini. 

Iklan

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 5

Pagi-pagi lagi aku dah bersiap untuk ke kampus. Malam tadi aku rasa sejuk time tidur, tapi tak ada lah sesejuk yang aku bayangkan sebelum ini. Disebabkan hari pertama, Hisbul, Din dan Fizi sama-sama pergi ke kampus bersama kami. Kami berjalan kaki dari iconic and majestic 53 Motgommery ke bus stop beramai-ramai sambil mulut menghembus asap macam dalam filem-filem hollywood. Jiran-jiran yang lain pun masing-masing sibuk untuk ke tempat kerja masing-masing. Sampai saja di bus stop kami menunggu bas no 34, salah satu bas yang akan berhenti betul-betul di depan kampus kami. 

Read more: Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 5

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 4

Selang beberapa minit lepas kami menjamu pagi tu, terdengar bunyi pagar rumah dibuka. Datang seorang lagi budak bernama Fadhli. Fadhli ni seorang student di Heriot Watt juga, berbeza dengan budak-budak di rumah ni, Fadhli budak self sponsored. Selain student-student yang ditaja Mara, bank negara dan sebagainya, terdapat juga student-student yang berkemampuan untuk pergi sendiri. Dia duduk bersama seorang lagi student chinese dari Kuala Lumpur bernama Victor. Haziq sudah berjanji untuk duduk dengan mereka berdua sementara aku dan Faris akan stay dekat rumah tu sampai dapat rumah baru.

Read more: Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 4

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 3

Dalam pukul 10 pagi macam tu, kapal terbang kami akhirnya mencecah ke bumi Scotland ini. Orang sana panggil Scotland ni the land of the brave, Scotland the brave. Sampai sahaja kami di airport, kami terpaksa beratur nak lepas imigresen. Kalau bukan warganegara eropah yang menyertai kesatuan eropah (Sebelum Brexit), line mereka lebih pendek dan cepat berbeza pula pada negara non-eu ni, line dia agak panjang dan lambat. Airport Edinburgh tidak besar mana bagi aku, mungkin lagi kecil daripada KLIA2. Terdapat satu monument kapal terbang pejuang Spitfire di depan airport Edinburgh demi memperingati pejuang-pejuang skuadron 603 Spitfire dalam perang-perang terdahulu seperti Battle of Britain. Pada waktu itu aku tak tahu minat Faris dan Haziq, so, aku berangan sendiri je tengok monument tersebut.

Read more: Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 3

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 2

Jadi kalau hendak disenaraikan barang-barang yang aku bawa banyak juga. Aku bawa tiga beg masa tu. Satu beg luggage besar, yang kebanyakannya aku letak baju-baju harian, baju melayu, paste masakan, barang-barang belajar, buku-buku dan periuk nasi mini. Pada waktu itu aku ada dengar-dengar dari kawan-kawan yang barang elektronik mahal dan periuk nasi pun susah nak dapat di sana. Bagi lelaki yang pure Asia macam aku ni, mesti makan nasi sehari sekali baru lah cukup syarat. Di dalam beg ini juga terdapat dokumen-dokumen penting termasuklah surat tawaran universiti, surat daripada Mara, dan lain-lain. 

Read more: Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 2